Total Pageviews

AABC Penang Take Over

AABC Penang Take Over | Baru - baru ini Budak Pacak  dan beberapa orang blogger dari Kuala Lumpur telah dijemput oleh pihak AirAsia dan Penang Global Tourism sebagai wakil AirAsiaBloggerCommunity (AABC) ke Pulau Pinang bagi memeriahkan lagi AABC Penang Take Over dan Air Asia Battle of The Year 2015 






Dalam adventures kiteorang kali ini...eh jap kenapa adventures? Haa kalau nak tau trip kali ini ada pelbagai task yang kiteorang kena buat meliputi sejarah, budaya , makanan , makanan dan makanan ! Hahahaha saja highlight makanan disitu sebab This Is Penang! Syurga makanan weh . 

Sampai je terus feeling minum jus ahaks 


kafe di Olive Tree Hotel 

Menaiki flight seawal pagi dari Kuala Lumpur , sampai saja disana kiteorang menginap di hotel terbaru di Pulau Pinang iaitu Olive Tree Hotel yang terletak di Bayan Lepas ,Pulau Pinang. .



haa siap bagi kain pelikat kau, So bolehlah buat macam sendiri kehkehkeh 


 Cantik hotel ni , ramai jugaklah yang tak tahu sebab sangat baru.Boleh dikatakan kiteorang antara yang terawal menginap di hotel ini 






Untuk first day, aktiviti bebas untuk kiteorang. So daripada tak buat apa, kiteorang decide untuk buat food trail di bandar Georgetown. Memandangkan hari jumaat, kiteorang pun sampai dah lewat tengahari, So banyaklah kedai tutup sementara bagi menghormati solat jumaat. 








Sempat jugalah kiteorang lunch dekat Restoran  Kapitan untuk merasai sendiri Beriani Chicken Milani. Antara menu yang wajib korang cuba bila datang dekat sini! 


kalau pandai, cuba teka ini apa 




bersemangat haa si MahaMahu makan 

Di sebelah malamnya pula, kiteorang dinner di Bali Hai Seafood Market. Kalau nak tahu restoran ini adalah antara famous seafood restaurant in Penang ! Status restoran ini adalah pork free ya kawan - kawan. 

Itu untuk first day, keesokan harinya. Berbekalkan duit RM 300 untuk satu kumpulan. Kiteorang dikehendaki untuk berjalan dan mencari identiti negeri Pulau Pinang. Dalam satu kumpulan terdapat 6 orang blogger termasuk blogger dari Penang yang turut bergabung membantu kiteorang mencari identiti Pulau Pinang 















bermula dari Restoran Nasi Kandar Line Clear sampailah ke tahap perut kembung tahap maksima sebab asyik makan je. Nampak tak kegigihan disitu? Hahaha.. Habis je adventure, kiteorang terus bergerak ke Queensbay Mall untuk menyaksikan sendiri Air Asia Battle of The Year 2015 







kalau nak tahu pertandingan ini adalah inisiatif anak muda yang berusaha untuk menempatkan diri di World Battle of The Year yang akan diadakan nanti, Serius memang berbakat dan hebat - hebat belaka semua peserta yang sertai pertandingan ini. Tahniah juga kepada AirAsia kerana menyokong dan menaja pertandingan ini 

sila abaikan muka mamat yang sunburn lagi terlebih excited itu 



Sebagai penutup AABC Penang Take Over , satu majlis makan malam telah diadakan di Yeng Keng Cafe & Bar. Sesi cabutan bertuah turut diadakan. Haa bertuah blogger yang menang tiket penerbangan pergi dan balik tu. 

Apapun AABC Penang Take Over  kali ini memang gempak dan havoc gilos ! Terima kasih kepada AirAsia kerana sudi menjemput Budak Pacak untuk trip kali ini.

Jangan lupa untuk ikuti next entry sebab Budak Pacak akan kongsikan Senarai Tempat Makan Sedap di Penang, Nantikan ! 



Entry ini dibawakan khas oleh AirAsia dan Penang Global Tourism