Total Pageviews

Klana Resort Seremban Berhantu?

Klana Resort Seremban BerhantuHaa agak kontroversi juga bila Klana Resort Seremban ini dikatakan berhantu. Pada mulanya aku pun tak tahu pasal ini. First time dengar dan check in di hotel ini 







Bila dah check in, tiba - tiba pula ada komen yang mengatakan ' tak takut ke? ' Aku pun pelik juga takut apa benda? Hahahaha tanya punya tanya, rupanya dia cakap hotel ni berhantu. Dalam hati aku biar betul weh, so aku pun cuba tanya pada keesokan harinya. Untuk first day tidur di situ. Nyenyak je tidur takde masalah apa 





So bila dah dapat kepastian, tak ada pun berhantu sebenarnya hotel ini. Orang je yang cuba menakutkan pengunjung untuk datang ke sini. Kalau nak cakap berhantu semua tempat berhantu, LOL 











Sebenarnya Klana Resort Seremban ini merupakan lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti team building dan outdoor . Sebabnya disini mereka menyediakan pelbagai aktiviti yang berdaftar seperti flying fox, abseiling,spider web dan banyak lagi. Jurulatih pula diiktiraf. 





Jadi selain datang berehat di hotel cantik di Negeri Sembilan ini, korang boleh je request untuk lakukan aktiviti ini. Kiteorang di Projek Travel turut berkesempatan lakukan aktiviti ini. 




Selain terkenal dengan aktiviti teambuilding, Klana Resort Seremban juga mempunyai tarikan lain seperti mempunyai kolam renang terbesar di Seremban , Restoran Makanan Jepun Paling Sedap di Seremban dan banyak lagi.







Pada sebelah malamnya pula ada sesi bbq untuk korang yang sukakan bbq. Bosan? Haa ada live band untuk hiburkan korang. Memang banyak gila aktiviti dekat sini, so Klana Resort ni bukan sekadar hotel biasa. Confirm korang akan datang lagi untuk masa akan datang! 





KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

No comments: