Total Pageviews

Sedapnya Makan Di D'Saji KL Titiwangsa

Bulan puasa ni banyak juga tempat berbuka puasa yang best sempat aku review. Mostly semuanya tidak mengecewakan. Kali ini aku nak kongsi mengenai tempat berbuka best di Kuala Lumpur iaitu di Restoran D'Saji KL Titiwangsa Kuala Lumpur 




Dah banyak kali aku makan dekat sini, so far tidak mengecewakan. Untuk yang berbuka puasa ni, lagilah puas hati! Sebabnya dekat sini menyediakan aneka makanan laut dan masakan terkenal di bazar. 



Dah la makanan sedap, tempat pulak menarik. Haritu aku pergi time baru lepas hujan. Memang feeling weh terasa tenang je makan dekat sini. Sambil - sambil korang makan dekat sini, korang bakal dihiburkan dengan persembahan ghazal yang dijemput khas . 






Kalau tanya aku memang banyak la favourite , antaranya koey tiaw goreng, gulai tempoyak dan spaggheti carbonara. Nampak simple? hahaah tapi yang ini la aku tambah 










Menu - menu lain pun tak kurang hebatnya weh, sebab tema dia seafood kan? Haa wajib cuba juga sotong gergasi goreng. laris! 



kalau korang nak rasa satu-satunya Seafood Buffet Ramadan di KL, hubungi Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa di talian berikut:
019-2777792 (Pn Nabila)
010-5611507 (En Harith)

p/s : nak murah? cuba cari kupon voucher di Lazada, 11 street! 

No comments: