Total Pageviews

Pengalaman Mencandat Sotong| Hari Kedua





Pengalaman Hari Kedua | Mencandat Sotong Untuk hari ini, pagi – pagi lagi dah kena check out untuk sementara waktu sebab untuk 2 Hari 1 Malam yang bermula hari ini, kiteorang akan menginap di Pulau Redang ! Another wish list ticked ! Dah lama teringin nak menginap di pulau yang cantik ini.







So seawal pagi kiteorang bertolak ke Jeti Syahbandar Kuala Terengganu untuk menaiki feri ke Pulau Redang. Sepanjang perjalanan ke Pulau Redang yang mengambil masa hampir 45 minit ini, kiteorang mengambil kesempatan untuk duduk di dek feri , menikmati pemandangan yang cantik di perairan Terengganu






Sampai saja disana, tengok ramai orang yang bersnorkeling di Pulau Pinang Pulau Redang yang merupakan salah satu lokasi snorkeling terkenal di dunia. Kena pulak cuti sekolah, so ramailah yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti bersama keluarga.








Kiteorang pun sampai je disini terus terjun ke dalam laut dan turut bersnorkeling. Rugilah tak ambil peluang macam ni. Cuaca panas , takut sunburn ?





 Apa ada hal! Kan  ada sunblock dari Cosmoderm ini. Multifunction tau krim sunblock ni sebab ianya bukan setakat melindungi dari sinaran UV malah baik untuk kulit korang. Terima kasih Cosmoderm untuk krim ini !








Dah penat bersnorkeling, sekali lagi kiteorang naik feri ke Laguna Beach Resort untuk check in dan makan tengahari. Dekat sini kiteorang dibahagikan kumpulan kepada 3 resort yang berdekatan. Dan Budak Pacak dan Pojiegraphy dapat menginap di Laguna Beach Resort.  Tabahlah yer Pojiegraphy sekali lagi jadi roommate hahaha. Kalau nak tahu pantai dekat sini cantik gilos! Pasirnya putih halus membuatkan korang rasa sangat tenang









Masa yang terluang, kiteorang ambil kesempatan untuk berehat dan berjalan – jalan di sekitar pantai. Di sebelah petangnya pula, tibalah masa untuk mencandat sotong sesi 1 di perairan Pulau Tikus. So sekali lagi kiteorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk sesi mencandat. Budak Pacak bersama – sama media korea, Macho dan beberapa orang lagi rakan media dari Terengganu menaiki satu bot menuju ke lokasi yang dikatakan terdapat banyak sotong




Tepat jam 5.30 petang macam tu kiteorang mulakan sesi mencandat yang dirasmikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu.  Kalau tahun lepas Budak Pacak takdelah mabuk sangat, so expectation tahun ni lagi strong takkan ada mabuk. Tapi sekejap je lah,pukul 6 macam tu dah ada yang tumbang , mabuk laut. Kiteorang mencandat sampai pukul 8.30 malam dan 3 kali jugaklah Budak Pacak tumbang,muntah bagai.




Orang kata kalau muntah ni, legalah sikit. Memang betul pun! Tapi penat dia jangan cakaplah. Hahahaa. Sotong pulak ? Adalah 3 ekor keseluruhannya untuk bot kiteorang. Dengar cerita paling banyak dapat 13 ekor. Menurut tekong bot, sekarang ni sotong dah kurang sebab dah nak habis musimnya. Kalau tidak dekat sinilah paling banyak sotong.






Daripada 120 orang peserta yang terdiri dari bloggers dan media tempatan dan antarabangsa, 80 % semuanya mabuk laut. Hahaha so adalah ramai geng yang mabuk laut. Keadaan time tu, laut agak bergelora so memang senang sangat nak tumbang.


Sampai saja di Jeti Laguna Island Resort , dah boleh tarik nafas lega sebab dah sampai. Dia punya perasaan time mabuk tu pergh rasa nak terjun berenang je balik ke hotel . Apapun ini adalah pengalaman terbaik yang takkan dilupakan sampai bila – bila.

Blogger Malaysia 



Di Laguna Island Resort, satu jamuan makan malam bertemakan Beach Party telah disediakan khas untuk kiteorang. Memang terbaik weh makan malam BBQ di tepi pantai sambil dihiburkan oleh pemuzik – pemuzik yang dijemput khas. Untuk  memeriahkan lagi majlis malam itu, pertandingan best dress turut diadakan. Tahniah buat para pemenang !


Itu untuk cerita hari kedua, ada banyak lagi perkongsian menarik di hari ketiga. Nantikan ya!


Jutaan terima kasih

Gaya Travel Magazine

Instagram : www.instagram.com/gayatravel


Tourism Terengganu 

2 comments:

Mawardi yunus said...

baju beso ke bang. hahahahaha

Syira Lokman said...

wah wahhh..seronoknyaaa