Total Pageviews

Review Filem My Stupid Boss

Review Filem My Stupid  Boss At first bila aku dapat jemputan untuk hadir ke Malam Gala Tayangan My Stupid Boss baru - baru ini, rasa macam malas. Yer la aku ni bila bab filem melayu atau indonesia , kurang sikit sebab boleh predict cerita dia macam mana. Cerita Ada apa dengan cinta 2 pun tak rasa nak tengok. maaf ya ! 




So bila tengok senarai pelakon ada Bunga Citra Lestari , Reza Rahadian , Atikah Suhaimie, Bront Paralae , Kinwah Chew , Iskandar Zulkarnain bagai dan filem ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia, aku pun RSVP Yes dan hadir ke malam tersebut 






Ramai juga peminat dan Media yang hadir ke malam gala yang diadakan di GSC Pavilion. Siap menjerit - jerit nama pelakon yang diorang minat. Wow! Not bad juga penangan filem ni. 

Aku pun memang bercadang nak balik awal walaupun filem tak habis lagi. Maklumlah esok kerja dan aku agak cerita ni pun mesti biasa - biasa. 




Tapi semua plan tu tak menjadi langsung! Aku tengok cerita ni sampai habis lepas tu gelak memanjang je. Tak percaya korang pergi tanya Amir Nawawi , kiteorang memang layan habis cerita ni

Ulasan aku cerita ini memang simple, tapi sarat dengan komedi yang bakal membuatkan korang gelak setiap masa, dan untuk filem ini aku bagi 4 Bintang! best weh, korang wajib pi tengok!! 


Sinopsis My Stupid Boss 

Filem yang diangkat dari novel dan kisah benar ini mengisahkan Diana lakonan Bunga Citra Lestari yang harus mengikuti suaminya, (Alex Abbad) berpindah dan bekerja di negera jiran iaitu Malaysia. Di sana, Diana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka dan bekerja di sebuah pejabat yang memiliki pekerja dari pelbagai negara.
Konflik berlaku apabila Diana terpaksa berhadapan dengan majikannya, Bossman yang juga berasal dari Indonesia (Reza Rahadian). Bossman memiliki tingkah laku yang pelik tetapi karakternya melucukan. Bossman memiliki prinsip yang luar biasa, berbeza dengan majikan lain. Di pejabatnya, tiada peraturan dan sistem yang jelas dalam pengurusan syarikat membuatkan urusan harian menjadi huru-hara.
Bossman mempertahankan prinsip tersendiri iaitu ‘Bossman Always Right’. Setiap keinginannya harus dituruti semua pekerjanya. Di situ, Diana mula mengenali rakan setugasnya iaitu Norahsikin lakonan Atikah Suhaimie, Adrian (Bront Palarae), Azhari (Iskandar Zulkarnain) dan Mr.Kho (Kinwah Chew) yang banyak memberi nasihat untuk berhadapan dengan Bossman. 



No comments: