Total Pageviews

Jualan Gila - Gila Mood Republik

Jualan Gila - Gila Mood Republik yang bermula pada 24 Jun hingga 27 Jun ini merupakan festival raya terbesar di Asia selama 72 Jam tanpa henti, pertama di Malaysia ! Baru - baru ini aku sempat pergi ke sidang media mengenai Mood Republik ni, so dijangka seramai 1 juta orang akan hadir ke temasya KL Raya Fest ini 





Pada hari pertama 24 Jun, duit raya sebanyak RM 50 000 telah diberi kepada orang ramai, bukan itu je, malah 100 000 pengunjung pertama mendapat beg hadiah percuma sumbangan dari jenama terlibat 



1 thing yang bagi aku Mood Republik sangat menarik adalah kerana ini merupakan festival ataupun jualan yang berjaya menghimpun pelbagai jenama dan selebriti tanah air. Ada lebih dari 600 jenama yang terlibat dalam Mood Republik 




Tahun lepas jam teruk di kawasan PWTC, dalam jangan cakap lah, sampai ada yang bersalin di Mood Republik ni. Antara jenama yang terlibat pada tahun ini adalah Aidijuma , Jubah Souq, Naelofar Hijab, Izzuexclusive by Izzue Islam, Arriandra by Tomok, Cakenis Shawl by Hanis Zalikha & Hairul Azreen dan banyak lagi ! 

Memang meriah la weh, bukan itu sahaja, penyanyi terkenal Indonesia , Dato Rossa dan Afgan juga akan turun padang membuat persembahan dan turut membuka booth . 




Kalau nak tahu, Mood Republik ni bermula pada hari Jumaat, tapi Queue dia dah dibuka pada hari khamis, jam 10 pagi. Giler tak? Hahahaha sanggup weh demi Mood Republik ini 

Apapun, make sure korang plan betul - betul sebab crowded memang gila - gila, selamat bershopping


p/ s : Terkilan dengan management/ PR Mood Republik sewaktu sidang media tempoh hari. Memberi macam tak ikhlas, walapun event sangat berjaya :) 

No comments: