Total Pageviews

6 Menu Baru Nando's Ini Pasti Akan Buatkan Korang Fall In Love !

Buat Peminat Nando’s ada berita baik untuk korang sebab Nando’s kini telah memperkenalkan lebih banyak pilihan yang menyelerakan melalui menu baharu dorang, khas untuk korang  penggemar ayam!



Haa Mark O'Dea pun ada tau! 


Baru – baru ini aku berkesempatan untuk ke Nando’s Party di Nando's Atria So sempat la makan sampai kenyang dan mencuba menu – menunya yang terbaru!







Ni all time favourite nih! 



Kalau korang peminat Nando’s mesti tau kalau tak ada  PERi-PERi, cili padi Afrika yang telah menyemarakkan selera seluruh dunia dengan kepedasan serta rempah dorang tu, bukan Nando’s  lah jawapannya




Selain menu  wajib cuba ayam PERi-PERi yang dipanggang menggunakan api, dalam perisa-perisa pengenalan Lemon & Herb, Mild, Hot dan Extra Hot!  



Korang kena cuba menu terbaru perisa pedas Thigh & Mighty Sandwich, dua peha ayam yang lazat diapit di antara dua keping Portuguese Rolls yang dibakar. Fuhh!



Bukan itu saja, bagi korang yang mementingkan penjimatan, cubalah SaucyTenders, Veg & Rice; kepingan ayam PERi-PERi terkenal yang dipanggang  menggunakan api Nando’s disajikan bersama beras wangi berempah dan sayur- sayuran, pastinya gabungan yang tepat bagi korang  yang berselera besar, tapi sukakan  penjimatan.



Nak buat party? Don’t worry sebab dengan Wing Platter, campuran 10 keping kepak ayam PERi-PERi yang dipanggang menggunakan api dalam empat perisa ikonik atau kepak ayam berkerak PERi, dan disajikan dengan pilihan 4 sajian sampingan confirm dah complete party korang !


Untuk melengkapkan ayam yang sedap gilos di  Nando’s  sekarang ni korang boleh buat 2 pilihan premium yang lebih sihat dengan sajian sampingan Fino (Halus atau diperbuat dengan baik dalam Bahasa Portugis)!



Korang yang sukakan sayur-sayuran juga mesti seronok sebab Nando’s memperkenalkan Salad Caesar yang klasik sebagai sajian sampingan bagi melengkapkan sajian korang. 



Oh by the way, jangan lupa untuk mencuba Salad Algarve , pelbagai rasa yang  merangkumi ‘rocket’, pelbagai lada Benggala, tomato berperisa yang dikeringkan di bawah cahaya matahari serta keju feta. Haa best ka?


Menu baharu Nando’s  ini dah ada di semua restoran Nando’s tau!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu baharu Nando’s, mohon terjah

atau
layari laman Facebook Nando’s Malaysia di 

No comments: