Karnival Pekerjaan GRADUAN ASPIRE datang lagi!
Jyeahh! GRADUAN ASPIRE datang lagi tahun ini ! Dengan
lebih banyak agensi dan aktiviti, dan semestinya peluang pekerjaan ! So siapa
yang menganggur tu, yang nak cari pekerjaan, korang wajib datang sini!
kemeriahan GRADUAN ASPIRE tahun lepas |
Kembali dengan tahun keenam penganjurannya , bertemakan
‘Fly High’ antara agensi yang turut mengambil bahagian adalah Maybank, Celcom
Axiata, UEM Group, Malaysia Airlines, Dell, Exxonmobil dan Nestle. IPTA dan
IPTS pun ada tau seperti UIAM , Taylor’s University, Curtin University,
Multimedia University, Universiti Kebangsaan Malaysia, University Malaya dan
banyak lagi
Pada 28 dan 29 May 2016 (Sabtu dan Ahad)
GRADUAN ASPIRE 2016
bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik selaras dengan keperluan pekerjaan
yang korang nak seperti ASPIRE+,
ASPIRE500 Conference, ASPIRE Lounge, Agents Race, contests dan cabutan bertuah
. Wow bestnya!
Aku pun memang mengharapkan carnival macam ini, supaya
nampak sikit jalan pekerjaan tu haa. Dekat sini nanti make sure korang bawa CV
lengkap sekali ya? Mana tahu boleh interview dan apply kerja sekali
Kalau korang nak tahu, ASPIRE+ sentiasa mendapat tempat
para pengunjung! Pada tahun ini ASPIRE+ akan menampilkan lagi 30 CEO dari
agensi dan syarikat ternama seperti Tan Sri Tony Fernandes, Group CEO of
AirAsia; Sridharan Nair, Managing Partner of PwC Malaysia; Benyamin Bin Ismail,
CEO of AirAsia X; Badlisyah Abdul Ghani, President of Chartered Institute of
Islamic Finance Professionals; Mukhtar Hussain, CEO of HSBC Bank Malaysia Bhd;
dan dijangka lebih 200 graduan akan sertainya
flashmob yang diadakan sebagai simbolik mengajak orang ramai ke GRADUAN ASPIRE 2016 ! |
Selain itu, antara highlight dan ditunggu ramai adalah ASPIRE 500 Conference dimana 500 bakat atau mereka yang terpilih dari
university dalam dan luar negara dan juga koleh bakal diberi peluang mendengar
talk dari Malaysian icons yang terkenal!
Pada tahun ini, ikon seperti Nazrin Hassan, CEO of Cradle
Fund Sdn Bhd; Leon Foong, General Manager of Uber Malaysia Sdn Bhd; Goh Ai Ching,
Founder of Piktochart; dan Ashran Dato’
Ghazi, CEO of The Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC)
bakal berkongsi idea dan panduan dalam aspek pekerjaan
Jadi ingat ya? Mark calendar korang pada 28 dan 29 May
2016, bermula pada 11 pagi hingga 6 petang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre. Mungkin kita
boleh berjumpa di sana ?
Untuk maklumat lanjut, layari http://graduan.com/aspire
No comments:
Post a Comment