Total Pageviews

#TSDayOut Special Edition Betul - Betul Special Part 2



Baca juga Part 1 DISINI 


#TSDayOut Special Edition Betul - Betul Special  |  Hari kedua pula, seawal 5 pagi kiteorang bertolak ke KLIA2 bagi meneruskan perjalanan di Bumi Kenyalang pulak. Tapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, kiteorang punya flight delay pada tengahari.

Dah lama tak nampak pemandangan yang cantik since jerebu haritu


 Tapi tu tak patahkan semangat. First time ke Sarawak la katakan. Sampai saja di Kuching International Airport , rombongan #TSDayOut disambut oleh pihak Sarawak Tourism Board. Meriah betul airport tu , maklumlah mesra - mesra belaka orang tourism ni hahaaha 

Yeay, jejak jugak kaki ke Sarawak 


Encik Nazrieman dari awal sampai, hinggalah ke hari balik ada je cerita menarik nak dikongsi. 

Sarawak River Cruise 

Sampai saja di Kuching, haa perasaan excited tu lagi berkobar - kobar bila dorang cakap kiteorang akan naik Cruise untuk hayati dan lihat sendiri Sarawak Sunset. Sambil - sambil tu dapat juga tengok peninggalan sejarah dan panorama bandaraya Kuching di atas Cruise ni. So bila dah datang Kuching wajib naik cruise ini dan hayati pemandangannya. Cantik gilos ! 

Dah sampai wajib selfie dulu 

Dalam construction, siap nanti sini bakal jadi tumpuan tau 

Group selfie dalam cruise dulu 

Dewan Dun Sarawak 

The Cruise! 


Fakta Mengenai Sarawak River Cruise 

Saya support Travelling Beruang, korang pula bagaimana ? 


kesan peninggalan sejarah Brooke 

perkampungan Melayu 

pemandangan di atas cruise 


Penari kebudayaan yang mewakili 3 etnik Sarawak 

  • Terletak di Sungai Sarawak
  • Perjalanan hampir 45 minit 
  • Nikmati pemandangan dari Sky Deck Cruise 
  • Pengunjung bakal dihiburkan persembahan etnik Sarawak di atas cruise ini
  • Kek Lapis Sarawak dan jus segar menanti setiap pengunjung 
  • Harga RM 60 bagi setiap pax 
Penginapan di Kuching Sarawak 

Sepanjang di Kuching ini, kiteorang menginap di Imperial Hotel sebagai hotel rasmi #TSDayOut . Budak Pacak difahamkan hotel 4 bintang ini baru sahaja dijenamakan semula pada tahun 2014. Memang best weh stay sini sebabnya bawah hotel ini ada mall. Hahahaha hilang je sesiapa , tahulah mesti ada dalam mall ni. kehkehkeh 

Cantik kan bilik dia


Fakta Mengenai Imperial Hotel Kuching 
  • Mempunyai 339 bilik 
  • Dahulunya dikenali sebagai Imperial Suites Miri yang terletak di Miri 
  • Terletak di atas Boulevard Shopping Mall
  • Lokasi yang sangat strategik untuk para pelancong
  • Hanya 5 minit dari airport dan 10 minit dari bandar 
Makan Malam di Restoran Seafood terkenal di Kuching 

Di sebelah malamnya kiteorang dinner di Topspot Food Court. Orang sini cakap kalau nak makan seafood best in town sinilah tempatnya. 

Penuh giler orang 


Sila cuci mata kehkehkeh 


Oyster Pancake anyone? 


Memang tak boleh disangkal lagi memang marvelous ! Licin semua lauk. Padahal badan semua kecik - kecik je hahhaaha

Orang Utan Semengoh 

Finally! 

So bila musim buah korang alert okay? Takut datang nanti hampa pulak 

Harga tiket dan maklumat berkaitan 

Nak ke tempat orang utan , kena berjalan sikit 


Keesokan harinya paling ditunggu - tunggu sebab aktiviti yang best tahap dewa semua ada hari ini. Sebagai permulaan kiteorang pergi melawat Orang Utan Semanggoh.Terletak di Semenggoh Wildlife Centre, kira - kira satu jam perjalanan dari bandar Kuching, disini terletaknya perkampungan Orang Utan. Disini Orang Utan hidup bebas tanpa kurungan, jadi adalah dinasihatkan jangan buat bising kalau tak sampai bila pun Orang Utan ni takkan muncul. 

pelantar untuk pengunjung lihat orang utan,

Inilah kawasan yang didiami oleh Orang Utan dan dijaga sepenuhnya 

Kalau nak tahu, inilah ketua dia 



Kalau ke sini make sure before pukul 9 pagi sebabnya jam 9 pagi inilah Orang Utan ini akan muncul untuk makan yang diberi oleh pegawai perhilitan yang bertugas. Budak Pacak difahamkan Orang Utan ni terdapat ketuanya sendiri. So yang paling besar tu lah ketuanya kalau korang nak tahu. Garang weh! 

Ni pun orang utan,. tapi maskot je la hahaha 

Dapat gak shot cantik, maklumlah orang utan ni bukan duduk diam 


Sebelum ni tengok kat Zoo je. Jadi bila dah ke Kuching, wajib kesini untuk melihat Orang Utan secara dekat dan live! Ternyata berbeza daripada zoo yang kita selalu lihat . 


Pengembaraan Semadang Kayaking 

Kalau sebelum ni more to leisure je , haa sekarang tibalah masa untuk pengembaraan yang sebenar iaitu Semadang Kayaking! Bayangkan berkayak sejauh 11KM sepanjang Sungai Semadang. Alkisahnya Budak Pacak tak tahu pun 11KM. 



Water confident dulu 


Penerangan mengenai Semadang Kayaking 

Haa nak berkayak,. kenalah tahu cara pegang paddle dengan betul


Time ni riuh rendah lagi. dua jam kemudian semua krik krik hahaha 

Dapat partner si Ayue Jean ni memang tak duduk diam lah hahaha 


Bila  budak bandar jumpa sungai 

Makanan asli Sarawak 

Bila dah berkayak 2KM then berhenti makan, Budak Pacak orang paling excited dengan si Ayue Jean ni, sampai jadi team first yang sampai ke Pit Stop. Makan pulak tak ingat dunia. Mana taknya first time jumpa Nasi Beras Merah, Manok Pansuh ( Ayam yang dimasak dalam buluh) , sayur - sayur hutan, Asam Pedas Sarawak dan banyak lagilah. Semua menambah makan. Kena pulak penat, perut kosong, memang sedaplah weh makan. 


Nasi Beras Merah 


Manok Pansoh,. nampak je hancur sini tapi rasanya sedap sangat! Lembut dan cukup rasa 

Asam Pedas Sarawak 


Dah habis makan, feeling nak tukar bajulah, sekali dorang cakap ada 9KM lagi, and I was like...*krik krik* wehhh serius arh? Hahahaha nak tak nak kenalah turun jugak. Bila dah 2nd Round ni, mula dah la penat, Tadi semua riuh rendah, sekarang dengar bunyi paddle dalam air je . 

Semua enjoy! 




Bila dapat rehat, fuhhh dia punya feeling best! Mandi tak ingat dunia! Sepanjang berkayak, kiteorang diberitahu bahawa di sungai ini terdapat banyak ikan. Memang betul weh, bila bagi makan ikanberkerumun! Ada ikan kap, ikan kaloi dan banyak lagilah. Time tengah berkayak tu, boleh pulak hujan lebat. Since KL dah penuh dengan jerebu sebelum ni, kiteorang pun sengaja lambat kayuh , nak mandi hujan ! Excited to the max! 

Bila dah balik, faham - fahamlah,semua flat macam - macam bunyi dalam bas hahaha. 


Fakta mengenai Semadang Kayaking 
  • Mempunyai 3 pakej mengikut tahap kesukaran 
  • Pakej terdiri dari jamuan makan tengahari, life jacket, dry bag , minuman , kamera , dan Photo CD
  • Sepanjang berkayak ni, korang boleh singgah untuk air terjun mini, perkampungan Danu, Gua dan juga fish feeding
  • Sepanjang berkayak juga korang bakal kagum melihat hakisan batu kapur yang terpelihara 
Mitos Fairy Cave dan Wind Cave 

Hari terakhir, kiteorang cuba untuk mengambil kesempatan ini untuk explore habis - habisan aktiviti yang dijalankan. So pagi - pagi lagi kiteorang dah bertolak ke Fairy Cave dan Wind Cave yang mengambil masa satu jam perjalanan dari bandar Kuching. Haa kalau korang nak tahu, gua - gua ini ada mitosnya tersendiri. 


Pemandangan di hadapan Fairy Cave 

Pintu masuk gua 


Mitos Fairy Cave ada banyak salah satunya adalah mitos pari - pari yang menyumpah perkampungan ini kerana selalu menyiksa kanak - kanak terutamanya kanak - kanak yatim piatu. Akibat tidak tahan melihat penyiksaan tersebut pari - pari telah menyumpah penduduk disitu.

Bayangkan sebelum ada tangga yang stabil. dulu kena panjat menggunakan tangga ini 


Finally! 

Disini selalu terdapat aktiviti pemujaan 

mata air yang terdapat dalam gua 

Kalau korang perasan , ada bentuk apa dekat sini 


 Dikatakan di dalam gua ini, korang masih dapat melihat beberapa hakisan batu yang menyerupai manusia yang dikatakan penduduk asal disini. 

Asal usul nama Wind Cave pula dikatakan gua ini sering terdengar bunyi siulan yang berpunca dari angin - angin yang masuk ke celahan lubang gua ini. 





Dalam gua ini tak ada lampu bagi menjaga dan memelihara ekosistem 


Dekat sini aktiviti seperti climbing masih lagi giat dijalankan. So , korang yang sukakan nature tu, jangan lupa singgah datang kesini ! 

Ole - ole untuk dibawa pulang 

Last aktiviti, sebelum pulang kiteorang sempat buat city tour dan singgah ke beberapa tempat. 


Kek Lapis Sarawak 

Dah sampai, Kuching wajib bergambar dekat sini

Pemandangan dari hadapan Muzium Negeri Sarawak

Muzium Etnologi 


Orang kata kalau dah datang ke Kuching, jangan lupa untuk bergambar dengan tugu kucing yang besar gedabak dekat tengah - tengah pekan, masuk ke Muzium Negeri Sarawak dan singgah beli kek lapis Sarawak. Kalau korang tak buat benda - benda ni bermakna tak complete lah perjalanan korang ke Sarawak gituuh..

Jadi itulah corat - coret mengenai #TSDayOut Special Edition Betul - Betul Special! Jutaan terima kasih kepada Tourism Selangor dan Sarawak Tourism Board yang sudi mengajak , dan merealisasikan impian Budak Pacak ke Sarawak. With this , I already complete all 14 states in Malaysia! Thank you so much ! 

Terima kasih kepada 

Penganjur rasmi 

Tourism Selangor 

Dengan Kerjasama 

Sarawak Tourism Board 
http://sarawaktourism.com/

Penaja Rasmi 

Empire Hotel 
http://empirehotel.com.my/

Penerbangan Rasmi 

AirAsia 
http://www.airasia.com/

6 comments:

Pojiegraphy said...

Bestnya, sedih tak dapat join. Activities provided for #TSDayOut are quite exciting though!

R.a.W said...

Rasa mcm tak cukup 3 hari kat Kuching, kan? 😢

RaW | Ramble and Wander said...

Rasa mcm tak cukup je 3 hari kat Kuching, kan? 😢

Ayue Rejaluddin said...

Semenggah sangat rupa aku masa nak berjalan gi Semanggoh Orang Utan tu...
Hahahahahhahah..
Lepas lunch mase kayak tu semua terus bisu... Tak terkeluar kata-kata dah...

Devi da Lil' DeviL said...

rasa rindu pulak dengan kehijauan dan keindahan bumi kenyalang. ada rasa nak pi kayak lagi tak? hehehe

Safura Poobritney said...

Bila ingat balik, takde rezeki nak merasa lepak lounge di KLIA2 ituuuuu...