#TSDayOut Special Edition Betul - Betul Special | Hari kedua pula, seawal 5 pagi kiteorang bertolak ke KLIA2 bagi
meneruskan perjalanan di Bumi Kenyalang pulak. Tapi disebabkan ada sedikit
masalah teknikal, kiteorang punya flight delay pada tengahari.
|
Dah lama tak nampak pemandangan yang cantik since jerebu haritu |
Tapi tu tak
patahkan semangat. First time ke Sarawak la katakan. Sampai saja di Kuching
International Airport , rombongan #TSDayOut disambut
oleh pihak Sarawak Tourism Board. Meriah betul airport tu , maklumlah mesra -
mesra belaka orang tourism ni hahaaha
|
Yeay, jejak jugak kaki ke Sarawak |
|
Encik Nazrieman dari awal sampai, hinggalah ke hari balik ada je cerita menarik nak dikongsi. |
Sarawak River Cruise
Sampai saja di Kuching, haa perasaan excited tu
lagi berkobar - kobar bila dorang cakap kiteorang akan naik Cruise untuk hayati
dan lihat sendiri Sarawak Sunset. Sambil - sambil tu dapat juga tengok
peninggalan sejarah dan panorama bandaraya Kuching di atas Cruise ni. So bila
dah datang Kuching wajib naik cruise ini dan hayati pemandangannya. Cantik
gilos !
|
Dah sampai wajib selfie dulu |
|
Dalam construction, siap nanti sini bakal jadi tumpuan tau |
|
Group selfie dalam cruise dulu |
|
Dewan Dun Sarawak |
|
The Cruise! |
Fakta Mengenai Sarawak River Cruise
|
Saya support Travelling Beruang, korang pula bagaimana ? |
|
kesan peninggalan sejarah Brooke |
|
perkampungan Melayu |
|
pemandangan di atas cruise |
|
Penari kebudayaan yang mewakili 3 etnik Sarawak |
- Terletak di
Sungai Sarawak
- Perjalanan
hampir 45 minit
- Nikmati pemandangan
dari Sky Deck Cruise
- Pengunjung bakal
dihiburkan persembahan etnik Sarawak di atas cruise ini
- Kek Lapis
Sarawak dan jus segar menanti setiap pengunjung
- Harga RM 60 bagi
setiap pax
Penginapan di Kuching Sarawak
Sepanjang di Kuching ini, kiteorang menginap di Imperial Hotel sebagai
hotel rasmi #TSDayOut . Budak Pacak difahamkan
hotel 4 bintang ini baru sahaja dijenamakan semula pada tahun 2014. Memang best
weh stay sini sebabnya bawah hotel ini ada mall. Hahahaha hilang je sesiapa
, tahulah mesti ada dalam mall ni. kehkehkeh
|
Cantik kan bilik dia |
Fakta Mengenai Imperial Hotel Kuching
- Mempunyai 339
bilik
- Dahulunya
dikenali sebagai Imperial Suites Miri yang terletak di Miri
- Terletak di atas
Boulevard Shopping Mall
- Lokasi yang
sangat strategik untuk para pelancong
- Hanya 5 minit
dari airport dan 10 minit dari bandar
Makan Malam di Restoran Seafood terkenal di Kuching
Di sebelah malamnya kiteorang dinner di Topspot Food Court. Orang
sini cakap kalau nak makan seafood best in town sinilah tempatnya.
|
Penuh giler orang |
|
Sila cuci mata kehkehkeh |
|
Oyster Pancake anyone? |
Memang tak
boleh disangkal lagi memang marvelous ! Licin semua lauk. Padahal
badan semua kecik - kecik je hahhaaha
Orang Utan Semengoh
|
Finally! |
|
So bila musim buah korang alert okay? Takut datang nanti hampa pulak |
|
Harga tiket dan maklumat berkaitan |
|
Nak ke tempat orang utan , kena berjalan sikit |
Keesokan harinya paling ditunggu - tunggu sebab aktiviti yang best
tahap dewa semua ada hari ini. Sebagai permulaan kiteorang pergi melawat Orang
Utan Semanggoh.Terletak di Semenggoh Wildlife Centre, kira - kira satu jam
perjalanan dari bandar Kuching, disini terletaknya perkampungan Orang Utan.
Disini Orang Utan hidup bebas tanpa kurungan, jadi adalah dinasihatkan jangan
buat bising kalau tak sampai bila pun Orang Utan ni takkan muncul.
|
pelantar untuk pengunjung lihat orang utan, |
|
Inilah kawasan yang didiami oleh Orang Utan dan dijaga sepenuhnya |
|
Kalau nak tahu, inilah ketua dia |
Kalau ke sini make sure before pukul 9 pagi sebabnya jam 9 pagi
inilah Orang Utan ini akan muncul untuk makan yang diberi oleh pegawai
perhilitan yang bertugas. Budak Pacak difahamkan Orang Utan ni terdapat
ketuanya sendiri. So yang paling besar tu lah ketuanya kalau korang nak tahu.
Garang weh!
|
Ni pun orang utan,. tapi maskot je la hahaha |
|
Dapat gak shot cantik, maklumlah orang utan ni bukan duduk diam |
Sebelum ni tengok kat Zoo je. Jadi bila dah ke Kuching, wajib
kesini untuk melihat Orang Utan secara dekat dan live! Ternyata berbeza
daripada zoo yang kita selalu lihat .
Pengembaraan Semadang Kayaking
Kalau sebelum ni more to leisure je , haa sekarang tibalah masa untuk pengembaraan yang sebenar iaitu Semadang Kayaking! Bayangkan berkayak sejauh 11KM sepanjang Sungai Semadang. Alkisahnya Budak Pacak tak tahu pun 11KM.
|
Water confident dulu |
|
Penerangan mengenai Semadang Kayaking |
|
Haa nak berkayak,. kenalah tahu cara pegang paddle dengan betul
|
|
Time ni riuh rendah lagi. dua jam kemudian semua krik krik hahaha |
|
Dapat partner si Ayue Jean ni memang tak duduk diam lah hahaha |
|
Bila budak bandar jumpa sungai |
Makanan asli Sarawak
Bila dah berkayak 2KM then berhenti makan, Budak Pacak orang paling
excited dengan si Ayue Jean ni, sampai jadi team first yang sampai ke Pit Stop. Makan pulak
tak ingat dunia. Mana taknya first time jumpa Nasi Beras Merah, Manok Pansuh (
Ayam yang dimasak dalam buluh) , sayur - sayur hutan, Asam Pedas Sarawak dan
banyak lagilah. Semua menambah makan. Kena pulak penat, perut kosong, memang
sedaplah weh makan.
|
Nasi Beras Merah |
|
Manok Pansoh,. nampak je hancur sini tapi rasanya sedap sangat! Lembut dan cukup rasa |
|
Asam Pedas Sarawak |
Dah habis makan, feeling nak tukar bajulah, sekali dorang cakap
ada 9KM lagi, and I was like...*krik krik* wehhh serius arh? Hahahaha nak tak
nak kenalah turun jugak. Bila dah 2nd Round ni, mula dah la penat, Tadi semua
riuh rendah, sekarang dengar bunyi paddle dalam air je .
|
Semua enjoy! |
Bila dapat rehat, fuhhh dia punya feeling best! Mandi tak ingat dunia! Sepanjang
berkayak, kiteorang diberitahu bahawa di sungai ini terdapat banyak ikan.
Memang betul weh, bila bagi makan ikanberkerumun! Ada ikan kap, ikan kaloi
dan banyak lagilah. Time tengah berkayak tu, boleh pulak hujan lebat. Since KL
dah penuh dengan jerebu sebelum ni, kiteorang pun sengaja lambat kayuh , nak
mandi hujan ! Excited to the max!
Bila dah balik, faham - fahamlah,semua flat macam - macam bunyi
dalam bas hahaha.
Fakta mengenai Semadang Kayaking
- Mempunyai 3
pakej mengikut tahap kesukaran
- Pakej terdiri
dari jamuan makan tengahari, life jacket, dry bag , minuman , kamera , dan
Photo CD
- Sepanjang
berkayak ni, korang boleh singgah untuk air terjun mini, perkampungan
Danu, Gua dan juga fish feeding
- Sepanjang
berkayak juga korang bakal kagum melihat hakisan batu kapur yang
terpelihara
Mitos Fairy Cave dan Wind Cave
Hari terakhir, kiteorang cuba untuk mengambil kesempatan ini untuk
explore habis - habisan aktiviti yang dijalankan. So pagi - pagi lagi kiteorang
dah bertolak ke Fairy Cave dan Wind Cave yang mengambil masa satu jam
perjalanan dari bandar Kuching. Haa kalau korang nak tahu, gua - gua ini ada
mitosnya tersendiri.
|
Pemandangan di hadapan Fairy Cave |
|
Pintu masuk gua |
Mitos Fairy Cave ada banyak salah satunya adalah mitos pari - pari
yang menyumpah perkampungan ini kerana selalu menyiksa kanak - kanak
terutamanya kanak - kanak yatim piatu. Akibat tidak tahan melihat penyiksaan
tersebut pari - pari telah menyumpah penduduk disitu.
|
Bayangkan sebelum ada tangga yang stabil. dulu kena panjat menggunakan tangga ini |
|
Finally! |
|
Disini selalu terdapat aktiviti pemujaan |
|
mata air yang terdapat dalam gua |
|
Kalau korang perasan , ada bentuk apa dekat sini |
Dikatakan di dalam gua
ini, korang masih dapat melihat beberapa hakisan batu yang menyerupai manusia
yang dikatakan penduduk asal disini.
Asal usul nama Wind Cave pula dikatakan gua ini sering terdengar
bunyi siulan yang berpunca dari angin - angin yang masuk ke celahan lubang gua
ini.
|
Dalam gua ini tak ada lampu bagi menjaga dan memelihara ekosistem |
Dekat sini aktiviti seperti climbing masih lagi giat dijalankan.
So , korang yang sukakan nature tu, jangan lupa singgah datang kesini !
Ole - ole untuk dibawa pulang
Last aktiviti, sebelum pulang kiteorang sempat buat city tour dan singgah ke
beberapa tempat.
|
Kek Lapis Sarawak |
|
Dah sampai, Kuching wajib bergambar dekat sini
|
|
Pemandangan dari hadapan Muzium Negeri Sarawak |
|
Muzium Etnologi |
Orang kata kalau dah datang ke Kuching, jangan lupa untuk
bergambar dengan tugu kucing yang besar gedabak dekat tengah - tengah pekan,
masuk ke Muzium Negeri Sarawak dan singgah beli kek lapis Sarawak. Kalau korang
tak buat benda - benda ni bermakna tak complete lah perjalanan korang ke
Sarawak gituuh..
Jadi itulah corat - coret mengenai #TSDayOut Special Edition
Betul - Betul Special! Jutaan terima kasih kepada Tourism Selangor dan Sarawak
Tourism Board yang sudi mengajak , dan merealisasikan impian Budak Pacak ke
Sarawak. With this , I already complete all 14 states in Malaysia! Thank you so
much !
Terima kasih kepada
Penganjur rasmi
Tourism Selangor
Dengan Kerjasama
Sarawak Tourism Board
http://sarawaktourism.com/
Penaja Rasmi
Empire Hotel
http://empirehotel.com.my/
Penerbangan Rasmi
AirAsia
http://www.airasia.com/
6 comments:
Bestnya, sedih tak dapat join. Activities provided for #TSDayOut are quite exciting though!
Rasa mcm tak cukup 3 hari kat Kuching, kan? 😢
Rasa mcm tak cukup je 3 hari kat Kuching, kan? 😢
Semenggah sangat rupa aku masa nak berjalan gi Semanggoh Orang Utan tu...
Hahahahahhahah..
Lepas lunch mase kayak tu semua terus bisu... Tak terkeluar kata-kata dah...
rasa rindu pulak dengan kehijauan dan keindahan bumi kenyalang. ada rasa nak pi kayak lagi tak? hehehe
Bila ingat balik, takde rezeki nak merasa lepak lounge di KLIA2 ituuuuu...
Post a Comment