Pengalaman Mencandat Sotong| Hari Kedua
Pengalaman Hari Kedua | Mencandat Sotong | Untuk hari ini, pagi – pagi lagi dah kena check out untuk sementara waktu sebab untuk 2 Hari 1 Malam yang bermula hari ini, kiteorang akan menginap di Pulau Redang ! Another wish list ticked ! Dah lama teringin nak menginap di pulau yang cantik ini.
So seawal pagi kiteorang bertolak ke Jeti Syahbandar Kuala
Terengganu untuk menaiki feri ke Pulau Redang. Sepanjang perjalanan ke Pulau
Redang yang mengambil masa hampir 45 minit ini, kiteorang mengambil kesempatan
untuk duduk di dek feri , menikmati pemandangan yang cantik di perairan
Terengganu
Sampai saja disana, tengok ramai orang yang bersnorkeling di
Pulau Pinang Pulau Redang yang merupakan salah satu lokasi snorkeling terkenal
di dunia. Kena pulak cuti sekolah, so ramailah yang mengambil kesempatan ini
untuk bercuti bersama keluarga.
Kiteorang pun sampai je disini terus terjun ke dalam laut
dan turut bersnorkeling. Rugilah tak ambil peluang macam ni. Cuaca panas ,
takut sunburn ?
Apa ada hal! Kan ada sunblock dari Cosmoderm ini. Multifunction tau krim sunblock ni sebab ianya bukan setakat melindungi dari sinaran UV malah baik untuk kulit korang. Terima kasih Cosmoderm untuk krim ini !
Apa ada hal! Kan ada sunblock dari Cosmoderm ini. Multifunction tau krim sunblock ni sebab ianya bukan setakat melindungi dari sinaran UV malah baik untuk kulit korang. Terima kasih Cosmoderm untuk krim ini !
Dah penat bersnorkeling, sekali lagi kiteorang naik feri ke
Laguna Beach Resort untuk check in dan makan tengahari. Dekat sini kiteorang
dibahagikan kumpulan kepada 3 resort yang berdekatan. Dan Budak Pacak dan
Pojiegraphy dapat menginap di Laguna Beach Resort. Tabahlah yer Pojiegraphy sekali lagi jadi roommate
hahaha. Kalau nak tahu pantai dekat sini cantik gilos! Pasirnya putih halus
membuatkan korang rasa sangat tenang
Masa yang terluang, kiteorang ambil kesempatan untuk berehat
dan berjalan – jalan di sekitar pantai. Di sebelah petangnya pula, tibalah masa
untuk mencandat sotong sesi 1 di perairan Pulau Tikus. So sekali lagi kiteorang
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi mencandat. Budak Pacak
bersama – sama media korea, Macho dan beberapa orang lagi rakan media dari
Terengganu menaiki satu bot menuju ke lokasi yang dikatakan terdapat banyak
sotong
Tepat jam 5.30 petang macam tu kiteorang mulakan sesi
mencandat yang dirasmikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan
Kebudayaan Negeri Terengganu. Kalau
tahun lepas Budak Pacak takdelah mabuk sangat, so expectation tahun ni lagi
strong takkan ada mabuk. Tapi sekejap je lah,pukul 6 macam tu dah ada yang
tumbang , mabuk laut. Kiteorang mencandat sampai pukul 8.30 malam dan 3 kali
jugaklah Budak Pacak tumbang,muntah bagai.
Orang kata kalau muntah ni, legalah sikit. Memang betul pun!
Tapi penat dia jangan cakaplah. Hahahaa. Sotong pulak ? Adalah 3 ekor
keseluruhannya untuk bot kiteorang. Dengar cerita paling banyak dapat 13 ekor.
Menurut tekong bot, sekarang ni sotong dah kurang sebab dah nak habis musimnya.
Kalau tidak dekat sinilah paling banyak sotong.
Daripada 120 orang peserta yang terdiri dari bloggers dan
media tempatan dan antarabangsa, 80 % semuanya mabuk laut. Hahaha so adalah
ramai geng yang mabuk laut. Keadaan time tu, laut agak bergelora so memang
senang sangat nak tumbang.
Sampai saja di Jeti Laguna Island Resort , dah boleh tarik
nafas lega sebab dah sampai. Dia punya perasaan time mabuk tu pergh rasa nak
terjun berenang je balik ke hotel . Apapun ini adalah pengalaman terbaik yang
takkan dilupakan sampai bila – bila.
Di Laguna Island Resort, satu jamuan makan malam bertemakan
Beach Party telah disediakan khas untuk kiteorang. Memang terbaik weh makan
malam BBQ di tepi pantai sambil dihiburkan oleh pemuzik – pemuzik yang dijemput
khas. Untuk memeriahkan lagi majlis
malam itu, pertandingan best dress turut diadakan. Tahniah buat para pemenang !
Itu untuk cerita hari kedua, ada banyak lagi perkongsian
menarik di hari ketiga. Nantikan ya!
Jutaan terima kasih
Gaya Travel Magazine
Website : www.gayatravel.com.my
Facebook : www.facebook.com/gayatravel
Twitter : www.twitter.com/gayatravel
Instagram : www.instagram.com/gayatravel
Tourism Terengganu
Website : http://tourism.terengganu.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Terengganu-Tourism
Twitter : https://twitter.com/tourismtrg
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Terengganu-Tourism
Twitter : https://twitter.com/tourismtrg
2 comments:
baju beso ke bang. hahahahaha
wah wahhh..seronoknyaaa
Post a Comment