Masakan Nenda Di Restoran Rebung
Masakan Nenda Di Restoran Rebung | Bercakap mengenai Restoran Rebung milik Chef Selebriti terkenal , Dato' Chef Ismail dan angkasawan negara , Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor memang tidak asing lagi ! Mana tidaknya restoran ini sangat terkenal dengan aneka sajian makanan yang lebih dikenali sebagai 'air tangan Chef Ismail '
Kunjungan Budak Pacak baru - baru ini ke sana sempena pelancaran promosi Menu Ramadhan Restoran Rebung , 'Masakan Nenda'. Buat korang yang merindui atau teringin merasai masakan gaya kampung untuk berbuka puasa, jangan lepaskan peluang ini untuk ke Restoran Rebung yang terletak di Bangsar kerana pelbagai aneka masakan melayu tersedia sepanjang Ramadhan yang mulia ini
Bila Budak Pacak mencuba masakan disini, walaweh boleh buatkan diri rasa terharu kot sebab rasanya betul - betul pure kampung, Tambah - tambah lagi bila makan daging salai dan ayam percik. Merecik weh ! Hahahahaha
Creamy Baked Potato |
Nasi Ulam |
Sambal Udang |
Sambal Sotong |
Somtam |
Bubur Lambuk |
Nasi Minyak |
Murtabak |
Tauhu Sumbat |
Selain dari itu, antara menu yang dicadangkan untuk korang cuba disini adalah aneka pilihan nasi seperti nasi tomato, nasi minyak , nasi kerabu dan nasi beriani , daging gulai kawah , ikan patin tempoyak dan rebung perut. Untuk pencuci mulut pula, jangan lupa untuk mencuba rojak buah , murtabak , roti jala , badak berendam dan pelbagai kuih tradisional yang confirm menarik selera korang
Kalau nak tahu, selain dari Restoran Rebung, korang juga boleh merasa sendiri air tangan Chef Ismail di Menara Kuala Lumpur selama 20 hari . Jadi kesemua menu ala kampung di Restoran Rebung boleh korang dapatkan juga di Menara Kuala Lumpur.Sambil - sambil tu boleh juga hayati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur
Untuk tahun ini, Restoran Rebung juga menyediakan tempahan biskut raya ,Hamper Raya , Rendang Tok , Dodol dan wajik Durian. Kesemua menu ini disediakan sendiri oleh Dato' Chef Ismail dan Chef Florence Tan. So bolehlah korang tempah sekarang sebagai persiapan di Aidilfitri nanti
Dengan harga RM 75 ++ bagi dewasa dan RM 48++ bagi kanak - kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun , korang boleh jadikan Restoran Rebung ini sebagai pilihan tempat korang, Jom ke sini !
Restoran Rebung
4-2 & 6 Lorong Maarof , Bangsar Park 59000 Kuala Lumpur
Email : restoranrebungchefismail@gmail.com
Contact : 603 - 2283 2119
p /s : Dengar cerita tahun ini adalah tahun last Restoran Rebung beroperasi disini dan akan berpindah ke lokasi baru
1 comment:
Pergh tertengok pulak makanan ni
Post a Comment