Total Pageviews

10 Tempat Makan Sedap Di Penang

10 Tempat Makan Sedap Di Penang | Seperti yang dijanjikan sebelum ini,  nah Budak Pacak bawakan korang senarai Tempat Makan Sedap Di Penang. Ini mengikut pandangan Budak Pacak je lah tak tahu la tekak korang macam mana enn? By the way, sebenarnya terdapat banyak gilos tempat makan menarik dan sedap di Penang, cuma Budak Pacak tak sempat explore habis.


Pergi lah banyak kali pun ke Penang mesti tak puas! Thanks to AirAsia sebab bawakan kiteorang ke sini ( baca entry yang lepas DISINIand gain  fat like a boss hahahaha. Berikut adalah senarai tempat makan sedap di Penang sempena dengan AABC Penang Takeover tempoh hari 


1. Kapitan Restaurant 



Terletak di Jalan Masjid Keling Georgetown , salah satu keunikan yang mesti korang cuba ke sini. Budak Pacak setiap kali datang ke Penang, mesti singgah kesini, kalau tak memang tak lengkap! 






Menu cadangan : Naan Milani . Beriani Chicken Milani dan Manggo Lasi 
Harga : Berpatutan 
Status ; Halal 
Landmark : berhadapan Masjid Keling 

2. Bali Hai Seafood Market 

Dinobatkan sebagai salah satu restoran seafood terbaik di Penang. Pelbagai jenis seafood boleh korang dapatkan disini termasuklah yang eksotik 










Menu cadangan ; Chili Crab , Butter Prawn , Ketam Telur Masin
Harga ; Agak Mahal 
Status : Pork Free 
Landmark : Persiaran Gurney 

3. Nasi Kandar Line Clear 

Haa kalau mai Penang, tak sah kalau tak pekena Nasi Kandaq depa. Nasi Kandar Line Clear salah satu restoran Nasi Kandar yang terkenal di Malaysia. Cukup dengan ambil ayam goreng, sayur, telur masin dan kuah campur dah cukup rasa dia punya 'Kaw' .







Kalau suka udang yang besar tu silakan lah kalau tak siap sedialah yer duit korang kehkehkeh. Untuk pengetahuan korang Nasi Kandar Line Clear cawangan Kuala Lumpur akan dibuka tidak lama lagi di Kg Baru. Anak mami semua bolehlah lepas ni lepas rindu kat sana 

Menu cadangan : Nasi Kandar, Ayam Goreng, Telur masin , sayur campur, kuah campur, Milo Ais 
Harga : Sedikit Mahal 
Status : Halal 
Landmark : Jalan Penang berhampiran Jeruk Pak Ali 

4. Roti Bakar Transfer Road

First time makan dekat sini terus jatuh cinta. Port terbaik untuk pekena breakfast ! 







Menu cadangan : Roti Bakar Telur Goyang , Kuah kari Ayam 
Harga : Murah 
Status : Halal 
Landmark : Tepi jalan,Jalan Transfer 

5. Toh Soon Cafe 

Uniknya cafe ini ianya terletak di lorong. Nak datang ke sini make sure awal kalau tak kena queue tunggu turn nak duduk 


nak mencari Toh Soon Cafe, terjumpa pulak basikal sapa, haha apa lagi kiteorang rembat arh 

full house weh!




Menu Cadangan : Roti Bakar Arang , Kopi kaw 
Harga : Murah 
Status : Pork Free
Landmark :  Jalan Campbell 

6. Mee Sotong


gambar google je ni since last minit tak jadi masuk walaupun dah depan kedai . I is sad :( 


Dekat Penang ni banyak yang menjual mee sotong. Tapi menurut orang dekat sini, yang terbaik adalah di Padang Kota Lama. Mesti cuba ! 

Menu Cadangan : Mee Sotong
Harga : Berpatutan
Status : Halal 
Landmark :  Fort Cornwallis 

7. Rojak Pasembor 





kiteorang siap tapau bawa balik makan kat hotel hahaa


Haa ini pun sama! Kalau datang ke Penang wajib pekena rojak Pasembor di Famous Pasembor Gurney. Nampak semua menarik, tapi kawal nafsu ye sebab bila dia dah potong boleh makan beramai - ramai. jadi ambil yang berpatutan 

Menu Cadangan : Aneka campuran Pasembor 
Harga : Berpatutan 
Status : Halal 
Landmark : Food Court Gurney 

8. Restoran Sup Hameed 





Menurut orang disini, Restoran Sup Hameed menyediakan best soup in town ! Budak Pacak dah rasa memang kaw weh rasa dia. Setiap hidangan sup disediakan bersama roti benggali. Terima kasih Abam Korn sudi bawa jalan - jalan dekat Penang dan perkenalkan restoran ini 

Menu Cadangan : Sup daging dan Sup Ayam 
Harga : Murah
Status : Halal 
Landmark :  Jalan Penang berhampiran Sekolah Convent 

9. Yeng Keng Cafe 

Nama pun syurga makanan, dekat Penang ni banyak gila cafe dan coffee shop yang ada. Pada malam terakhir AABC Penang Takeover sempat jugaklah kiteorang merasa makanan di Yeng Keng Cafe ini yang menyediakan pelbagai masakan baba nyonya dan juga western 


kredit picture : www.mieranadhirah.com


Menu Cadangan : Ayam Durian , Lime Lychee Soda 
Harga : Sedikit Mahal
Status : Pork Free
Landmark :  Lebuh Chulia berhadapan Chulia Mansion 

10. Moustache Houze

Salah satu cafe hipster yang terdapat di Georgetown Penang, Dekoratifnya sangat menarik! 







Menu Cadangan : Greentea Ice Cube greentea cheese cake 
Harga : Agak Mahal
Status : Pork Free 
Landmark :  Lebuh Campbell 


Terlalu banyak sebenarnya tempat makan menarik di Penang ni. Kalau ada rezeki akan Budak Pacak datang lagi dan update yang terbaru

Jutaan terima kasih kepada pihak AirAsia dan Penang Global Tourism kerana sudi menjemput Budak Pacak ke sini. Memang best gilos !! 








untuk follow dan tengok gambar dari blogger lain, korang boleh log in ke Instagram dan cari #AABCPenangTakeOver 





Entry ini dibawakan khas oleh AirAsia dan Penang Global Tourism


BACA JUGA : RESTORAN TERAPUNG PERTAMA DI MALAYSIA ( KLIK SINI)

39 comments:

sayaidaydotcom said...

Banyak betul tempat makan best kat penang ni. Iday pon bulan 10 baru plan nak pergi sana. hehehe :)

Eyda Sukiman said...

Wahh gambar2 makanan tu memang menggiurkan 😂😂..Wajib cuba if sampai Penang nanti.Tq for the info & suggestion ! 😊😊 Very nice !

Anonymous said...

Klu pork free Blum tentu arak x dihidangkan. Klu org penang,x p line clear. Kebanyakannya org luar je. Nasi kandar kg melayu,nasi kandar Deen jelutong,nasi kandar sharif gelugoq lg sdp. Roti canai transfer road pulak,org penang pgl roti canai tapak kaki sbb keras. Kuahnya je menarik. Klu nk mkn roti canai sdp,cri tmpat x femes.

tasHa said...

Ada lagi actually. Laksa Penang di Gurney Drive. Opposite dgn Nasi Lemak Cili Bilis. Terbaik laksa. Char koay teow boleh try di Tokong Ular Bayan Lepas. Yummy. Nasi kandar line clear x sedap sgt, Kotor sikit. Org Penang x layan. I pon x lalu makan. Haha. Kebanayakan org luar je. Ce tanya, mmg xde org Penang yg ke situ. Just sharing is caring ;)

NAJELITA said...

Saya pun tak mkn kat line clear kalau gi penang sbb kotor....lebih suka makan di restoran minah dekat glugor sbb bersih dan sedap

Yanty Lee said...

Memang byk lgi tmpt makan best2 kt Penang. Ibarat heaven of food.

Unknown said...

Mencari makanan yang halal adalah kewajiban setiap Muslim. Elakkan lah makan kedai2 makan yang tidak mempunyai status halal Jakim atau bukan kedai makan Muslim. Pork free, No pork serve, halal selain jakim tidak menjamin kedai tersebut halal.

humayrah said...

Line clear first time nak pi ...tu dia ....punya kotoq...pi kandaq Kayu pun Tak pa

Suriati said...

Harga roti bakar jalan transfer tu sepinggan rm3.50 ad dua keping roti dua biji telur goyang.. kopi tarik teh tarik cawan kecil semua rm2 secawan.. roti canai rm0.60 kari ayam tu sepinggan rm6.00.. rasa mcm mahal sgt.. sekali je la aku dtg.

Anonymous said...

Org penang xp sgt tmpt2 d atas..xsdp mn pun.mee sotong n laksa gurney drve sj betui2 sedap..y lain pelik mcm mn boleh kata sedap sgt2..tp xheran jgk.y dpenuhi pun org luaq ja..mai penang ty org penang..br tau dsebalik restoran n tmpt xfamous ad y berui2 sedap..

Anonymous said...

aku Setuju dengan hang.

Anonymous said...

Lau dh gitu.. dr duk kondem org.. baik laa bg cadangan hat lidah org penang duk rasa sedap.. dh nama pelancong.. kami p tmpt yg byk review la.. mna ada masa nk try seketul2 kdai yg ada sini..

Anonymous said...

mohon save gambar nak buat folio

Anonymous said...

1. Restoran kapitan memang the best. InshaAllah puaih hati. saya cadangkan kalu nak p kapitan p yg dekat masjid kapitan keling.

2. Nasi kandar line clear kalu dulu memang tiptop, lani kurang sikit (bukan pilihan utama bagi aku). Tapi ikutlah selera masing2, ada jugak orang penang sampai lani p sana lagi.

3. Roti bakaq transfer road tu biasa2 aja. Orang dok p sana bukan untuk roti bakaq sebenaqnya, tapi untuk roti canai. Kalu nak jugak roti bakaq boleh try dekat hujung jalan transfer road. suasana situ memang syok, kami orang penang memang suka makan di tempat2 macam tu.

4. Mee sotong padang kota memang tak dapat disangkal lagi dia punya kesedapan. Tak keterlaluan kalu saya kata mee sotong ini antara yang terbaik di penang.

5. Kalau p gurney drive jangan lepaskan peluang cuba pasemboq. dan satu lagi, disebelah gerai pasemboq ni ada cucoq udang dan taukua rendang. Boleh try jugak yg ni.

6. sup hameed memang best in town. kebiasaanya kami orang penang makan sup mesti kena ada roti benggali.

Selamat datang dan mencuba!!


Anonymous said...

Asyik belah pulau ja. Belah Seberang lagi best punya dok ada:
1) Adam Char Koew Teaw - Permatang Pauh. Bagi aku sedap lagi dari belah pulau. Rindu Sate Warisan kat situ mana pi taktau. Bukak petang sampai malam.
2) Mee Rebus Pak Ngah - Sungai Dua. Mee rebus dia memang terbaik. Bukak petang sampai malam.
3) De'Pauh Garden - Dekat Perda. Nak makan Sate Kajang di Penang ni tempat dia. Menu belambak ada. Bukak pagi sampai malam.
4) Restoran Tomato Magnet - Bandar Perda. Baru betul rasa Nasi Tomato Penang. Sedap kalah belah pulau. Memang melekat macam magnet. Bukak pagi sampai malam.
5) Restoran Qasar Hadramawt - Bandar Perda. Nak try Beriani Yaman style sini tempat dia. Mandy mandi semua ada. Bukak pagi sampai malam.
6) Restoran Anggerik Desa - Seberang Jaya. Menu masakan Kelantan dia sedap. Nasi kerabu no1!
7) Archik Cafe - Bandar Perda. Bukak malam saja. Western dia yang paling best. Menu lain pun sedap2.
8) Din Ikan Bakar. -Kepala Batas. Ni segala jenis bakar ada. Boleh terbakar belah pulau dengaq, Bukak pagi sampai malam.

Anonymous said...

Asyik belah pulau ja. Belah Seberang lagi best punya dok ada:
1) Adam Char Koew Teaw – Permatang Pauh. Bagi aku sedap lagi dari belah pulau. Rindu Sate Warisan kat situ mana pi taktau. Bukak petang sampai malam.
2) Mee Rebus Pak Ngah – Sungai Dua. Mee rebus dia memang terbaik. Bukak petang sampai malam.
3) De’Pauh Garden – Dekat Perda. Nak makan Sate Kajang di Penang ni tempat dia. Menu belambak ada. Bukak pagi sampai malam.
4) Restoran Tomato Magnet – Bandar Perda. Baru betul rasa Nasi Tomato Penang. Sedap kalah belah pulau. Memang melekat macam magnet. Bukak pagi sampai malam.
5) Restoran Qasar Hadramawt – Bandar Perda. Nak try Beriani Yaman style sini tempat dia. Mandy mandi semua ada. Bukak pagi sampai malam.
6) Restoran Anggerik Desa – Seberang Jaya. Menu masakan Kelantan dia sedap. Nasi kerabu no1!
7) Archik Cafe – Bandar Perda. Bukak malam saja. Western dia yang paling best. Menu lain pun sedap2.
8) Din Ikan Bakar. -Kepala Batas. Ni segala jenis bakar ada. Boleh terbakar belah pulau dengaq, Bukak pagi sampai malam.

karem said...

Pork free tu elok elakkan la... Sebab ayam xsembelih pon haram.tu xkira macam2 lg

suhana said...

Orang melayu kite nie kan..... asal ada perkataan pork free, logo halal buatan sendiri,kedai cina pun dia seronok dok pi. Kedai India (agama hindu) nie boleh percaya lagi sebab depa tak makan daging (automatik memang xpernah masak pork tu la)....Tu pon belum tentu halal sebab bahan mentah tu depa peduli sangat ka nak cari yang halal ka dak...

Tapi tu dia lah orang kita nie, boleh sedap semua tibai....
Tu macam mana la hati tak keras, kalau dok telan benda bukan2
Bila dah nasihat lagu nie, sat lagi ada pulak yang kata ( terpulang pada diri la masing2, kalau tak was-was boleh makan) Nie hukum kepala bana betoila....

Anonymous said...

Ni aku punya taste:
1)Nasi Kandar pokok ceri dekat dgn penjara.
2)Air:Sarbat Tingkap, Makan:Laksa penang, mee goreng,Takua rendang, semua ni di Chowrasta
3)Nasi Dalca di queen street (mula petang sampai malam)
4)Naan, ayam tandoori,milani di restoren Kapitan ( sama mcm budak pacak cerita)
5) Roti canai ayam @ daging & roti bakar, di transfer road, pagi shj ( sama mcm budak pacak cerita).
6) char kue teow cina, mee rebus cina, semua cina style, udang siap kopek kulit, di stadium penang dkt dalam medan selera, ropewalk lorong kulit (pagi sahaja, seronok ada pasar lusuh disini)
Ni semua kedai2 yg ramai la dr kwn2 yg mmg dok penang dari kecik yg suggest.
Tp masing2 ada taste masing2..
Silakan try..
-key-

Unknown said...

Pasembur rojak tuh xsedap lah..first time i makan kt c2..lagi sedap kt area kl..kuah dia manis..i xleh makan..

Unknown said...

Pasembur rojak tuh xsedap lah..first time i makan kt c2..lagi sedap kt area kl..kuah dia manis..i xleh makan..

Unknown said...

Pasembor mkn kat padang brown...klau kat gurney drive tu pusing ja lebih...mahal...

Unknown said...

Sup hameed ni area mana ye ?

Unknown said...

Kalau hampa nak try makanan dipenang boleh roger abg wan 0124326477. Dia ni kaki makan di penang.

Anonymous said...

Idk why some muslims simply ignore the fact that pork-free stalls/restaurants sell meat/poultry which are not halal. When they say they do not serve pork,it doesnt mean that they sell halal meat/poultry (disembelih). Unless if they could justify that their meat/poultry are from a halal source.

Before you promote pork-free stalls/restaurants please confirm if the meat/poultry served in the stall is halal.

Dear brother, please be cautious of what you eat.

Anonymous said...

Assalamualaikum....
Kome rase "TOH SOON CAFE" tu HALAL tak... dia mention pork free.. tapi saya jamin keraguan ada padanya.. Elakkanlah wahai umat akhir zaman...
Kat KUALA KANGSAR kedai berhampiran Arena Square.... ade satu kedai.. pekerja Melayu... tapi tukang masak CINA.... dan confirm xhalal.. siap dgn sijil takde... dan tambahan... just hati2...

penawargout said...

artikel dan info yg menarik...kalau ada gout saya ada penawar..baru bole makan best2

Anonymous said...

Betui2

miss hanna said...

nak share tempat makanan best kat pulau pinang ni ye? tq

Anonymous said...

Sangat2 setuju.. carilah yang halal

Anonymous said...

Pork free tak semestinya halal ya.

Anonymous said...

sup hameed dekat dengan E&O hotel dear,

Unknown said...

Banyaknyer tempat best... tak sabar next week nak pegi huhuhuhu

haznan sahari said...

Tula kn..sy tgk pn mcm x lalu je..tp tgk ramli org kat situ..sy pg mkn kat Kapitän...

anniz mohtam said...

Tq utk entry ni. Berguna sgt, tgh planning nk berjalan juga ke penang.

Salam perkenalan 🤗

Anonymous said...

Kena tau sebagai islam.pork free bkn halal..byk islam lani tak kira dah.esok2 jd darah daging salahkan agama.pork free tp tukang masak bkn islam.ayam dgn daging dr pembekal bkn islam.sama ja haram.pikir2kan

Anonymous said...

Nk sedap roti canai p kt glugor lagi sedap tambah dengan bawang jeruk.

Anonymous said...

Best2..makan2
Dengan aplikasi ini saya berpotensi mendapat RM82,500.00. Anda berminat? Info lanjut di http://bit.ly/2npE5lW

Anonymous said...

Kedai bukan muslim pun belasah juga..apa la.stpd