Deepavali Yang Penuh Dengan Mesej
Tak lama lagi Malaysia bakal
berseri dengan satu lagi perayaan dari antara kaum yang utama di Malaysia iaitu
masyarakat kaum India .
Aku ingat lagi kalau dulu
tiap kali musim Deepavali, mak aku akan kelam kabut tanya bapak aku cuti ke
tak, nak pergi beraya ke tak. Maklumlah dulu mak aku kerja di sekolah tamil
jadi mak aku dan kawan – kawan dia memang rapat walaupun berbeza kaum
So setiap kali deepavali,
kiteorang akan pergi beraya dekat hampir semua rumah kawan – kawan mak aku.
Walaupun berbeza kaum, tapi festival cahaya ni membuatkan rakyat Malaysia
bersatu padu dan saling menghormati
Dan tiap kali Deepavali dan
perayaan lain juga, aku akan tunggu dekat depan TV atau tengok di laman social,
menanti iklan perayaan dari Petronas yang cukup menarik dan sarat dengan
pelbagai mesej
Nanti bila datangnya
Deepavali semua orang bercuti. Yang beragama Hindu akan beraya bersama ahli
keluarga manakala kaum yang lain akan mengambil kesempatan untuk bercuti
bersama keluarga. Malaysia kalau dekat negara lain famous sebab penyatu paduan
antara kaum yang berbilang bangsa dan agama
Ini kerana kita telah diterap dengan adanya keharmonian, sifat pemahaman antara satu sama
lain dapat dijalinkan.
So dikesempatan ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada
rakan – rakan pembaca dan kenalan yang menyambut perayaan ini. Happy Diwali!
1 comment:
selamat hari deepa aney ;)
Post a Comment