Total Pageviews

Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban

Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban |  Siapa yang duduk di Seremban atau Negeri Sembilan dan sukakan Makanan Jepun, korang wajib datang ke sini. 




Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, aku memang dah lama mengidam makanan jepun ni tambah - tambah lagi sushi. Nak ajak member makan, tekak dorang pula tak kena. So bila pergi ke Klana Resort Seremban dan dapat lunch makanan jepun, terharu okay! 




Alang - alang dah menetap di Klana Resort ni , explore habislah segala apa yang ada. So untuk hotel dan aktiviti aku dan Projek Travel disini nanti aku share. Sekarang ni nak cerita pasal Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban iaitu Yuri Japanese Restaurant 



Kenapa aku berani cakap Yuri ni Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban? Haa sebabnya bila dah rasa dengan tekak aku sendiri dan restoran ini pula telah menang beberapa kali anugerah restoran jepun terbaik di Seremban dan Negeri Sembilan memang tak boleh dinafikan lagi la









Tambah pulak makanan Jepun dihidangkan secara buffet depan mata korang, tak ke menggila sekejap? LOL . Kalau nak makan dekat sini, buffet hanya disediakan pada hari ahad sahaja dan boleh memuatkan 85 orang dalam satu masa


Dengan bayaran RM 75.00 bagi dewasa dan RM 40.00 bagi kanak - kanak korang boleh makan lebih dari 100 jenis makanan jepun hingga kenyang. Bagi aku agak berbaloi lah untuk makanan Jepun secara buffet. Kalau dekat luar tu, sepinggan sushi dah berapa kan? 







Dekat Yuri ni, cuba bayangkan daripada set sushi, Teppayanki, Tempura dan hinggalah ke pencuci mulut dia. Memang banyak dan sedap! Nak cakap satu per satu nanti ada yang terliur pulak. Kalau nak tanya aku mana satu jadi favourite, hampir semua jadi favourite tapi paling best Teppayanki dan campuran walnut bersama telur( tak ingat nama sebenarnya hahaha) 



So orang seremban dan Negeri Sembilan dah tahu kan pasal ni? Jemput - jemputlah mencuba, serius terbaik! 

Lokasi :
Yuri Restaurant 
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik, 
Taman Tasik Seremban, 
70100 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus


Waktu operasi :
11.30pm to 2.30pm / 6.30pm to 10.30pm
Dibuka setiap hari untuk lunch dan dinner 


Tempat duduk :
85 seats


Harga buffet lunch (ahad sahaja) :
RM75.00 (dewasa) / RM40.00 (kanak-kanak)


Talian Telefon :
(606) 766 7888 ext. 3555


Website :

No comments: