Total Pageviews

Siapa Sangka Dekat Sini Boleh Makan Steamboat Gaya Baru

Siapa Sangka Dekat Sini Boleh Makan Steamboat Gaya Baru | Bila dapat invitation untuk makan steamboat ni, terfikir jugak 2 - 3 kali nak accept ke tak. Last year pergi siap bawa guest lagi, tapi bukan makan steamboat. Mungkin sebab ada acara ringkas. * Think positive* 



So this time aku accept jugak, memandangkan tekak ni teringin nak makan steamboat. Since tak de geng nak makan, this is the right time to enjoy and hangout with blogger friends, - not forgotten the food! 

Aku difahamkan yang steamboat No 1 di Shah Alam ,D'Kayangan Steamboat BBQ & Grill telah menambah konsep dan juga pelbagai menu tambahan lagi dimana dengan konsep 3 dalam 1 yang terbaru ini korang bukan sahaja dapat makan steamboat dan juga grill malah korang boleh grill menggunakan arang yang sudah pastinya rasanya lagi best! 




Selalu bakar arang dekat rumah je kan? Haa dekat sini dorang pun ada sediakan. Yang bestnya arangnya sudah siap dibakar, bila sampai dekat meja korang, pilih , bakar dan makan ! Rasanya of course lagi berselera makan. 




Selain itu, aku tengok dah banyak perubahan dekat sini. Ada pelbagai skewer yang korang feeling bakar sendiri satay. Boleh dikatakan dekat sini korang dapat makan di restoran 5 bintang tetapi dengan harga yang giler murah. 

Antara kelainan D'Kayangan Steamboat , Grill and BBQ berbanding steamboat tempat lain 

  • Konsep 3 Dalam 1 - Grill , charcoal grill dan steamboat 
  • Lebih banyak pilihan seafood - pahat, udang besar , kerang, ketam , sotong dan lain - lain
  • Lebih dari 8 sos pilihan disediakan 
  • Ada kuih muih melayu termasuk korang boleh bakar sendiri otak - otak ! 
  • Ada beriani dan juga kambing golek ! 
  • Ada Ikan pari Asam Nyonya
  • Dessert Ice Monster 

  • Banyak giler weh, korang datang sendiri , tengok sendiri hahaah 



Best kot makan dekat sini, dengan pilihan nak makan dekat dalam atau luar , pilih je ikut keselesaan korang, Pilihan jangan cakap la banyak sangat sampai tak tau nak pilih apa, No wonder la tempat ni dipilih ramai sebagai tempat steamboat sedap dan murah . 

Dengan harga RM 40.20 seorang bagi dewasa dan RM 20.10 untuk kanak - kanak korang boleh makan sepuas - puasnya. Tetapi jangan sampai membazir yaa ada kompaun untuk korang yang membazir. 








Kalau nak makan dekat sini especially weekend kena book dulu yaa takut full house. Selalu full je, Okay datang sini dan komen apa pendapat korang ya! 

Lokasi : 

No 1 , Apartment Service Sri Acapella , Jalan Lompat Tinggi 13/33 Section 13, Shah Alam. (Bersebelahan Hayaki) 

Untuk Tempahan : 012 - 2971091 / 03 - 55125091


Instagram : #dkayangansteamboat

Twitter : #dkygnsteamboat 

No comments: