Total Pageviews

Diganggu Makhluk Halus di Hotel


Kalau cakap pengalaman diganggu makhluk halus di hotel ni , dah banyak sangat pengalaman sampaikan kawan – kawan pun dah lali dengan pengalaman aku. Mungkin ini kelebihan yang Allah bagi sebab dekat orang lain tak akan alami pun. Sedangkan kiteorang duduk di hotel yang sama.



Dalam banyak – banyak pengalaman ni, yang paling aku ingat ketika menginap Hotel di Kunming China yang aku follow untuk trip media kesana. Kiteorang pergi semuanya 7 orang termasuk sorang staff dari AirAsia.

Sampai ja dekat sana, penginapan kiteorang cukup bertuah sebab disediakan hotel 5 bintang. Sangkaan aku kiteorang akan share bilik. Tapi memandangkan bilangan kiteorang ganjil , so staff AirAsia tu cakap Khai you stay sorang boleh kan? Bilik you dekat – dekat dengan bilik I” So aku cakap okay je. Lagi best sebenarnya sebab duduk sorang – sorang ni freedom sikit . Aku dengan staff AirAsia tu dapat bilik di tingkat 4, dan yang lain semuanya di tingkat 6



Kiteorang stay dekat hotel ni untuk 1 malam je sebab kiteorang akan ke tempat lain keesokan harinya. Semasa nak ke lif hotel, tiba – tiba aku terperasan seorang perempuan tua, tersenyum sorang – sorang di sebalik tangga pintu kecemasan. Fuhh terperanjat beruk aku. At first ingatkan hantu, dengan muka mekap tebal, berkedut dan pakai cheongsam merah. 


Aku tanya yang lain –lain samada dorang Nampak ke tak. So semua jawab nampak,fuhh nasib. Dorang cakap, perempuan ni ala – ala perempuan sindiket yang menunggu mana – mana pengunjung hotel yang inginkan service dia


Bilik dia memang cantik, tapi memang fully la Chinese concept. Dengan red lantern dia, memang agak romantik. Sementara menunggu makan malam , aku plan nak berendam dalam bath tub. Maklumlah dah penat bagai atas flight, pastu jarang – jarang dapat berendam dalam bath tub. Ambik lah peluang


Tengah elok berendam, sekali lampu semua tiba – tiba terpadam sendiri. Time tu aku tak fikir yang pelik pun, just terfikir mungkin teknologi dia yang canggih, then detect sensor.So aku pun keluarlah, tekan balik suis lampu.



Bila dah sambung berendam dalam 15 minit macamtu, tiba – tiba ada orang ketuk pintu bilik aku banyak kali. Yish sapa pulak ni, padahal rasanya belum time makan malam lagi. Aku siap cakap lagi ‘Wait a minute!’ sebabnya dia ketuk pintu bilik aku non stop. Gelabah aku dengan berkain tuala nya gigih gi buka pintu. Bila dah buka, sekali tak ada siapa. Haihh siapa pulak ni. Dah buka tak ada orang pula.



Time tu pun aku tak fikir pelik – pelik lagi. Bila dah sambung berendam, tiba – tiba meremang bulu roma aku ni fikirkan pasal tadi. Terus tak jadi nak berendam lama – lama. Bila nak ambil tuala, lagi aku bertambah pelik. Sebabnya tadi aku gantung dekat pintu, dan kenapa tuala aku boleh ada dalam tong sampah bawah sinki. Meremang lagilah bulu roma aku


Terus ambil towel baru, dan keluar toilet. Kelam – kabut jugaklah aku bersiap. Time dinner tu , aku pun ceritalah dekat dorang pasal ni. Macam – macam tips dan story juga dorang cerita nak bagi penyedap cerita malam tu. Ada yang cakap aku lupa bagi salam bagai, lupa nak ketuk pintu bilik, tu yang ‘penumpang’ dalam tu terkejut


Balik dari makan malam tu, rasa berdebar lagi sebab takut ada kejadian yang pelik – pelik berlaku. Dorang pun ada offer nak tidur bilik dorang, tapi fikirkan balik kesian pulak. Sebab nanti bersempit tak selesa. So aku pun kuatkan semangat,buat – buat tak tahu , balik ke bilik nak tidur. Dalam hati, adalah juga cakap ‘ aku nak tumpang tidur je, jangan lah kacau aku’



Malam tu, memang aku tertidur lena, melainkan pada tengah malam tu. Aku tersedar yang aircond tertutup sendiri. Dalam tengah mamai tu, aku terasa macam ada benda yang bermain dekat kaki. Dengan mata terpejam, aku pun kuis – kuis dengan kaki yang lain.
Tengah kuis – kuis tu, tiba – tiba aku tersentak dan terjaga. Tapi mata sengaja aku pejamkan rapat sebabnya sewaktu tengah kuis kaki tadi, aku terasa seperti terkuis sepasang  tangan panjang yang berbulu




Terus aku melompat dari katil, sambil jerit Allahuakhbar sekuat yang mungkin. Waktu tu tak terfikir pun nak call atau keluar bilik. Yang aku tau kesemua lampu aku bukak, termasuklah TV aku pasang kuat – kuat.




Bila dah okay sikit, aku pun cakap ‘aku tak kacau kau, janganlah kau kacau aku’ .Terus aku duduk balik atas katil. Nak sambung tidur, takut benda yang sama jadi. So aku pun gagahkan diri tengok tv, ada kalanya terlelap juga sekejap sebab ngantuk sangat.
Keesokan harinya bila dah check out , aku pun ceritakan dekat dorang mengenai peristiwa malam tadi. Bagi aku, takut tu kejap je , sebab dah terbiasa.



Cerita tu tak habis dekat situ je, selang dua hari selepas tu, kiteorang kembali ke hotel yang sama. Dan diberitahu yang kiteorang akan check in dekat sini sebelum pulang keesokannya. Yang menakutkan aku adalah, bilik yang aku dapat kali merupakan bilik yang sama aku dapat masa 1st day check In.

Media Team yang Ke Kunming - PIC : www.penaberkala.com



Kawan – kawan yang lain semuanya dapat bilik yang berbeza. Kali ini cuma aku je yang berada di tingkat tu. Dorang pun siap pesan, jangan lupa ketuk pintu bilik sebelum masuk. Memandangkan dah malam, mata pun penat aku gagahkan masuk bilik. Sebelum tu memang baca habis la segala ayat.



Alhamdulillah, kali ini tak ada apa – apa mungkin sebab dah penat sangat jadi segala apa pun tak sedar. So peristiwa pintu diketuk, tuala dibuang dalam tong sampah, suis aircond tertutup sendiri, dan kewujudan tangan yang berbulu memang satu pengalaman seram boleh aku ceritakan ketika berada di hotel 


Pernah dengar mengenai Volkswagen Kuning

Filem seram terbaru arahan David Teo bakal menghantui panggung wayang berdekatan bermula 20 September ini! 




MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!



Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah,datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.




Untuk blogger pula, korang berpeluang memenangi OPPO F1s kalau join contest blogpost Volkswagen Kuning! Gunakan #OPPOF1s  #SelfieExpert 


2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Aduiii siap kuis kaki terasa kuku plak >_< meremang bulu roma.

Miera Nadhirah said...

Huhuhu... scarynyer pengalaman Khai...baca pun rasa seram