SACC Mall Shah Alam Bakal Ditutup ?
Sejak kewujudan beberapa mall di sekitar Lembah Klang ni, banyak juga Mall lain yang turut kena tempias. Antaranya termasuklah SACC Mall yang dikatakan bakal ditutup. Sejauh mana kebenarannya , itu hanyalah khabar angin semata - mata
Sebabnya yang dikatakan tutup , dengan wujudnya AEON Mall Shah Alam yang memberi saingan hebat kepada mall yang lain di Shah Alam. Kalau korang nak tau, SACC Mall ni takder la terkesan mana pun, malah SACC Mall Shah Alam kini berwajah baru dengan munculnya Jameela Street Vendor
Kalau sebelum ni korang tengok SACC Mall macam suram je, kali ini SACC Mall tampil dengan Hub Fesyen Muslimah Terbesar di Selangor yang kini berada di tingkat 2 & 3.
kredit : www.faizalfredley.com |
Jameela Street Vendor ini merupakan satu - satunya pusat fesyen terbesar di Negeri Selangor yang menempatkan lebih dari 26 Vendor dan usahawan terpilih dengan jenama dan produk dorang tersendiri
kredit : www.kisahemasputih.com |
kredit : yayaflanella.blogspot.com |
Korang kena datang dan tengok sendiri sebab Jameela Street Vendor ni bagi aku dekorasi dan susunannya unik dengan bertemakan Garden Deco.
SACC Mall ni meriah sekarang. Baru - baru ini pulak ada pencarian Wajah Jameela yang menampilkan 28 orang peserta merebut gelaran Wajah Jameela . Ala - ala duta la kiranya
Dan sekarang musim nak raya ni, lagi meriahlah SACC Mall dengan jualan baju - baju raya dan pelbagai acara yang diadakan sehingga hari raya nanti
Jangan lupa untuk datang ke SACC Mall Shah Alam, Pusat Fesyen Muslimah terbesar di Selangor yang kini berwajah baru !
JAMEELA STREET
Tingkat 2 dan 3, SACC Mall Shah Alam
43300 Shah Alam
Selangor
Instagram:
Facebook:
2 comments:
Tak pernah sampai sana lagi...
wow....
Post a Comment