Pancake Dekat Sini Sedap !
To be honest, bab desert ni aku cerewet sikit. Sebabnya aku ni bukanlah penggemar makanan manis, melainkan muka awak yang manis. Eh hahahaa
Okay sebenarnya aku kalau kek tu kureng sikit, kalau kek aiskrim layan. Sedangkan air yang manis pun aku akan tambah air suam apatah lagi makanan yang manis. So bila dapat review ke kafe Pancake House Malaysia. Terus risau jap takut semua benda manis, tak termakan pulak nanti. LOL
So bila dah dihidangkan pelbagai jenis pancake, terus tertarik , menarik kau memang da bomb! Banyak gila pancake yang sedap dan unik weh! Korang bayangkan ada yang
makan dengan ayam masak merah ( sebenarnya southern mapple chicken) , ada pancake rasa pandan, kelapa dan banyak lagi.
Blueberry pancake |
Luscious Lemon Pancake Peak |
Coconut Pandan Pancake - Too bad korang! promo yang ni dah habis LOL |
Haritu adalah dekat lebih dari 5 jenis makanan yang aku cuba dekat Pancake House Malaysia ni. Selain pancake, ada je menu lain yang korang boleh cuba antaranya
Asparagus Cayenne Soup
Best Taco in Town
Smoked Golden Milkfish
House Burger
Classic Pan Chicken
Waffle Foldover
Halo - halo
banyak gila pilihan makanan dan dessert dekat sini. Sesuai sangatlah kalau korang shopping dekat Mid Valley, then dah penat atau nak lepak datang sini sambil nikmati pelbagai jenis pancake dan desert dari Pancake House Malaysia
Selain Mid Valley, cawangan lain juga boleh didapati di
- Paradigm Mall
- IOI City Mall
- Quill City Mall
- Atria Shopping Gallery
Jangan lupa untuk nikmati pancake sedap di Pancake House Malaysia ! Untuk maklumat lanjut layari http:// pancakehouseinternational.com. my/
4 comments:
perghhhh.. meleleh air liur tgk ni.. haha
Jemput singgah tgk entry terkini k.. :) Hujung minggu
semuanya nampak sedapppppp. alahai.
Thank you sebab cakap saya manis
nampak macam sedap tu..ohho..harga berapa agaknya sekali makan
Post a Comment