Total Pageviews

Power Rangers Kini Di Resort World Genting !

Cakap pasal Power Rangers ni kan, mesti ada ramai peminat dia? Aku pun tak terkecuali lah, hahaha sampai sekarang layan lagi sampai tahap gigih gi tengok dekat Youtube. 





Kena pulak ada tayangan aksi Power Rangers Live In Genting, memang aku terus nak pergi tengoklah walaupun sekarang bulan puasa. Bukan senang kot, sebab ini adalah pertama kali show Power Rangers diadakan di Asia dan yang lagi gempak ini adalah show Power Rangers Dino Charge yang pertama di dunia 



Show ini sebenarnya telah pun berlangsung sejak 28 May tempoh hari dan akan berakhir pada 26 Jun ini. Korang wajib pergi tengok terutama yang Power Rangers Die Hard Fans dan yang sudah bekeluarga, bawa dorang ramai - ramai ke sini 





Show kali ini mengisahkan Power Rangers Dino Charge yang ditugaskan melindungi bumi dari jatuh ke tangan musuh, Fury, Poisandra dan konco - konconya. Namun pada ketika itu Power Rangers Pink telah ditangkap bersama - sama energem nya. Jadi kali ini misi menyelamatkan Pink terletak pada rakan - rakannya dan dibantu oleh Power Rangers Mighty Morphin 






Kalau korang nak tengok live show yang diadakan di  Genting International Showroom ini harga tiket adalah RM108 (VIP), RM88 (PS1) dan RM68 (PS2). Untuk pemegang Genting Rewards Card members boleh dapatkan 10% discount dari  normal ticket price. 


Dah tengok, mesti nak jumpa secara dekat dan bergambar kan? So setiap jam 12 dan 7.30 petang, watak - watak Power Rangers Dino Charge akan berada di Power Rangers Activation Booth ,  Universal Walk, Genting Grand lobby dan di area Genting International Show Room 

Dapatkan juga barang - barang eksklusif Power Rangers disana! Show akan habis minggu ni tau, jadi jangan lepaskan peluang. 


jangan lupa untuk bergambar dengan watak ice age juga! 


Terima kasih Resort World Genting atas jemputan! 


Untuk tempahan dan maklumat lanjut hubungi 03–2718 1118 atau log on www.rwgenting.com.

No comments: