Total Pageviews



Bagi setiap lelaki, rambut dan kemasan diri memang aset penting ! Kalau tidak kemas, orang memang akan pandang pelik je kan? Selain gaya rambut, bab bercukur pun main peranan jugak. Kalau shave tak elok, confirm punyalah orang akan tanya. Ni based on experience okay!



So untuk shave yang terbaik, korang kenalah guna shaver yang terbaik juga kan? So aku nak highly recommend dekat korang mengenai Gillette Mach3 yang terbaru!




Baru – baru ini aku berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Gillette Mach3 yang terbaru bagi menyaksikan sendiri apakah dan bagaimanakah fungsi Gillete Mach3 yang dikatakan lebih baik daripada pencukur pakai buang biasa


Jadi apakah kelebihan menggunakan Mach3 ini? Sangat banyak sebenarnya. Antaranya adalah

  • -          Bilah lebih tajam yang menggunakan daya potongan yang lebih rendah, memberikan pengalaman bercukur yang lebih selesa dan mengurangkan geseran dan kesan kemerahan selepas bercukur.
  • -          Teknologi salutan bilah pencukur yang maju, Teknologi Thin Uniform Telomer (TUT) memberikan kekuatan yang tinggi kepada bilah pencukur yang halus dan mengurangkan daya potongan. Setakat ini, teknologi ini hanya boleh didapati pada Mach3® Turbo.Hebat tak?
  • -          Bar gel yang dipertingkat kini 30% lebih lebar, direka untuk sentuhan yang lebih baik dengan kulit, dan mengandungi lebih “pelincir pengalas” untuk memberi pelinciran dan luncuran yang lebih baik. Gel ini yang membantu kulit sensitif sebenarnya

Gillette Mach3 ini turut digunakan oleh Fahrin Ahmad yang juga duta untuk produk ini. Waktu aku datang ke event ni, sempat jugaklah Fahrin Ahmad berkongsi dan menunjukkan cara beliau bercukur menggunakan Gillette Mach3 yang terbaru



Nampak kemas dan smooth! Sebabnya ciri – ciri yang ada membantu melancarkan lagi proses bercukur termasuk:

  • -          3 bilah berbanding 2 bilah pencukur
  • -          Bilah yang disambung dengan spring
  • -          Pelindung kulit yang lembut
  • -          Pangsi hadapan yang mengalihkan daya tangan dari bilah pencukur
  • -          Binaan terbuka yang membolehkan pembilasan and pembersihan lebih mudah
  • -          Pemegang ergonomik yang memberikan kawalan yang bagus
  • -          Sistem cantuman tunggal menyambung pemegang ke kartrij dengan mudah










Yang bestnya lagi , bilah dia ada 3 so lagi senang untuk mencukur. Tak macam pencukur biasa, bilah kadang – kadang ada satu je, mudah tercabut dan kulit selalu luka. Tapi dengan Gillette Mach3 terbaru segalanya lebih baik daripada pencukur pakai buang biasa! Pemegang spring, bilah pencukur tahan lama sehingga 10 kali bercukur,  bar gel yang lebih baik untuk meluncur dan pemegang yang ergonomic memberi kawalan lebih kukuh






 Gillette Mach3 ini mempunyai 3 variasi iaitu Classic, Sensitive dan turbo . Harganya bermula dari RM15.90 sehingga RM18.50 dan boleh dapatkan sekarang di semua cawangan jualan utama!

Nantikan next entry aku akan kongsi tips bercukur dengan baik menggunakan Gillette Mach3 yang terbaru

Gillette Mach3 Baru Pencukur Yang Terbaik!

by on 26.8.16
Bagi setiap lelaki, rambut dan kemasan diri memang aset penting ! Kalau tidak kemas, orang memang akan pandang pelik je kan? Sel...
Salam semua! Buat kaki travel dan korang yang sukakan travel wajib baca entry ini! Sebabnya aku nak kongsi dengan korang tips travel dengan mudah menggunakan OYO.



Mesti korang terfikir apa itu OYO kan? Yoyo ke? Haa mesti pelik kan? OYO ini sebenarnya aplikasi mudah alih yang membolehkan korang tempah bilik hotel atau mana – mana penginapan dengan mudah. Yang bestnya banyak benda yang unik dan menarik mengenai OYO ini. Nak tau kenalah baca sampai habis!



Banyak diskaun dan keistimewaan !
Haa kalau nak tau selama aku travel, tak pernah jumpa aplikasi yang gempak macam ni. Mana taknya, dengan OYO korang akan dapat banyak diskaun dan keistimewaan seperti percuma RM50 bila pertama kali download aplikasi OYO, diskaun 20% dan banyak lagi. Jadi tunggu apa? Download sekarang dan ianya PERCUMA !


Cuma goncang dan ketahui hotel yang berdekatan korang
Ini best! Tak tahu hotel apa yang berada berhampiran korang? Don’t worry guys . Korang Cuma perlu goncangkan phone korang, dan senarai hotel yang berdekatan korang akan muncul di layan skrin phone. Best kan? Just shake ye

Hampir seluruh dunia aplikasi ini bakal diluaskan



Untuk pengetahuan korang, aplikasi OYO ini masih lagi baru. Namun begitu, dah banyak tempat yang ada OYO. Tak percaya korang try la cek di aplikasi OYO. Di seluruh dunia pun macam tu. Kalau tersesat tak kisah sebab kan ada OYO

Banyak keistimewaan OYO ini dimana korang boleh book hotel dengan mudah cepat dan harga yang jauh lebih murah.

Cara untuk dapatkan harga hotel lebih murah dengan menggunakan OYO
1.    Korang download aplikasi OYO Rooms DISINI, Dah download jangan lupa masukkan code OYO10X dan orang akan dapat FREE  RM50 di dalam akaun OYO


2.    Nak diskaun 20% ? Apa kata korang gunakan code yang OYO bagi pada aku ni khas untuk korang kaki travel, Cuma masukkan MYBUD377 dan korang akan dapat diskaun 20% untuk tempahan hotel. Jimat kan!

promosi terkini!


3.    Selalu semak aplikasi OYO. Sekarang ni ada promosi Merdeka. Dimana ada promosi disitulah ada kelebihannya. Cepat semak!
Selain goncang, korang pun boleh je pilih hotel di kawasan yang korang inginkan. Cuma search je kawasan yang korang nak dan akan keluar senarai hotel tersebut. Korang pun boleh pilih samada nak bilik sorang ataupun berdua
Selain itu, korang juga boleh pilih OYO Premium. Bilik premium ini of course jauh lebih besar dan best. Tapi gunakan OYO dah confirm best!
Dah booking apa semua, nanti SMS  confirmation akan masuk ke korang punya text inbox dan juga email


Boleh percaya ke aplikasi OYO ni? Haip! Apa yang tak percayanya. Banyak hotel dah bekerjasama dengan OYO ini. 
Siap ada signboard bagai lagi
Bagi aku kenapa korang perlu menggunakan OYO
-       Lagi cepat dan pantas
-       Jauh lebih selamat dan yakin
-       Banyak diskaun dan kelebihan
-       Kelebihan hotelnya yang jauh lebih bagus dan kualiti pada harga rendah
-       Aplikasi yang unik, cuma goncang untuk ketahui hotel yang terdekat
-     Kaedah pembayaran yang mudah iaitu menggunakan Paypal, Debit atau Card Credit dan secara tunai
cantik kan? 

Perasan tak atas meja tu? Semuanya khas dari OYO 

So kalau  korang nak cari aplikasi hotel murah dan mudah, aku highly recommend OYO! Mesti pilih! Jangan lupa untuk download aplikasi OYO dan share code diskaun yang aku dah bagi tadi

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari
Twitter: @OYORooms
Facebook: OYO.Malaysia

p/s:  Nampak tak ada ruangan Chat With Us dekat bawah ni? ada masalah drop je comment dekat situ dan dorang akan reply. Mudah kan? 



OYO PILIHAN BUDAK PACAK !

Senangnya Travel dengan OYO

by on 26.8.16
Salam semua! Buat kaki travel dan korang yang sukakan travel wajib baca entry ini! Sebabnya aku nak kongsi dengan korang tips travel denga...


Khas untuk  orang Utagha semua cheq nak bagitau kat ampa yang hujung minggu ni ada Karnival Hartanah U4RIA di Pulau Pinang! Haa padia U4RIA ni? 






U4RIA ni adalah singkatan bagi Karnival Hartanah U4RIA yang dianjurkan oleh UDAHoldings Berhad dan time Karnival Hartanah U4RIA ni lah,ampa  berpeluang untuk  memiliki hartanah  pilihan ampa ! Selain itu, pelbagai jualan hartanah dan pameran hartanah hat len pun ada di Karnival Hartanah U4RIA ni.







Meh kita imbas kembali Karnival Jualan Hartanah UDA U4RIA tahun 2014, UDA Holdings Berhad mensasarkan jualan sebanyak RM136.2 juta untuk  pelbagai jenis rumah sepanjang dua hari karnival. 



Sejumlah 185 unit pelbagai jenis rumah ditawarkan dengan beberapa pilihan keluasan binaan dan harga jualan yang dijangka mampu menarik minat bakal pembeli time tu. Bayangkan tahun 2014, pelanggan berpeluang memiliki rumah idaman dengan harga tawaran serendah RM320,000 hingga ke kediaman mewah, harga bermula RM2.5 juta. 

Hebat dak? Ternyata UDA Holdings Berhad berjaya menarik pengunjung yang datang dan rekod jualan mereka di Karnival Jualan Hartanah UDA U4RIA 2014 melebihi sasaran mereka iaitu RM142 juta! Tahun ni confirm lagi havoc punya 

Di Karnival Hartanah U4RIA 2016, beberapa lokasi hat len akan diadakan serentak seluruh negara, tapi karnival utama terletak di Pulau Pinang pada minggu ni! 


Tarikh: 27-28 Ogos 2016
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi: Tapak Projek Crescent Dew, Bertam Pulau Pinang



Selain pameran dan jualan hartanah, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan seperti aktiviti hiburan keluarga, dan juga persembahan dari artis-artis seperti Dayang Nurfaizah dan Mark Adam. Penampilan Boboiboy juga di Karnival Hartanah U4RIA mampu menarik lebih ramai pengunjung yang datang bersama keluarga. So ampa pakat mai noh ramai - ramai 




Kalau nak tau, ada lagi hat best! Antaranya seperti Flying Fox, Zorb Ball dan Kapten Buehbossa. Hah apa tu? Mesti ampa pelik kan? Salu dengaq Barbossa ja . Kalau nak tau ampa kena lah datang Karnival U4RIA di Pulau Pinang hujung minggu ni!





Untuk maklumat lanjut tentang U4RIA ampa boleh godek 

Website : 

Facebook : 

Karnival Hartanah #U4RIA Di Pulau Pinang

by on 24.8.16
Khas untuk  orang Utagha semua cheq nak bagitau kat ampa yang hujung minggu ni ada Karnival Hartanah U4RIA di Pulau Pinang! Haa padia...

Cakap pasal orang Asli, mesti korang dah biasa kan? Tapi pernah ke korang rasai sendiri bermalam di Perkampungan Orang Asli? Haa baru – baru ini aku berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di Perkampungan Orang Asli  Kampung Redip, Gua Musang Kelantan



Aktiviti ini sebenarnya antara perancangan di dalam eko pelancongan Negeri Kelantan yang diusahakan oleh Tourism Malaysia Kelantan yang kini membangunkan tempat – tempat yang berpotensi sebagai tempat pelancongan.



Kampung Redip Pos Hau , Kuala Betis Gua Mudang terletak kira – kira 56 Kilometer dari bandar Gua Musang. Agak jauh  jugaklah sebenarnya tambah pulak melalui jalan off-road selama hampir 2 Jam.





Tapi apa kisah? Best kot sebab dapat naik 4x4 dan lalu off – road. Baru mencabar! So far ekspedisi kali ini merupakan off- road paling jauh pernah aku join

Walaupun jauh ke dalam, perjalanan korang ke sini serius berbaloi kerana ternyata aktiviti yang tersedia oleh Masyarakat Orang Asli disini segalanya menarik !


nah abang belanja teaser dulu 

Sampai – sampai je kiteorang terus pergi mencari Bunga Rafflesia  di Kampung Redip ni. Lagi cerita mengenai Bunga Rafflesia ni aku citer dekat next entry okay?




Lepas je cari Rafflesia , terus ke Perkampungan Orang Asli  Kampung Redip untuk berehat. Ketibaan kiteorang disambut meriah oleh masyarakat Orang Asli disini. Kagum juga sebenarnya sebab tak sangka dalam jauh kawasan ini terdapat satu perkampungan Orang Asli yang cantik.





Chalet  - chalet yang tersedia dekat sini direka mengikut bentuk asal rumah Orang Asli. Masuk je chalet fuhhh, macam resort! Hebat okay!





 Aku sangkakan macam rumah kampung dulu sekali serba lengkap! Siap ada shower dan heater lagi. Kipas takde sebab dekat sini mengigil sejuk haaaa



Banyak aktiviti yang korang boleh buat sebenarnya bila menginap di Perkampungan Orang Asli Kampung Redip ni. 



Bermula dari trekking pastu mandi Air Terjun Leurew yang sejuk gilos tu. Aku setakat masuk dalam 5 minit camtu je pastu keluar balik sebab tak tahan sejuk hahahaa. 



Sambil berjalan ke sini, korang boleh tengok demonstrasi pemasangan jerat traditional yang dipasang di tepi sungai




Pada sebelah petangnya , korang boleh main baling tin dengan masyarakat disini dan jalan – jalan tengok kampung dorang. 







Agak meriah sebab semua keluar beriadah. Kiteorang sempat juga melihat demonstrasi memasak masakan tradisi Orang Asli. Sedap sebenarnya!




Kemeriahan tak habis dekat situ je sebab pada sebelah malamnya pula, perkampungan di tepi sungai ini ‘hidup’ sebab  korang dihiburkan dengan persembahan sewang yang cukup menarik sebagai simbolik meraikan kedatangan tetamu ke perkampungan mereka. Best part is korang kenalah join sekali!





Keesokan harinya sebelum bertolak balik, ada demostrasi menyumpit yang boleh korang cuba sendiri. Take it as experience. Balik KL, tak dapat semua ni tau



Selain dari budaya dan cara hidup dorang yang menarik , jangan lupa pula untuk dapatkan kraftangan Orang Asli Kampung Redip untuk dibawa pulang sebagai tanda kenangan korang datang kesini.



So, kalau korang  yang rimas dengan kesibukan bandar,  inginkan ketenangan destinasi  Kampung Redip, Pos Hau Gua Musang adalah tempatnya  untuk korang ! 



Terima Kasih Tourism Malaysia dan Tourism Malaysia Kelantan atas jemputan ini 

p/s : Lagi gambar dan story korang boleh baca di www.projektravel.com atau di Instagram #KembaraEkoKelantan 

Pengalaman Bercuti Di Perkampungan Orang Asli Kampung Redip

by on 22.8.16
Cakap pasal orang Asli, mesti korang dah biasa kan? Tapi pernah ke korang rasai sendiri b ermalam di Perkampungan Orang Asli ? Haa bar...