Selangor Culinary Adventures Part 1
Selangor Culinary Adventures Part 1 | Sebenarnya bila dapat jemputan dari Pihak Gaya Travel ,
cepat – cepat Budak Pacak update, check calendar bagai takut ada clashing event
lain dengan jemputan Gaya Travel.
Bukannya apa, sebab kalau pengalaman trip Gaya Travel yang pernah Budak Pacak
join semuanya best gilos! So rugilah kalau tak dapat join program Selangor
Culinary Adventures, Eat – Travel – Write (ETW)
Kalau korang nak tahu, program ni dah macam back to back
dari Festival Candat Sotong Antarabangsa
Terengganu haritu. Selang beberapa hari dah join event ini pulak.
Menariknya, kawan – kawan blogger dari negara lain seperti Korea ,Kanada ,
Amerika turut join event ini. So expectation memang meriah!
MaTiC Kuala Lumpur menjadi lokasi tempat kiteorang
berkumpul. Setelah dengar briefing bagai, kiteorang menuju ke Bangunan Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam Selangor untuk sesi flag off dan
seterusnya ke Kuala Selangor bagi memulakan pengembaraan ETW
Di Kuala Selangor, kiteorang telah singgah dan melawat Bukit
Melawati dimana disini terdapatnya 1001 sejarah dan juga peninggalan kesan dari
penempatan awal terdahulu. Sebagai info, disinilah bermulanya pembukaan dan
juga tapak pertama Negeri Selangor.
Dekat sini bukan setakat peninggalan sejarah. Kawasan Flora dan fauna juga dikawal rapi. So kalau korang nak tengok monyet pelbagai spesis seperti monyet ekor panjang boleh datang kesini. Semuanya jinak – jinak!
Dekat sini bukan setakat peninggalan sejarah. Kawasan Flora dan fauna juga dikawal rapi. So kalau korang nak tengok monyet pelbagai spesis seperti monyet ekor panjang boleh datang kesini. Semuanya jinak – jinak!
Menaiki Tram yang disediakan, kiteorang menuju ke kawasan
berhampiran untuk melihat sendiri pembuatan bahulu kemboja.
Bukan setakat bahulu kemboja je ada dekat sini, demonstrasi membuat kuih kacang merah, putu mayum dan lain – lain turut diadakan.Pendek kata kuih traditional semua kaum ada dekat sini. Sempat la juga belajar tips nak buat kuih ni
Bukan setakat bahulu kemboja je ada dekat sini, demonstrasi membuat kuih kacang merah, putu mayum dan lain – lain turut diadakan.Pendek kata kuih traditional semua kaum ada dekat sini. Sempat la juga belajar tips nak buat kuih ni
Demonstrasi sudah, sekarang tibalah masa untuk tugas
kiteorang. Disebabkan program ini bertemakan makanan, so memang pengisiannya
penuh dengan makan! Untuk task pertama, kiteorang dikehendaki mencari makanan
dan makan makanan yang terkenal disini.
Puas jugak pusing – pusing cari kedai dan restoran yang
menjual makanan asli disini. Last – last kiteorang dari Projek Travel makana di
satu kedai yang nampak macam klasik. Dekat sini, kiteorang mencuba Pisang Kayu
Manis, Pulut Ayam dan juga Cendol ! Haa tak tahulah ini makanan asli dekat
sini, tapi nampak macam ala – ala klasik je makanan dia , so order je la
hahahaa
Seterusnya,tibalah masa untuk kiteorang check in. Untuk hari
dan malam pertama ini, kiteorang menginap di The Kabin, Kuala Selangor. Dah
lama sebenarnya Budak Pacak teringin nak datang dan merasai sendiri pengalaman
menginap di The Kabin. Mana tidaknya, The Kabin ini mempunyai tarikan dan
keunikannya tersendiri.
Walaupun di dalamnya seperti hotel – hotel lain tetapi
landskapnya di dalam sangat menarik hingga membuatkan orang sering berkunjung
ke sini. Apa yang menariknya? Haa ,
kalau nak tau kesemua bilik disini adalah di dalam kontena yang direka khas
menjadi hotel ! Menarik kan ? Siapa sangka sebuah kontena terbiar boleh menjadi
hotel yang begitu menarik dan selesa.
Dari segi pemerhatian dan pengalaman Budak Pacak menginap di
sini, boleh dikatakan The Kabin sangat sesuai untuk korang yang datang
berkumpulan. Didalamnya boleh memuatkan 6 orang di dalam satu masa dan tersedia
dua tandas dan bilik mandi. Sangat selesa!
Kemudahan dekat sini pula ada kolam renang , kafe , kemudahan
berbasikal, bbq dan banyak lagi. Bersebelahan The Kabin juga ada pantai. So
untuk korang yang nak jalankan aktiviti dalam kumpulan memang highly recommend!
Masih lagi di The Kabin, untuk task seterusnya, kiteorang
dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Untuk kumpulan Kau Ade ? terdiri dari Budak Pacak, Mawardi Yunus dan
Eazy Izzudin . Hahaha jangan ditanya kenapa dan siapa yang bagi idea nama tu.
Sebab nama tu bawa luck dekat kiteorang okay ? Kalau nak tau korang kena baca
sampai habis LOL
Untuk task ini, kiteorang dikehendaki memasak Tiram dengan
menggunakan nenas sebagai bahan utama. Sebelum itu, untuk memasak kiteorang
dikehendaki mencari bahan – bahan memasak yang telah disembunyikan di sekitar
The Kabin menggunakan aplikasi yang telah ditetapkan khas dalam ETW kali ini.
Bertempiaran laa lari mencari bahan – bahan. Serius kelakar time ni!
Dah dapat bahan, tibalah masa untuk memasak. Nak masak satu
hal, nak bukak tiram tu satu hal. Punyalah susah weh. Salah teknik memang tak
dapat bukak sampai habis. Ada yang terluka tangan, ada yang hempas tiram dan
ada juga yang meminta simpati chef untuk tolong buka.
Kiteorang pun masaklah menggunakan bahan – bahan yang
tersedia. To be honest, Budak Pacak tak makan tiram, so main masak je. Tiba
time judgement, semua nervous bila chef dah mula rasa satu persatu makanan yang
disediakan. Luckily kiteorang masak chef suka . hahaahah men power guys !
Aktiviti seterusnya pada sebelah malam , antara aktiviti
yang mengujakan buat kiteorang. Bukan setakat blogger antarabangsa, blogger
yang Malaysia ni pun excited haa. Sebabnya adalah kiteorang ke Kampung Kuantan
, Kuala Selangor untuk melihat kelip – kelip secara dekat.
Kelip – kelip ni bukan seekor ye tetapi berpuluhan ribu terdapat
disini yang sememangnya sangat terkenal. Untuk ke sini korang boleh sewa satu
sampan berharga RM40 bersama seorang pengemudi. Kemudian beliau akan bawa
korang pergi ke kawasan yang penuh dengan kelip – kelip. Untuk mengekalkan
habitat serangga ini, segala jenis pencahayaan elektronik langsung tidak
dibenarkan
Datang ke sini, tengok dan hayati sendiri keindahan kelip –
kelip ini. Satu pengalaman terindah yang Budak Pacak tidak akan lupakan. Budak
Pacak difahamkan tempat ini dibuka setiap hari termasuk musim perayaan dan
menariknya lagi setiap hari sentiasa ada pengunjung dan kelip – kelip ini juga
sentiasa ada disini untk menyambut korang .
Dah penat main aktiviti, it’s time for our reward. Pada
malam tersebut, sajian BBQ fresh tersedia untuk kiteorang sambil diiringi persembahan dari pemuzik tradisional yang dijemput
khas.Terima kasih banyak –banyak sebab sudi
sediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti yang menarik untuk kiteorang !
Jangan lupa untuk ikuti kisah hari kedua di next blogpost!
Lagi banyak cerita menarik menanti
Terima Kasih kepada
Gaya Travel Magazine
Website : www.gayatravel.com.my
Facebook : www.facebook.com/gayatravel
Twitter : www.twitter.com/gayatravel
Instagram : www.instagram.com/gayatravel
Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN ) Selangor
1 comment:
wah,menariknya..x sangka pulak ada tempat best camtu kat sana
Post a Comment