Restoran D'Saji KL Titiwangsa Mengecewakan?
Restoran D'Saji KL Titiwangsa Mengecewakan? | Dah lah parking susah , waiter tak reti ambil order dan servis melambatkan! Betul ke Restoran D'Saji KL Titiwangsa Mengecewakan seperti ini ? Yer la komen negatif ini kadang memberi impak kepada para pengunjung
Jadi untuk kepastian, kami di Projek Travel sempat terjah dan turut datang ke Restoran D'Saji KL Titiwangsa ini untuk kepastian. Kami turut membawa beberapa individu bagi membuktikan kami berada disini. Sempatlah juga kami merasa dinner dan lunch di restoran ini. Ternyata dakwaan mengenai komen di atas adalah
-
-
-
-
-
TIDAK BENAR
Yer lah memandangkan baru - baru ini ada selebriti terkenal yang baru sahaja membuka Restoran , melenting kerana tidak boleh terima komen yang membina dari blogger.
Jadi untuk sahkan mengenai komen negatif tersebut, ini adalah komen beliau
' Memang benar kami ada menerima komen - komen tersebut di laman sosial. Kami di Restoran D'Saji KL Titiwangsa menerima dengan hati terbuka apa - apa jenis komen bagi membaiki kualiti kami dari semasa ke semasa. Untuk makluman komen tersebut diterima sewaktu awal pembukaan kami pada Mei 2015. Malah untuk memujuk kembali pelanggan kami tersebut, segala makanan dan minuman beliau kami belanja. Malangnya selepas itu, beliau dan ahli keluarga beliau terus menghentam kami di sosial media seolah - olah kami membuat kesilapan yang terlalu besar '
Haa ini adalah jawapan dari pihak Restoran D'Saji KL Titiwangsa. Sebenarnya time kiteorang pergi tu terpukau sekejap dengan restoran ini, besar dan menarik! .Kalau nak tahu, Restoran ini dulunya adalah Restoran Nelayan, Tetapi kini ianya adalah kepunyaan Felda D'Saji sebuah syarikat katering yang terkenal.
Menjawab isu parking takde tu, sebenarnya banyak gilos parking di kawasan restoran ini .Mungkin orang salah faham kot memandangkan restoran ini terletak di atas Tasik Titiwangsa dan tasik ini sentiasa crowded. Pastu isu pekerja tak reti manage tu. Tahu tak bahawa pekerja - pekerja disini mostly adalah anak - anak peneroka Felda yang baru habis belajar dan diberi peluang untuk menimba pengalaman disini .Kita patut menyokong niat murni dorang bukannya menghentam, Biasalah restoran baru buka, tak boleh expect 100% tip top
Restoran ini sangat menarik sebab ianya merupakan restoran terapung di atas tasik dan menariknya setiap malam mempunyai persembahan kebudayaan. So sambil - sambil makan tu, bolehlah cuci mata tengok persembahan.
Bukan setakat itu, yang terkini dorang dah ada maskot siri animasi terkenal .Sebagai contohnya bulan ini Transformers haa sesuai sangat untuk korang yang ada anak -anak tu. Dorang mesti terhibur. Boleh ambil gambar juga kan?
Bukan setakat itu, yang terkini dorang dah ada maskot siri animasi terkenal .Sebagai contohnya bulan ini Transformers haa sesuai sangat untuk korang yang ada anak -anak tu. Dorang mesti terhibur. Boleh ambil gambar juga kan?
Bila dah datang sini, korang boleh pilih pelbagai jenis makanan yang ada disini baik dari segi ala carte mahupun buffet. Kalau nak cari tempat steamboat sedap pun ada disini dengan harga serendah RM29 .
Kalau nak cari tempat makanan melayu sedap di Kuala Lumpur, Restoran D'Saji KL Titiwangsa adalah tempatnya. Saya cadangkan menu yang wajib korang cuba adalah
Selain itu, aneka kuih muih melayu pun ada dekat sini. Serius heaven!
Gulai Kawah ori punya! |
Pisang Rebus! Tanggang sangat haha |
Bubur kacang anyone? |
pelbagai jenis lauk sayuran |
Kailan Ikan Masin |
Sambal Udang |
Gulai Telur Itik Masak Lemak |
ayam kalio |
Selain itu, aneka kuih muih melayu pun ada dekat sini. Serius heaven!
Makan malam pun sama juga ada pasta live counter ,kambing bakar dan menu wajib cuba koeytiaw kambing. Rasa dia sedap weh, Haaa korang yang sukakan kambing tu meh datang sini, Harga pun berpatutan.
Selain dari makanan - makanannya yang sedap lagi menarik, Restoran D'Saji KL Titiwangsa juga sering menjadi pilihan lokasi untuk pelbagai acara seperti perkahwinan, akad nikah , acara korporat dan banyak lagi.
birthday party pun boleh dibuat! |
akad nikah :) |
Selain Dewan Rafflesia, dewan lain pun ada tau. Total kesemuanya boleh muatkan dalam 2000 orang dalam satu masa |
Berita baik untuk korang yang bakal mendirikan rumah tangga, Restoran D'Saji KL Titiwangsa turut menyediakan pakej perkahwinan terbaik 2016 ! Siap dengan tempat, makanan dan macam - macam lagi.
Pendek kata semua complete. Kalau rasa nak feeling cinderella, princess bagai.ada bajet lebih korang boleh request untuk naik kereta kuda ataupun helicopter, Khas untuk realisasikan impian korang, Best kan?
Pendek kata semua complete. Kalau rasa nak feeling cinderella, princess bagai.ada bajet lebih korang boleh request untuk naik kereta kuda ataupun helicopter, Khas untuk realisasikan impian korang, Best kan?
So jangan lupa untuk datang ke sini tak kira pagi, tengahari ataupun malam kerana setiap sajian berbeza dan unik! Sesuai sangat untuk korang gather dan makan - makan disini. Kalau dah datang Istana Budaya tu, boleh datang kesini juga lepak - lepak minum. Baru feel duduk atas tasik!
Untuk maklumat lanjut boleh layari
Website : http://www.feldadsaji.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/felda_dsaji_official/
Twitter : https://twitter.com/FeldaDSaji
4 comments:
Ada background muzik je kan? ke mmg aku yg x dengar suara korang -.-
menarik ni...
comeynya penyambut pelanggan yang bertudung biru tu..... eh
Kenapa saya pegi takda kambing pun huhu....udanh pun takde..apalg ketam
Post a Comment