Total Pageviews

Cabaran Memasak Kentang Bersama U.S Potatoes

Cabaran Memasak Kentang Bersama U.S Potatoes Baru - baru ini 24 orang blogger telah berentap dalam Cabaran Memasak Kentang Bersama U.S Potatoes. Saya pun join jugak yer lah tak pernah masuk pertandingan memasak, nak jugak merasa, manalah tahu kalau ada rezeki boleh menang kan? 




cabaran kulinariini dianjurkan oleh U.S Potato Board dan Kolej Universiti KDU  Utropolis Glenmarie.  Acara utama pada hari tersebut sudah semestinya cabaran kulinari  “DuaBelas Sajian Krismas” apabila kiteorang menjadi chef untuk sehari ala - ala masterchef gitu





Kenapa kentang? Kentang sememangnya makanan semua peringkat umur dan budaya, sebagai makanan bayi, bahan utama atau sampingan dalam pelbagai jenis masakan untuk meningkatkan khasiat pemakanan dan serbaguna untuk sebarang jenis kaedah memasak termasuk membakar, memanggang, mereneh, menggoreng dan dijadikan kentang lenyek

Sebelum ni ingat kentang ingat fries je kan? So dalam pertandingan ni kiteorang kena mencipta resipi berasakan kentang sebagai menu utamanya. Untuk task ini, setiap kumpulan mempunyai pasangan masing - masing, dan pasangan saya adalah jeng jeng jeng.. Nannie Isa  dari Kitepunye.com 



Kiteorang telah mencipta Potato Fritters bersama rendang bujang. Actually bahan - bahan ni semua last minute dan modified habis, Sebab tu nama dia pelik sikit. tapi bila dah masak macam ermm sedaplah pulak hahahaa. kena pulak kentang import . Okay puji diri sendiri disitu 








 Kumpulan - kumpulan lain pun tak kurang hebatnya, siap ada gubahan bunga dari kentang lagi. Bila dah announce pemenang, tak sangka pulak rezeki berpihak pada kiteorang untuk menang sebagai tempat kedua, Hahaha terkedu sekejap, bila bukan itu sahaja , saya turut memenangi pertandingan Instagram, Memang durian runtuhlah jawabnya 





Terima kasih to my partner Nannie Isa, Kalau tak de fritters dia tak sure jugak boleh menang ke tak ni.Since kentang sangat berkhasiat, lepas ni bolehlah korang tukar gaya selera dengan mengambil kentang sebagai makanan harian.  Nak best lagi gunakanlah U.S Potatoes ! 

3 comments:

Pojiegraphy said...

Bravoooooo. Hebat. Tahniah tahniah!

penaberkala said...

monang besar tuuu..
tahniah

Luqman Zakaria said...

best2..semua nampak menarik..btw tahniah!