Itinerary Kepulauan Mersing
Alhamdulillah , baru – baru ini tercapai juga hajat untuk ke
Kepulauan Mersing yang kini viral sebab keindahan dan kejernihan air lautnya.
Sebelum ni aku terbaca mengenai Pulau Harimau dan Pulau Rawa yang memang cantik
gilos dan uniknya pulau – pulau ini diselaputi rumput bumi yang macam cite
Hobbit tu
So dapat tengok depan mata, memang amazed gila . Menerusi
pakej awesome yang ditawarkan oleh Oh Jalan, sempat juga aku lawat lagi 5 Pulau
lain , so total 7 pulau kesemuanya aku lawat.
Kiteorang bertolak dari Terminal Bandar Selatan ( TBS) dalam
jam 12 malam dan sampai di Mersing lebih kurang 5.30 pagi dengan menaiki Starex
yang besar gedabak tu. Bayangkan 12 orang dalam satu kereta, memang riuh rendah
la dalam kereta , tak cukup tidur layan kerenah masing – masing. Ada je benda
nak membahan
Selepas solat subuh di Masjid Jamek Mersing, sarapan bagai,
dalam pukul 10 pagi macam tu, kiteorang bertolak ke Kepulauan Mersing dengan
menaiki bot yang disewa khas Oh Jalan. So kalau korang pergi trip yang group
lagi senang sebab satu bot pun boleh muatkan dalam 12 orang dalam satu masa
Hotel murah di HotelsCombined weh! Cuba bandingkan
Perjalanan dari jeti Mersing ke Kepulauan Mersing ni
mengambil masa lebih kurang 20-30 minit. So Pulau pertama yang korang akan
lawat adalah
Kalau dulu, Pulau Harimau ni boleh masuk
dan mandi di kawasan sini tapi malangnya kini Pulau ini telah diwartakan
sebagai Pulau Persendirian oleh Kesultananan Johor bagi mengekalkan
keindahannya.
Uniknya pulau ini sebab ada tompokan rumput atau bukit lalang yang meliputi permukaan pulau.
Dan yang menjadi tarikan disini, di dalamnya ada gua yang membolehkan korang
tinjau dan mandi di sekelilingnya.
Tapi kalau dapat bergambar dekat sini
pun dah cantik tau? Hehhehe
Pulau Gual
Pulau ini dan Pulau Mensirip juga
diwartakan sebagai persendirian. Dekat pulau ni ada pintu gua di hadapan yang
menembusi di belakang dan yang bestnya dalam gua ni terdapat pasir putih yang
sangat cantik.
Pulau Mensirip –
Pulau ini pun ada gua dan pulau yang
berbatu, tapi sayang sebab kiteorang tak boleh masuk, Boleh bergambar atas bot
pun jadilah. Nama pun Island hoping kan?
Pulau Hujung –
Dekat pulau ni, kiteorang lepak lama
juga sebab terpegun dengan kerana kecantikan coral dan kejernihan airnya. Dekat
sini terdapat juga pantai terbiar yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas
penat ber'snorkeling'.
Aku rasa sebab air dia jernih gila sebab
tak ramai orang datang dan keindahannya terpelihara. Bayangkan hampir dekat
semua pulau ni kiteorang 12 orang je yang ada. Memang privasi habis
Walaupun terbiar namun kejernihan,
kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah
kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop
pengunjung apabila ke sini. Kiteorang pun sempat makan tengahari dekat sini
yang memang ada dalam pakej Oh Jalan.
Kesemua makanan dia jangan cakaplah,
portion untuk dua orang. Dan makanan ini disediakan oleh Restoran Tepian
Bendang, Air Papan. Terima kasih sebab makanan sangat sedap dan banyak!
Pulau Tengah.
Sini pun port untuk snorkeling. Berbanding
dengan pulau lain, Pulau Tengah tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau
Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam.
atas pulau ni boleh hiking tau, tapi kiteorang tak berani sampai ke atas hahaha |
nak jadikan cerita, terjumpa belon tengah laut terus rembat jadikan props hahaha |
Tapi untuk photo
traveller dan suka bergambar, inilah tempatnya. Cantik weh!
Pulau Besar –
Menurut Oh Jalan, Pulau Besar merupakan
tempat snorkeling yang paling best dan menarik. Terdapat beberapa resort untuk
diduduki, juga perkampungan penduduk yang boleh diterokai.
Time kiteorang pergi, banyak kemudahan
sedang rancak dibina . Persekitaran Pulau Besar lebih terjaga dan lebih menarik
kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pemilik-pemilik resort
di sini.
So kalau nak stay, boleh je stay dekat
Pulau Besar. Tenang dan cantik!
Kalau korang yang berminat nak datang ke sini, apa kata join Oh Jalan? Daripada korang sewa bot mahal, baik ambil pakej terus. Dalam masa terdekat ni dorang nak pergi lagi tau, korang boleh tengok details di bawah
PAKEJ
EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN:
Pulau Harimau, Mensirip, Gual, Hujung,
Tengah, & Besar.
Moh sertai kami pada tarikh-tarikh
eksklusif berjadual di bawah, khas oleh Oh Jalan; (saguhati istimewa menanti
anda pada tarikh-tarikh ini).
6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct,
22 Oct, 5 Nov & 26 Nov.
ATAU
Tarikh pilihan anda sendiri jika 'group'
anda bersaiz antara 8-11 orang.
Tempah percutian anda sekarang hingga 5
Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!
Pakej A [Day Trip]
Pakej termasuk:
Ø
Travel
coordinator dari Oh Jalan
Ø
1
hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke
Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
Ø
Bot
'chartered' khas
Ø
1
sarapan pagi
Ø
1
makan tengahari
Ø
Set
snorkeling
Pakej B [2H1M]
Pakej termasuk:
Ø
Travel
coordinator dari Oh Jalan
Ø
1
hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke
Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
Ø
Bot
'chartered' khas
Ø
1
sarapan pagi
Ø
1
makan tengahari
Ø
Set
snorkeling
Ø
1
malam penginapan di hotel sekitar Mersing
MAKLUMAT LANJUT,
HUBUNGI:
Team
Oh Jalan
Tel:
016-772 4594
Emel
: sales@ohjalan.com
Facebook: www.facebook.com/ohjalan
Instagram: www.instagram.com/ohjalan
6 comments:
menarik pekej dia,
tempat pun cantik.
betul kata bro pulau tu nampk macam cerita hobit pulak.
Terima kasih Khai!
lawa khai gambar gambar ko amek
Waah.. jernihnye air dia. Best sangat kalau nak buat snorkling.
den yg duk kat Mersing pun belum penah laie p semua pulau2 nih.. lom sempat.. tapi seyes lawo
pulau sini takde ikan ke? huhuhu
Post a Comment