Bunga Rafflesia Di Gua Musang Kelantan
Siapa sangka Gua Musang bukan sekadar nama ! Selama ini aku ingatkan Gua Musang ni famous dengan Durian Musang King je, rupanya dekat Gua Musang terdapat Bunga Rafflesia yang hidup meliar!
Kunjungan aku ke Gua Musang Kelantan melalui Kembara Eko Kelantan 2016 anjuran Tourism Malaysia Kelantan baru - baru ini ternyata memberi pengalaman baru. Mana tak nya dapat tengok sendiri depan mata. Selama ni tengok dekat buku teks je LOL
Kalau korang nak tahu, bunga yang terbesar di dunia ini kena hidup di kawasan habitat yang sesuai. Sebabnya, bunga ini mengambil masa 9
bulan untuk mekar kembang dan akan hidup hanya selama seminggu
ni belum kembang lagi |
Bagi peminat sukan lasak mesti korang suka ni. Sebabnya untuk kesini, korang kena perlu naik 4x4 dari Bandar
Gua Musang ke Kampung Redip. So jalan dia memang off - road dan mengambil masa selama 2 jam
Sampai sahaja di kampung ini, korang kena mendaki kaki
gunung lebih kurang 40 minit untuk ke Taman Rafflesia
Taman Rafflesia ini dijaga oleh Orang Asli Kampung Redip sejak turun temurun. Time kiteorang sampai macam kecewa kejap sebab banyak Bunga Rafflesia masih belum mekar dan ada juga yang dah busuk.
Tapi dekat hujung hujan tu ada sekuntum Bunga Rafflesia yang sudah mekar
kembang. Fuhhh kagum kejap dapat tengok depan mata. Bukan senang nak sampai ke sini .Aku difahamkan saiz yang ini tidaklah terlalu besar seperti kebiasaan
Aku tak kisah sangat janji dapat tengok secara dekat. Ni pun dah besar apatah lagi saiznya yang sebenar. So kalau korang nak tengok Bunga Rafflesia dan mendalami cara hidup orang Asli bolehlah datang ke Kampung Redip Gua Musang Kelantan. Macam - macam ada!
No comments:
Post a Comment