Seronoknya Eat Travel Write 2.0 !
Seronoknya Eat Travel Write 2.0 ! | Dah 2.0 ye, selepas Eat Travel Write ( ETW) Hulu Selangor, kali ini ETW 2.0 di Hulu Langat pula. Sebenarnya dah masuk 3.0 dah pun tapi diberi nama Eat Travel Write Putrajaya Food Trail . ETW ini adalah anjuran Gaya Travel Magazine bersama - sama Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor ( UPEN)
Berbalik kepada ETW 2.0 memang best daripada 1.0 sebabnya lebih banyak aktiviti yang disediakan untuk para media dan bloggers terokai!
' Bakar Lemak' di District 21 IOI Mall
To be honest , sebelum ni asyik dengar je pasal District 21 ni, sebuah tempat indoor game, sesuai untuk pelbagai lapisan umur.
First time datang sini , excited kejap sebab dapat main lompat - lompat macam budak kecik and who cares? LOL . Dekat sini, bukan setakat lompat, panjat, terbang, lari semua ada okay? Main sampai berpeluh. Memang terbaik !

Makan , Makan dan Makan !
Disebabkan event ni namanya Eat Travel and Write, of course korang kena makan. Haa just imagine 4 hari 3 malam penuh dengan makan je. Thanks Gaya Travel sebab gemukkan seorang Khai , hahahaaa. So ini adalah antara restoran yang kiteorang sempat terjah sepanjang ETW
Terletak di Seri Kembangan, restoran ini berkonsepkan grill dan western. Bezanya tempat ini dengan tempat lain, mestilah sos perapan dan sos cecahan dia yang dibuat sendiri dan sedap!
Restoran yang diusahakan oleh 3 orang sahabat karib ini memang sesuai untuk makan bersama keluarga dan tersayang. Orang Kajang dan Seri Kembangan wajib datang ke sini!
Restoran yang diusahakan oleh 3 orang sahabat karib ini memang sesuai untuk makan bersama keluarga dan tersayang. Orang Kajang dan Seri Kembangan wajib datang ke sini!
Satay Willy
Memandangkan ETW kali ini banyak di kawasan Kajang, tidak lengkaplah kalau tak pekena satay - satay yang terkenal disini.
Selain Satay Hj Samuri, Satay Willy juga sangat terkenal disini. Terletak di Sg Ramal, Satay ni memang juicy gilos dan padat isinya. Mengundang je tulis ni, terliur weh! Sangat berbaloi makan bercucuk - cucuk

Lelaki lagi Power memasak!
Kalau nak tahu, sepanjang ETW 2.0 ni turut disertai oleh peserta - peserta Mister Planet Malaysia . Dimana dorang ni sebagai duta kecil pelancongan membawa tarikan negeri - negeri yang diwakili mereka.So, sepanjang event memang lelaki lah menang kehkehkeh
Belajar Memasak Satay
Selama ni pandai makan satay je kan? Haa kali ini peserta ETW berpeluang untuk belajar memasak satay menggunakan resepi turun - temurun Pak Akob Satay. Haa bukan senang ye nak share resipi ni, apatah membuatnya. Haa nampak je senang tapi salah sukatan, memang tak menjadi satay.
Pertandingan menghias kek dan memasak ikan!
Haa ini mencabar sebenarnya. Peserta ETW dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk tugasan menghias kek dan memasak ikan. Nampak je senang, tapi bila buat hahaha hampir hancur dibuatnya. Kumpulan Budak Pacak dapat menghias kek, Mula - mula tak confident, tapi bila dah nak siap baru macam okay, the best men win. LOL .
Sepanjang pertandingan ni pulak, setiap kumpulan kena buat cheers mengikut nama kumpulan masing - masing. Nama pulak ikut nama makanan di Malaysia. Ada sambal belacan, puteri mandi dan macam - macam lagi., Hahaha memang meriah weh!

Pertandingan Memasak Kuih Rempeyek dan Kuih Ros
Bahan - bahan semua dah disediakan, Cumanya kiteorang perlu mengagak sukatan yang betul .Juga dibahagikan kepada dua kumpulan untuk tugasan memasak kuih rempeyek dan kuih Ros.
Haa sebabkan pengalaman ETW yang lepas juga membuat kuih Rempeyek , this time our group doing very excellent sampai jadi Juara untuk pertandingan ini. Haa so kalau nak cari calon menantu yang pandai masak, meh ambil kiteorang hahaaha

Pertandingan ini diadakan di Orchard Santika Homestay dan sempena dengan ini juga, telah berlangsungnya Mini Karnival Kraf, so memang meriah la dekat sini dengan paluan kompang, permainan rakyat dan juga makanan tradisional
Rewang , Penyediaan Nasi Ambeng dan Cukur Jambul !
Tahu tak Nasi Ambeng? Yang mempunyai seleksi pilihan lauk di dalam satu dulang dan dimakan beramai - ramai. Selangor sememangnya agak popular dengan Nasi Ambeng disebabkan ramai yang berdarah 'Jawa' .
Budak Pacak difahamkan setiap daerah dan tempat mempunyai cara penyediaannya yang tersendiri. Seronok juga sebenarnya bila rewang beramai - ramai dan menyediakan Nasi Ambeng ni. Meriah weh!
Budak Pacak difahamkan setiap daerah dan tempat mempunyai cara penyediaannya yang tersendiri. Seronok juga sebenarnya bila rewang beramai - ramai dan menyediakan Nasi Ambeng ni. Meriah weh!
Pada masa yang sama juga, peserta ETW kali ini sangat bertuah sebab berkesempatan untuk melihat sendiri acara Cukur Jambul, I dont remember when is the last time tengok acara ni, Bertuah sangat !
Seronoknya mandi di Gunung Nuang !
Okay ni penutup yang paling best. Sebabnya kiteorang berjaya naik ke Gunung Nuang ni yang merupakan puncak tertinggi di Selangor.
Nak naik ni adalah dekat 11KM ambil masa dekat 2 jam lamanya, kena pulak malam tu hujan, so jalan agak licin sampailah ada orang tu jatuh dalam lumpur. Kahkahkah.! Tapi berbaloilah dalam mandi dekat sini. Rugilah siapa yang balik awal tu, mohon makan hati okay?
Briefing dulu sebelum masuk |
Nak naik ni adalah dekat 11KM ambil masa dekat 2 jam lamanya, kena pulak malam tu hujan, so jalan agak licin sampailah ada orang tu jatuh dalam lumpur. Kahkahkah.! Tapi berbaloilah dalam mandi dekat sini. Rugilah siapa yang balik awal tu, mohon makan hati okay?
Apapun ETW 2.0 kali ini memang gempak dan best! Jutaan terima kasih kepada Gaya Travel Magazine dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor kerana menjemput kami di Projek Travel . So lepas ni kalau dorang open, jangan lupa untuk join okay?
Projek Travel
Website : www.projektravel.com
Facebook : www.facebook.com/projektravel
Twitter : www.twitter.com/projektravel
Instagram : www.instagram.com/projektravel
Gaya Travel Magazine
Website : www.gayatravel.com.my
Facebook : www.facebook.com/gayatravel
Twitter : www.twitter.com/gayatravel
Instagram : www.instagram.com/gayatravel
1 comment:
Lawa-lawa la gambar ni hooo..
Gambar yang kau tunggu api tu dah macam perempuan hilang anak dah aku tengok.
Post a Comment