Total Pageviews

Lokasi Untuk Perkahwinan Di Kajang

Lokasi Untuk Perkahwinan Di Kajang | Seperti tempoh hari, kali ini aku nak share satu lagi tempat kahwin tapi kali ini di Kajang, Jadi buat korang yang duduk di Hulu Langat, Kajang dan kawasan sekitarnya, bolehlah adakan majlis disini 





Kajang Perdana Avenue baru sahaja dirasmikan, aku dan team Projek Travel berkesempatan hadir ke majlis pelancarannya baru - baru ini. Mula - mula takut jugak tak jumpa, yer la tempat baru kan? Tanya orang nanti tak tahu pulak. 



Tetapi ternyata sangkaan meleset sebab tempat ni senang je nak cari dan terletak di tepi jalan sahaja. Kalau korang dari atau nak Penjara Kajang mesti akan perasan Kajang Perdana Avenue ni. Besar gilos okay! 

Aku difahamkan di KPA ini, boleh diadakan 3 majlis pada waktu yang sama. Haa nampak tak besar ke tak besar dewan ni? Asalnya KPA  ini dahulunya merupakan tapak pasar Kajang Perdana.KPA ini merupakan milik penuh syarikat Katering terkenal, Felda D'Saji. 



Selain Orchard Villa, Felda Villa, D'Saji KL Titiwangsa, Asmara  Penchala kali ini D'Saji perkenalkan pula Kajang Perdana. Memang tak dinafikan weh katering D'Saji memang best. Makanan sedap malah turut menyediakan pakej perkahwinan yang berpatutan 




Disini korang boleh pilih untuk adakan di bilik berhawa dingin atau 'open space' yang sesuai sangat diadakan pelbagai majlis keraian. Kemudahan yang disediakan juga turut selesa seperti ruang parkir yang luas, surau dan tandas serba baharu, bilik persalinan, bilik VIP, kipas besar yang tersedia dan banyak lagi. 



Waktu Pra - promosi baru - baru ini KPA telah menerima lebih dari 60 tempahan, Haa bayangkan lah tempat ni tak buka lagi time tu dah ada yang slot booking. Antara pakej perkahwinan di Kajang Perdana Avenue termasuk

  • Penggunaan tempat 
  • Penyediaan katering, layanan tetamu dan VVIP
  • Hiasan Pelamin
  • Walkway dan Archo Dummy Cake 3 tingkat
  • Standard PA sistem
  • Kawalan lalulintas oleh RELA

So untuk korang yang berminat nak tahu lebih lanjut, nak tahu pakej perkahwinan murah 2016 atau nak buat tempahan di sini bolehlah rujuk 


FACEBOOK | WEBSITE

Tel: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)
Fax: 
03-8881 1372 ( Pej Putrajaya ) 
03-2692 4159 (HQ)
PIC:
Encik Syaiful Nazlan - 013-386 0453
Puan Nurul Nadia - 019-295 6232

Waze Kajang Perdana Avenue :

Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang Selangor.

kredit gambar : Mek Onie 

1 comment:

Unknown said...

Jadi kapan kau kahwin ??? Hahha