Pengalaman Bercuti Di Perkampungan Orang Asli Kampung Redip
Cakap pasal orang Asli, mesti
korang dah biasa kan? Tapi pernah ke korang rasai sendiri bermalam di
Perkampungan Orang Asli? Haa baru – baru ini aku berpeluang untuk merasai
sendiri pengalaman bercuti di Perkampungan Orang Asli Kampung Redip, Gua Musang Kelantan
Aktiviti ini sebenarnya antara
perancangan di dalam eko pelancongan Negeri Kelantan yang diusahakan oleh
Tourism Malaysia Kelantan yang kini membangunkan tempat – tempat yang
berpotensi sebagai tempat pelancongan.
Kampung Redip Pos Hau , Kuala Betis
Gua Mudang terletak kira – kira 56 Kilometer dari bandar Gua Musang. Agak
jauh jugaklah sebenarnya tambah pulak
melalui jalan off-road selama hampir 2 Jam.
Tapi apa kisah? Best kot sebab dapat
naik 4x4 dan lalu off – road. Baru mencabar! So far ekspedisi kali ini
merupakan off- road paling jauh pernah aku join
Walaupun jauh ke dalam, perjalanan
korang ke sini serius berbaloi kerana ternyata aktiviti yang tersedia oleh
Masyarakat Orang Asli disini segalanya menarik !
nah abang belanja teaser dulu |
Sampai – sampai je kiteorang terus
pergi mencari Bunga Rafflesia di Kampung Redip ni. Lagi cerita
mengenai Bunga Rafflesia ni aku citer dekat next entry okay?
Lepas je cari Rafflesia , terus ke
Perkampungan Orang Asli Kampung Redip untuk
berehat. Ketibaan kiteorang disambut meriah oleh masyarakat Orang Asli disini.
Kagum juga sebenarnya sebab tak sangka dalam jauh kawasan ini terdapat satu
perkampungan Orang Asli yang cantik.
Chalet - chalet yang tersedia dekat sini direka
mengikut bentuk asal rumah Orang Asli. Masuk je chalet fuhhh, macam resort!
Hebat okay!
Aku sangkakan macam rumah kampung dulu sekali serba lengkap! Siap
ada shower dan heater lagi. Kipas takde sebab dekat sini mengigil sejuk haaaa
Banyak aktiviti yang korang boleh
buat sebenarnya bila menginap di Perkampungan Orang Asli Kampung Redip ni.
Bermula
dari trekking pastu mandi Air Terjun Leurew yang sejuk gilos tu. Aku setakat
masuk dalam 5 minit camtu je pastu keluar balik sebab tak tahan sejuk hahahaa.
Sambil berjalan ke sini, korang boleh tengok demonstrasi pemasangan jerat
traditional yang dipasang di tepi sungai
Pada sebelah petangnya , korang
boleh main baling tin dengan masyarakat disini dan jalan – jalan tengok kampung
dorang.
Agak meriah sebab semua keluar beriadah. Kiteorang sempat juga melihat
demonstrasi memasak masakan tradisi Orang Asli. Sedap sebenarnya!
Kemeriahan tak habis dekat situ je
sebab pada sebelah malamnya pula, perkampungan di tepi sungai ini ‘hidup’ sebab korang dihiburkan dengan persembahan sewang
yang cukup menarik sebagai simbolik meraikan kedatangan tetamu ke perkampungan
mereka. Best part is korang kenalah join sekali!
Keesokan harinya sebelum bertolak
balik, ada demostrasi menyumpit yang boleh korang cuba sendiri. Take it as
experience. Balik KL, tak dapat semua ni tau
Selain dari budaya dan cara hidup
dorang yang menarik , jangan lupa pula untuk dapatkan kraftangan Orang Asli
Kampung Redip untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan korang datang kesini.
So, kalau korang yang rimas dengan kesibukan bandar, inginkan ketenangan destinasi Kampung Redip, Pos Hau Gua Musang adalah tempatnya untuk korang !
Terima Kasih Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Kelantan atas jemputan ini
p/s : Lagi gambar dan story korang boleh baca di www.projektravel.com atau di Instagram #KembaraEkoKelantan
2 comments:
Lain macam je betuk bunga raflesia tu...
Teringinnya nak pergi. Nak tengok keadaan sana. Tapi toilet ada lubang2 tu xde orang intai ke 😂😂😂
Post a Comment