Tempat Shopping Murah Di Melaka
Tempat Shopping Murah Di Melaka | To be honest, Melaka ni banyak tempat yang best nak pergi, memang sentiasa menjadi tumpuan melancong kerana mempunyai pelbagai tempat yang menarik! Kalau Melaka sinonim dengan tempat bersejarah, kini Melaka menjadi tumpuan kerana mempunyai tempat shopping murah!
Haa kalau zaman sekarang, bukan setakat perempuan, lelaki pun suka bershopping tapi tak lah over macam perempuan kehkehkeh. Baru - baru ini, saya telah dijemput untuk ke tempat yang dikatakan Tempat Shopping Murah Di Melaka , iaitu Freeport A'Famosa Outlet yang terletak di Alor Gajah, Melaka .
Apa yang boleh dikatakan , tempat ini hampir sama seperti Johor Premium Outlet( JPO) dan Mitsui Outlet Sepang, cumanya ini adalah kali pertama saya datang ke tempat seperti ini dan Freeport A'Famosa Outlet ini mempunyai tarikan yang tersendiri !
Mana taknya, sampai saja korang disini pasti kagum dengan rekaan bangunan bercirikan Belanda yang berwarna warni tersergam indah. Dibuka pada seawal Disember 2015, Freeport A'Famosa Outlet kini telah mempunyai lebih dari 90 Outlet yang telah dibuka seperti pakaian sukan. produk kecantikan , penjagaan diri, kasual dan banyak lagi. Syurga buat kaki shopping !
Sampai beratur haaa... |
Alang - alang dah sampai sini, saya tak nak lepaskan peluang untuk shopping disini dan pada masa yang sama nak survey jugak betul ke murah sangat dekat sini.
Berbekalkan RM350, saya dan para bloggers yang lain dibahagikan kepada dua kumpulan untuk task shopping. Kumpulan yang pertama kena shopping menggunakan tema Formal Outfit dan satu lagi which is my team,Smart Casual .Seronok kejap bila dapat tema ni. Yer la bagi lelaki formal tu dah macam biasa sangat, bila smart casual tu bolehlah melaram sikit kehkehkeh
Dengan bajet tak lebih dari RM350 , saya berjaya dapatkan awesome outfit dengan harga yang sangat best !
Sneakers dari Nike ( Original okay?) : RM70
Jogger Jeans dari Brunswick Garments Cotton On RM75
Sunglass dari Cotton On RM 6
Red Shirt dari Cotton On RM50
Chambray dari Brunswick Garments Cotton RM110
total : RM311
still on budget !! Best buy adalah Nike sneakers dimana kalau tempat lain harga mau beratus ye. Jadi buat orang Melaka dan sesiapa sajalah yang nak cari tempat Shopping murah, datanglah ke Freeport A'Famosa Outlet !
Freeport A'Famosa Outlet Melaka '
Dibuka 10 pagi - 10 Malam
Website : http://www.freeportafamosa.com/
Instagram : https://www.instagram.com/freeportafamosaoutlet/
Twitter : https://twitter.com/FreeportAFamosa
2 comments:
Menarik.
Gi Melaka nanti, nak singgah sini.
Sneakers baru 70 memang murah kot..kena pergi nih..ahaks
Post a Comment