Hidangan Set Dulang Di Melur & Thyme
Hidangan Set Dulang Di Melur & Thyme | Kalau sebelum ni kita biasa -biasa je makan set buffet , tak pun ala carte. Apa kata kali ini ubah selera korang dengan makan hidangan set dulang yang disediakan khas oleh Melur & Thyme sempena bulan Ramadhan ini.
Dengan pilihan harga set RM 120++ untuk 6 orang atau RM 60++ untuk 2 orang , dalam set ini korang boleh dapatkan pelbagai aneka makanan yang tersedia . Untuk dulang set, hidangan adalah seperti Gulai Ikan Tongkol atau Ketam Masak Cili Padi , Terung Masak Sambal, Ayam Goreng Berempah , Telur Masin , Pajeri Nenas , Daging Bakar dan Air Assam , Daun Selom , Timun , Kacang Panjang dan Sambal Belacan juga Nasi Putih
Bagi starter dan dessert pula tersedia kurma, kuih - kuih melayu , buah - buahan , dam juga pilhan bubur yang berlainan setiap hari iaitu Bubur Kacang Hijau , Pulut Hitam , Cha - Cha , Pengat Pisang , Gandum, Kacang Hijau dan Durian dan juga Keladi
Makan beramai - ramai dalam satu bekas ni kan sunnah ? So di bulan Ramadhan ini boleh lah rapatkan silaturrahim lagi bersama tersayang di Melur & Thyme
Selain daripada menu di atas ,Budak Pacak nak recommend kan korang untuk mencuba pelbagai menu lain diorang. Favourite Budak Pacak disini adalah Baby Crab. Memang sedap gilos, Pedas dan crunchy!
Melur & Thyme ni ada 3 cawangannya yang korang boleh singgah iaitu di Suria KLCC , NU Sentral dan Gateway KLIA2
Jadi untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi
Sharifah Nur Diyana Syed Zulkiflee
Managing Director
012 - 593 0222
Website : www.melurandthyme.com
Instagram : @melurandthyme
Facebook : Melurandthyme
2 comments:
Macam nasi ambeng
macam sedapppp je,dekat dah ngan suria klcc opis ni heheh
Post a Comment