Program #ArifLabur
Program #ArifLabur | Korang pernah dengar mengenai Program #ArifLabur ?Kalau korang yang follow IG Budak Pacak mesti perasan, Budak Pacak ada post mengenai program ini baru - baru ini. Program #ArifLabur adalah sebuah program persediaan masa depan kewangan yang lebih stabil.
#ArifLabur membawa mesej, “Elak Sengsara Selepas Bersara”. Kalau nak tahu , Program #ArifLabur adalah anjuran PMB Investment yang merupakan sebuah syarikat dibawah Pelaburan MARA Berhad yang merupakan salah satu syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan portfolio.
Sebagai sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC), PMB Investment sentiasa merangka pelbagai strategi transformasi agar dapat menarik lebih ramai pelabur. Menarik kan ?
Objektif #ArifLabur ialah:
• Menggalakkan pelaburan unit amanah sebagai salah satu persediaan sebelum bersara
• Mendidik masyarakat berkaitan unit amanah
• Mendidik masyarakat berkaitan dana unit amanah patuh Syariah
• Memberi kefahaman mengenai senario ekonomi dan pasaran saham semasa
• - Menggabungkan unsur-unsur keusahawanan dengan menawarkan peluang menjadi
Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment
Untuk topik Program #ArifLabur untuk Fasa Kedua kali ini adalah “Membina Kekayaan Melalui Pelaburan”.Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang bertambah nilai pada masa depan.
Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu cara untuk menambah pendapatan di mana individu boleh melabur wang mereka secara kolektif atau terpilih. Dalam erti kata lain, ia bermaksud pengumpulan dana dari orang ramai dan institusi dan juga menggunakan wang terkumpul untuk melabur.
Apa yang akan korang ketahui dari Program #ArifLabur?
• Segalanya tentang pelaburan unit amanah
• Kefahaman berkaitan propektus dan laporan tahunan
• Kelebihan melabur dalam dana ekuiti
• Pemantauan pelaburan & risiko
Menariknya lagi. program #ArifLabur Fasa Kedua ini akan menampilkan selebriti jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan seorang usahawan muda yang semakin sukses dan berjaya dalam bidang keusahawanan. Program #ArifLabur akan ke lima lokasi berlainan:
• 12 September 2015: Permata Ballroom, Puteri Pacific, Johor Bharu, Johor
• 3 Oktober 2015 : Weil Hotel, Ipoh, Perak
• 24 Oktober 2015: TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
• 26 Oktober 2015: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak
• 29 Oktober 2015: Dewan MARA, Kota Bharu, Kelantan
Yuran penyertaan: RM 10 sahaja! Giler murah !Daftar sekarang di www.ariflabur.my atau hubungi 03-27859900. Tempat adalah terhad!
Youtube link: https://youtu.be/JhdMKJjUIlY
No comments:
Post a Comment