Total Pageviews

SACC Mall Shah Alam Bakal Ditutup ?

Sejak kewujudan beberapa mall di sekitar Lembah Klang ni, banyak juga  Mall lain yang turut kena tempias. Antaranya termasuklah SACC Mall yang dikatakan bakal ditutup. Sejauh mana kebenarannya , itu hanyalah khabar angin semata - mata 




Sebabnya yang dikatakan tutup , dengan wujudnya AEON Mall Shah Alam yang memberi saingan hebat kepada mall yang lain di Shah Alam. Kalau korang nak tau, SACC Mall ni takder la terkesan mana pun, malah SACC Mall Shah Alam kini berwajah baru dengan munculnya Jameela Street Vendor 



Kalau sebelum ni korang tengok SACC Mall macam suram je, kali ini SACC Mall tampil dengan Hub Fesyen Muslimah Terbesar di Selangor yang kini berada di tingkat 2 & 3. 

kredit : www.faizalfredley.com 


Jameela Street Vendor ini merupakan satu - satunya pusat fesyen terbesar di Negeri Selangor yang menempatkan lebih dari 26 Vendor dan usahawan terpilih dengan jenama dan produk dorang tersendiri 

kredit : www.kisahemasputih.com 

kredit : yayaflanella.blogspot.com 


Korang kena datang dan tengok sendiri sebab Jameela Street Vendor ni bagi aku dekorasi dan susunannya unik dengan bertemakan Garden Deco. 





SACC Mall ni meriah sekarang. Baru - baru ini pulak ada pencarian Wajah Jameela yang menampilkan 28 orang peserta merebut gelaran Wajah Jameela . Ala - ala duta la kiranya



Dan sekarang musim nak raya ni, lagi meriahlah SACC Mall dengan jualan baju - baju raya dan pelbagai acara yang diadakan sehingga hari raya nanti 

Jangan lupa untuk datang ke SACC Mall Shah Alam, Pusat Fesyen  Muslimah  terbesar di Selangor yang kini berwajah baru !



JAMEELA STREET 
Tingkat 2 dan 3, SACC Mall Shah Alam
43300 Shah Alam
Selangor

Instagram:

Facebook:

2 comments:

Maria Firdz said...

Tak pernah sampai sana lagi...

capik ahadin said...

wow....