Total Pageviews

Program #ArifLabur | Korang pernah dengar mengenai Program #ArifLabur ?Kalau korang yang follow IG Budak Pacak mesti perasan, Budak Pacak ada post mengenai program ini baru - baru ini. Program #ArifLabur adalah sebuah program persediaan masa depan kewangan yang lebih stabil. 



#ArifLabur membawa mesej, “Elak Sengsara Selepas Bersara”. Kalau nak tahu , Program #ArifLabur adalah anjuran PMB Investment yang merupakan sebuah syarikat dibawah Pelaburan MARA Berhad yang merupakan salah satu syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah  dan pengurusan portfolio. 

Sebagai sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC), PMB  Investment sentiasa merangka pelbagai strategi transformasi agar dapat menarik lebih ramai pelabur. Menarik kan ? 

Objektif #ArifLabur ialah:

• Menggalakkan pelaburan unit amanah sebagai salah satu persediaan sebelum bersara

• Mendidik masyarakat berkaitan unit amanah

• Mendidik masyarakat berkaitan dana unit amanah patuh Syariah

• Memberi kefahaman mengenai senario ekonomi dan pasaran saham semasa

• - Menggabungkan unsur-unsur keusahawanan dengan menawarkan peluang menjadi 

Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment



Untuk topik Program #ArifLabur untuk Fasa Kedua kali ini adalah “Membina Kekayaan Melalui Pelaburan”.Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang bertambah nilai pada masa depan.

 Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu cara untuk menambah pendapatan di mana individu boleh melabur wang mereka secara kolektif atau terpilih. Dalam erti kata lain, ia bermaksud pengumpulan dana dari orang ramai dan institusi dan juga menggunakan wang terkumpul untuk melabur.

Apa yang akan korang ketahui dari Program #ArifLabur?

• Segalanya tentang pelaburan unit amanah

• Kefahaman berkaitan propektus dan laporan tahunan

• Kelebihan melabur dalam dana ekuiti

• Pemantauan pelaburan & risiko



Menariknya lagi. program #ArifLabur Fasa Kedua ini akan menampilkan selebriti jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan seorang usahawan muda yang semakin sukses dan berjaya dalam bidang keusahawanan. Program #ArifLabur akan ke lima lokasi berlainan:

• 12 September 2015: Permata Ballroom, Puteri Pacific, Johor Bharu, Johor

• 3 Oktober 2015 : Weil Hotel, Ipoh, Perak

• 24 Oktober 2015: TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah

• 26 Oktober 2015: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak

• 29 Oktober 2015: Dewan MARA, Kota Bharu, Kelantan

Yuran penyertaan: RM 10 sahaja! Giler murah !Daftar sekarang di www.ariflabur.my atau hubungi 03-27859900. Tempat adalah terhad!

Program #ArifLabur

by on 21.9.15
Program #ArifLabur   | Korang pernah dengar mengenai  Program #ArifLabur ?Kalau korang yang follow IG Budak Pacak mesti perasan, Budak Pac...
Ephyra Bloggers Day | Norman Hakim Kongsi Tips Sado | Baru - baru ini, Budak Pacak telah dijemput untuk hadir ke Ephyra Bloggers Day bertempat di wisma nya di Platinum Walk Danau Kota Setapak 




Rasa bertuah pulak bila dijemput, mana tidaknya first sebab dapat masuk ke ibu pejabat nya, kedua, dapat berjumpa, mendengar sendiri pengalaman dari Peneraju jenama produk terkenal ini iaitu Puan Amiza Amiruddin dan Encik Zafry Izwan Amiruddin. 




Haa kalau nak tau, dorang ini adik beradik tau. Adik beradik yang berjaya! Serius rasa bersemangat tengok dorang berkongsi pengalaman. Ephyra ni dah semakin meluas di seluruh Malaysia , Brunei dan Singapura  ye. Tahniah buat Ephyra . 




Antara pengisian sepanjang Ephyra Bloggers Day ni, kiteorang diberi penerangan mengenai produk - produk terbaru keluaran Ephyra. Kali ini terbahagi kepada produk unisex, lelaki dan juga perempuan. Yang bestnya, penerangan ini telah dibentangkan sendiri oleh duta Ephyra iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza 




Memang best dengar dorang berceloteh, peramah gilos ! Sikit pun tak awkward. Rasa tak cukup pulak sehari Ephyra Bloggers Day ni. Next time buat panjang - panjang please. Hahahaa.. 




Untuk produk Unisex, Ephyra telah perkenalkan Ephyra Skin Bar dimana ianya diformulasikan 100% dari bahan asli semulajadi dan dirumuskan untuk kegunaan muka dan badan. Korang yang ada masalah jerawat, bintik hitam, nak kulit tegang dan hilang minyak gunakanlah Ephyra Skin Bar ni. Baik lelaki atau perempuan semua boleh guna ! 



Kandungan Ephyra Skin Bar
  • Seaweed
  • Fish Collagen 
  • Rice Bran Oil
  • Carrot Extract
  • Beaeberry Alpha Arbutin A extract 
  • Glutathione 


Inteemor pula adalah minuman jus premium wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Kandungannya yang diperkaya pelbagai herba dan semulajadi terbukti berkualiti dari zaman berzaman 


Kandungan Inteemor
  • Kacip Fatimah 
  • Manjakani 
  • Pueraria Mirifica
  • Kunyit
  • Kolagen
  • Akar Serapat
  • Habbatusauda 
  • Buah Tin
  • Aprikot Seed
  • Acai Beri
  • Delima
  • Aloe Vera
  • Durian Belanda
  • Sireh
  • Madu
  • Dong Qui

Haa untuk kita yang lelaki ni, perkenalkan M2Flex . Tips jadi sado ? tercari - cari produk fat burner berkesan atau produk protein lelaki terbaik ? Haa semua ini korang boleh dapatkan dalam produk M2Flex. 



Kesannya telah diperakui sendiri oleh abang sado , Norman Hakim. Beliau sendiri tak pernah skip ambil M2Flex ni sebab nya minuman ini dapat mengaktifkan otak , membina otot, membuang lemak dan meningkatkan komposisi badan kepada bentuk badan yang korang idamkan. Budak Pacak pun dah start minum M2Flex so lepas ni kite tengok perubahannya 



Kandungan M2Flex 

  • whey protein
  • isolated soy protein 
  • L-carnitine 
  • creatine 
  • guarana 
  • acai beri 
  • tribulus terresties
  • catuaba 
  • butea superbea 
  • saw palmetto
  • ginkgo biloba 


Kesemua produk Ephyra ini korang jangan risau sebab 

  • sesuai digunakan oleh seisi keluarga 
  • harga bermula serendah RM 39.00 sehingga RM 197.00
  • produk Ephyra boleh dapatkan di 500 stokis di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura 
  • boleh dapatkan juga di toko jamu, farmasi terpilih


selain dari produk di atas , korang mesti dah sinonim dengan minuman kolagen Ephyra. Budak Pacak sendiri pun minum sejak 2014. sebabnya dah terlalu banyak testimoni mengatakan produk ini berkesan dalam 

  • menjadikan kulit anjal , halus dan berseri 
  • mengurangkan kedutan
  • mengurangkan kolestrol
  • mengawal berat badan
  • melegakan sakit sendi dan banyak lagi ! 

Its a wrap! Terima kasih jemput kami semua 



Budak Pacak sendiri pun banyak alami perubahannya. Korang boleh baca di SINI. Pendek kata memang berbaloi gilos minum produk Ephyra. Kalau korang nak cuba sendiri dan tengok banyak lagi testimoni serta promosi produk bolehlah terjah 


*Tukar quality ke HD untuk saksikan video yang lebih cantik*


p/ s : Dengar cerita Norman Hakim dah buka Gym Mr Sado di Petaling Jaya dan Memey Suhaiza buka butik di Wanga Maju . Cuba korang terjah Instagram dorang @NormanHakim_786 , @memeysuhaiza 

Ephyra Bloggers Day | Norman Hakim Kongsi Tips Sado

by on 20.9.15
Ephyra Bloggers Day | Norman Hakim Kongsi Tips Sado  | Baru - baru ini, Budak Pacak telah dijemput untuk hadir ke Ephyra Bloggers Day ber...
Koleksi Aidiladha 2015 | Memandangkan raya Aidiladha bakal menjelma tidak lama lagi, nah Budak Pacak bawakan khas untuk korang Koleksi Aidiladha 2015  dari Binqareem yang dinamakan Adhascene15 collection




Binqareem yang sudah sememangnya sinonim dengan keluaran kurta lelaki popular dan jubah lelaki popular di negara ini telah memperkenalkan 6 koleksi yang bertemakan Black , White and Grey (BWG). Dimana koleksi ini terdiri daripada 2 Shirt, 1 Qurta dan 3 jubah yang berlainan design  










Budak Pacak sempat pergi ke majlis pratonton koleksi - koleksi ini dan ternyata memang sentiasa menarik daripada keluaran pertama Binqareem lagi. 







Kalau korang yang follow blog ini mesti tau, Budak Pacak punya baju raya sebelum - sebelum ini pun kebanyakan dari Binqareem. 

Budak Pacak bersama Pemilik Binqareem, Abg Azlan dan juga Dato Nadia Marni, Elle Karim 


Kenapa pilih Binqareem ? Haa sebabnya Binqareem ini ada banyak keistimewaan termasuklah : 

  • Gaya nya yang segar dan selesa 
  • praktikal, moden dan ringkas 
  • fabrik yang sesuai dengan cuaca 
  • gabungan warna yang menarik
  • jahitan dan kualiti yang terbaik 
  • potongan slim fit yang menarik 
haa banyak lagilah. Raya Haji nanti bolehlah pakai koleksi terbaru Binqareem. Kalau korang nak tengok lagi banyak koleksi sebelum ini boleh terjah butik Binqareem di 

F-28-G, Alam Avenue 2 , Jalan Serai Wangi N16/N, persiaran Selangor, Seksyen 16, 40200 Shah Alam Selangor 

Instagram : @Binqareem 
email : binqareem@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/binqareem 




Koleksi Aidiladha 2015

by on 18.9.15
Koleksi Aidiladha 2015  | Memandangkan raya Aidiladha bakal menjelma tidak lama lagi, nah Budak Pacak bawakan khas untuk korang  Koleksi A...
10 Tempat Makan Sedap Di Penang | Seperti yang dijanjikan sebelum ini,  nah Budak Pacak bawakan korang senarai Tempat Makan Sedap Di Penang. Ini mengikut pandangan Budak Pacak je lah tak tahu la tekak korang macam mana enn? By the way, sebenarnya terdapat banyak gilos tempat makan menarik dan sedap di Penang, cuma Budak Pacak tak sempat explore habis.


Pergi lah banyak kali pun ke Penang mesti tak puas! Thanks to AirAsia sebab bawakan kiteorang ke sini ( baca entry yang lepas DISINIand gain  fat like a boss hahahaha. Berikut adalah senarai tempat makan sedap di Penang sempena dengan AABC Penang Takeover tempoh hari 


1. Kapitan Restaurant 



Terletak di Jalan Masjid Keling Georgetown , salah satu keunikan yang mesti korang cuba ke sini. Budak Pacak setiap kali datang ke Penang, mesti singgah kesini, kalau tak memang tak lengkap! 






Menu cadangan : Naan Milani . Beriani Chicken Milani dan Manggo Lasi 
Harga : Berpatutan 
Status ; Halal 
Landmark : berhadapan Masjid Keling 

2. Bali Hai Seafood Market 

Dinobatkan sebagai salah satu restoran seafood terbaik di Penang. Pelbagai jenis seafood boleh korang dapatkan disini termasuklah yang eksotik 










Menu cadangan ; Chili Crab , Butter Prawn , Ketam Telur Masin
Harga ; Agak Mahal 
Status : Pork Free 
Landmark : Persiaran Gurney 

3. Nasi Kandar Line Clear 

Haa kalau mai Penang, tak sah kalau tak pekena Nasi Kandaq depa. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia. Cukup dengan ambil ayam goreng, sayur, telur masin dan kuah campur dah cukup rasa dia punya 'Kaw' .







Kalau suka udang yang besar tu silakan lah kalau tak siap sedialah yer duit korang kehkehkeh. Untuk pengetahuan korang Nasi Kandar Line Clear cawangan Kuala Lumpur akan dibuka tidak lama lagi di Kg Baru. Anak mami semua bolehlah lepas ni lepas rindu kat sana 

Menu cadangan : Nasi Kandar, Ayam Goreng, Telur masin , sayur campur, kuah campur, Milo Ais 
Harga : Sedikit Mahal 
Status : Halal 
Landmark : Jalan Penang berhampiran Jeruk Pak Ali 

4. Roti Bakar Transfer Road

First time makan dekat sini terus jatuh cinta. Port terbaik untuk pekena breakfast ! 







Menu cadangan : Roti Bakar Telur Goyang , Kuah kari Ayam 
Harga : Murah 
Status : Halal 
Landmark : Tepi jalan,Jalan Transfer 

5. Toh Soon Cafe 

Uniknya cafe ini ianya terletak di lorong. Nak datang ke sini make sure awal kalau tak kena queue tunggu turn nak duduk 


nak mencari Toh Soon Cafe, terjumpa pulak basikal sapa, haha apa lagi kiteorang rembat arh 

full house weh!




Menu Cadangan : Roti Bakar Arang , Kopi kaw 
Harga : Murah 
Status : Pork Free
Landmark :  Jalan Campbell 

6. Mee Sotong


gambar google je ni since last minit tak jadi masuk walaupun dah depan kedai . I is sad :( 


Dekat Penang ni banyak yang menjual mee sotong. Tapi menurut orang dekat sini, yang terbaik adalah di Padang Kota Lama. Mesti cuba ! 

Menu Cadangan : Mee Sotong
Harga : Berpatutan
Status : Halal 
Landmark :  Fort Cornwallis 

7. Rojak Pasembor 





kiteorang siap tapau bawa balik makan kat hotel hahaa


Haa ini pun sama! Kalau datang ke Penang wajib pekena rojak Pasembor di Famous Pasembor Gurney. Nampak semua menarik, tapi kawal nafsu ye sebab bila dia dah potong boleh makan beramai - ramai. jadi ambil yang berpatutan 

Menu Cadangan : Aneka campuran Pasembor 
Harga : Berpatutan 
Status : Halal 
Landmark : Food Court Gurney 

8. Restoran Sup Hameed 





Menurut orang disini, Restoran Sup Hameed menyediakan best soup in town ! Budak Pacak dah rasa memang kaw weh rasa dia. Setiap hidangan sup disediakan bersama roti benggali. Terima kasih Abam Korn sudi bawa jalan - jalan dekat Penang dan perkenalkan restoran ini 

Menu Cadangan : Sup daging dan Sup Ayam 
Harga : Murah
Status : Halal 
Landmark :  Jalan Penang berhampiran Sekolah Convent 

9. Yeng Keng Cafe 

Nama pun syurga makanan, dekat Penang ni banyak gila cafe dan coffee shop yang ada. Pada malam terakhir AABC Penang Takeover sempat jugaklah kiteorang merasa makanan di Yeng Keng Cafe ini yang menyediakan pelbagai masakan baba nyonya dan juga western 


kredit picture : www.mieranadhirah.com


Menu Cadangan : Ayam Durian , Lime Lychee Soda 
Harga : Sedikit Mahal
Status : Pork Free
Landmark :  Lebuh Chulia berhadapan Chulia Mansion 

10. Moustache Houze

Salah satu cafe hipster yang terdapat di Georgetown Penang, Dekoratifnya sangat menarik! 







Menu Cadangan : Greentea Ice Cube greentea cheese cake 
Harga : Agak Mahal
Status : Pork Free 
Landmark :  Lebuh Campbell 


Terlalu banyak sebenarnya tempat makan menarik di Penang ni. Kalau ada rezeki akan Budak Pacak datang lagi dan update yang terbaru

Jutaan terima kasih kepada pihak AirAsia dan Penang Global Tourism kerana sudi menjemput Budak Pacak ke sini. Memang best gilos !! 








untuk follow dan tengok gambar dari blogger lain, korang boleh log in ke Instagram dan cari #AABCPenangTakeOver 





Entry ini dibawakan khas oleh AirAsia dan Penang Global Tourism


BACA JUGA : RESTORAN TERAPUNG PERTAMA DI MALAYSIA ( KLIK SINI)

10 Tempat Makan Sedap Di Penang

by on 10.9.15
10 Tempat Makan Sedap Di Penang  | Seperti yang dijanjikan sebelum ini,  nah Budak Pacak bawakan korang senarai Tempat Makan Sedap Di Pena...