AirAsia Runway Ready Designer Search Meriah !
Memang meriah kali ini ditambah pulak denga barisan Juri
dari pakar fesyen dari lima buah Negara ASEAN dan Ketua Pegawai Eksekutif
AirAsia Berhad, Aireen Omar sendiri mengadili pertandingan ini. Turut bersama
barisan juri adalah pengasas KLFWRTW, Andrew Tan dan Vivy Yusof, pengasas
bersama Fashion Valet
Pemenang Utama dinobatkan gelaran AirAsia Most Promising
Young Designer 2016 dan memenangi hadiah berupa segmen untuk mempamerkan
koleksi penuh pada KLFWRTW2017, mentor daripada pasukan KLFWRTW, RM25,000 yang
ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan sebuah koleksi kapsul yang akan
dipasarkan di fashionvalet.com ; 150,000 mata ganjaran AirAsiaBIG dan sepasang
tiket penerbangan AirAsia
Fuhh hebat betul hadiah dia! Pada tahun ini juga kiteorang
berkesempatan untuk melihat rekaan 3 pemenang utama dari AirAsia Runway Ready
Designer Search 2015- Lee Bao En, Shazmin dan Ter Men Ching yang juga merupakan
kemunculan mereka yang pertama di KLFW
Selain mempunyai slot tersendiri dalam KLFW, AirAsia juga
merupakan preferred Travel Partner bagi KLFWRTW 2016 dan berbangga
menerbangkan pereka fesyen antarabangsa dari rangkaian laluan AirAsia termasuk
dari India ( P.E.L.L.A) , China ( Angel Chen), Australia ( Betty Tran) dan
Korea Selatan (D,GNAK) membuatkan KLFWRTW 2016 sebagai pentas fesyen
antarabangsa
Grand Winner of AirAsia Runway Ready Designer Search 2016, Anuruq Jaidee from Thailand! |
Hebat – hebat belaka mengenai KLFWRTW 2016 kali ini. Kalau
korang nak lihat sendiri perjalanan kesemua peserta AirAsia Runway Ready
Designer Search 2016 , korang boleh tengok menerusi #AirAsiaRunway , Facebook (
www.facebook.com/AirAsia) dan Twitter (www.twitter.com/AirAsia)
1 comment:
Kamu tak jadi model catwalk nya kah ??? melenggang manja di runway gitu hehehe
Post a Comment