Buffet Ramadan Terbaik di Kelantan
Buffet Ramadan Terbaik di Kelantan Baru – baru ini aku berbesar hati untuk menerima jemputan
Hotel no 1 di Kelantan, Hotel Perdana Kota Bharu bagi merasai sendiri beberapa
menu untuk buffet Ramadan akan datang
Aku sendiri pun tak expect untuk datang dan merasai semua
tu, tapi bak kata orang rezeki jangan ditolak. Dan boleh aku katakan mungkin
hotel ini mengungguli buffet Ramadan terbaik di Kelantan
Pada tahun ini Hotel Perdana Kota Bharu masih mengekalkan
konsep yang juga merupakan signature dorang untuk 3 tahun berturut – turut
iaitu Ramadan Bazaar@Perdana. So ada
lebih 188 juadah dari negara kita, Arab, Indonesia dan Thai disediakan di sini
Diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi, sebanyak 6 pusingan
juadah harian akan ditukar. So korang tak akan rasa bosan untuk rasai menu yang
sama kan? Antara yang bakal menjadi tarikan adalah Kambing bakar, 5 gulai kawah – Kari Kambing gearbox,
sup merah tulang rawan, kari kepala ikan , Gulai ayam kampong sumatera dan
Masak Lemak Salai Pucuk ubi
Yang handsome tepi sekali tu, En Taha, Pengurus Besar Hotel Perdana, sangat baik dan humble orangnya |
Untuk menu tahun ini pula beberapa juadah baru turut
diperkenalkan antaranya adalah Kibas panggang, Ayam Tempayan , Murtabak,
Rendang Kerang dengan daun pegaga dan Kebab Ayam
Bila dah kesini, korang wajib cuba Sup Torpedo, Sup Tulang
rawan dan bubur lambuk daging rusa. Memang unik!
Memang banyak gila pilihan, sambil – sambil nikmati juadah
disini jangan lupa stay juga. Hotel nya best sesuai dengan konsep syariah
compliance dia, selesa dan serba lengkap !
Harga Buffet Ramadan Hotel Perdana Kota Bharu
Dewasa RM 78
Kanak – kanak 4 – 12 tahun : 50% discount
Private atau korporat iftar minimum 50 pax : RM55
Event amal anak yatim minimum 100 orang : RM55
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya juga boleh disediakan dengan
bayaran RM 65 seorang untuk jumlah 50 pax ke atas
Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 09 – 745 8888
Fax : 09 – 758 8855
Facebook : www.facebook.com/HotelPerdanaKotaBharu
Instagram : @hotelperdana_kotabharu
kredit gambar buffet : Koleksi Hotel Perdana Kota Bharu
1 comment:
Wah... nampak sedap gak!
Post a Comment