Total Pageviews

Koleksi Ucapan Hari Raya Terkini

Koleksi Ucapan Hari Raya Terkini | Pejam celik dah nak sambut bulan Syawal. Budak Pacak pasti mesti ada diantara korang yang tercari - cari ucapan hari raya terkini , pantun raya dan juga SMS raya kan? So disini Budak Pacak senaraikan antara ucapan dan pantun  raya yang korang boleh gunakan untuk menghantar pada kenalan dan keluarga tersayang 

Dikesempatan ini Budak Pacak ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidlifitri kepada semua followers, kenalan Blog Budak Pacak. Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat salah dan silap selama Budak Pacak berblogging dan juga sepanjang perkenalan.  

Buat yang pulang ke kampung halaman, berhati - hati di jalan raya. Pandu biar perlahan asalkan selamat tiba ke destinasi. Selamat Hari Raya semua ! 



Photo By : Voxscape - https://www.facebook.com/voxscapeMY

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara, bila 
langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidulFitri 1 Syawal 1436H Minal aidin 
wal faizin. Mohon maaf lahir dan batin.

Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya 

kuramas kau punya… kau ramas ku punya

kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)

kemudian kita goyang bersama.

itulah tanda kita bersalam mesra,

Hari ditunggu bakal tiba
Makcik dan pakcik bertambah ceria
Hatiku sayu dipagi raya
Mengenang suamiku jauh dimata 
Minal Aidil wal faizin
Selamat Hari Raya

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....

Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu, 
Kupinta maafmu sedalam batinku. 
Selamat hari raya Idul Fitri
1 Syawal 1436H Minal aidin wal faizin.
Mohon maaf zahir dan batin.


Seiring cahaya dipagi Syawal,
Kuberi maafku setulus lahirmu, 
Kupinta maafmu sedalam batinku,
Putihkan hati, beningkan jiwa,
Ukirkan senyuman seikhlas rasa,
Selamat hari raya Idul Fitri.
Minal aidin wal faizin.
Dari sahabatmu "Nama anda".

Kambing tua naik LRT,
katak pisang tercekik tulang,
walau sms saja yang diberi,
itu tandanya ingatan tak hilang.

Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat

5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan! SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI buat semua! 




 Sebening fiber optic,
setinggi tower antena radio,
secepat broadband access,
mohon dibukakan bandwith maaf selebar-lebarnya,
selamat Idul Fitri 1 Syawal

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

A time for reflection & a time for forgiving.
"Selamat Hari Raya Aidil fitri, 
maaf zahir dan batin and Happy Holidays". 
Safe journey and driving -- 

syawal bakal menjelang tiba
lambang kemenangan umat Islam
menunaikan ibadat penuh kesabaran
ampun dan maaf saya  pinta
andai ada luka lama yg terpendam
sy hanya manusia biasa,tidak terlepas dari kesilapan.
selamat menyambut hari raya...


Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.....

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdentum-dentam,
Riang gembira di Hari Raya....

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan....

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.....

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.....

Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di Hari Raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.....


alau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. 
Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. 
Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar 
dan family)

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)


“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah 
saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.
”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah 
yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah 
disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap 
dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. 
SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 
Dari (nama penghantar dan family)


Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm 
gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN 
& MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati 
Allah (nama penghantar dan family)

Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms 
dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. 
Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin.. 
(nama penghantar dan family)

.***.,.***. __
* salam * | |
* aidilfitri * (ö, )
“*.,.*” (“)(“) maaf zahir & batin.
(nama penghantar dan family)

(‘) = -=*” * ” *
__ii__ Pelita
I____I diletak
diatas para, Hendak dinyalakan d tepi perigi,SMS 
dhantar pengganti kad raya,Tanda igtn d AìD!L fiTRi…
Salam tulus Ikhlas dari (nama penghantar dan family)


Sumber : Google 

1 comment:

I N A A I N A A said...

Hahaaha best semua ucapan yang ada