Total Pageviews

Fish & Co. Pavilion Perkenalkan Ramadhan Buffet Dinner


Fish & Co. Pavilion Perkenalkan Ramadhan Buffet Dinner |  Siapa suka makan Fish & Co.?  Kalau suka, apa kata ambil peluang di Bulan Ramadhan ini untuk berbuka di Fish & Co. Pavilion dan cuba set  Ramadhan Buffet Dinner diorang yang terbaru ! 



Baru - baru ini, Budak Pacak berkesempatan untuk hadir dan melihat sendiri Pelancaran Bufet Ramadhan dimana pada tahun ini , Fish & Co. telah bekerjasama dengan Pemenang MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob buat tahun yang kedua Wah tahniah buat kedua - kedua pihak, sebab Budak Pacak dah lihat  dan mencuba kesemua menu - menunya dan ianya sedap! 



Charmaine Tan, Director of Fish & Co. & Dato' Fazley Yaakob 


Dalam majlis yang sama juga ,  Dato’ Fazley telah menyanyikan 3 buah lagu raya yang bakal menemui peminat Aidilfitri nanti. Haa jadi nanti jangan lupa dapatkan album raya beliau




Berbalik kepada Buffet Ramadhan yang merangkumi Spaghetti Pomodoro, Seafood Pizza, Fried Calamari, Grilled Fish with Spicy Teriyaki Sauce, Grilled Peri-peri Chicken with Salmon, Captain Hook Fish Fillet, Golden Coral Fish Nuggets, Treasure Trove Chicken Nuggets dan banyak lagi serta digabung pula dengan pilihan pencuci mulut yang dibawakan khas oleh Dato’ Fazley Yaakob dari SukaSucre iaitu Moist Chocolate Cake, Vanilla Cake, Profiteroles, and French Mini Macaroons pasti akan membuatkan korang happy. 





Tetapi ingat, Buffet ini hanya didapati di Fish & Co. Pavilion . Di cawangan lain takde buffet ni, tapi ada  Set Ramadhan Istimewa untuk 2 orang berharga RM 75.95 Yang boleh didapati bermula 15 Jun sehingga 26 Julai 2015 di Fish & Co. cawangan Pavilion KL, The Mines Shopping Mall, IOI City Mall, Putrajaya, Main Place @ USJ 21, 1 Utama dan Paradigm Mall. 






Set ini termasuk Grilled Peri-peri Chicken with Arctic Fish, Grilled White Fish with Peri- peri Sauce, 2 Sup yang bertukar setiap hari dan 2 air untuk dipilih sama ada Passionfruit, Coke, Sprite atau Teh Ais Limau. Korang juga boleh menikmati pencuci mulut istimewa Hot Fudge Cake dari Fish & Co. dengan menambah RM7.95. 



Bufet Ramadhan di Fish & Co. hanya boleh didapati di cawangan Pavilion, KL bermula pada 22 Jun – 12 Julai 2015 dengan harga RM59.95 per pax untuk dewasa dan RM29.95 untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Selain itu, bagi korang yang membuat tempahan awal dengan bayaran penuh 3 hari awal sebelum datang berbuka puasa di Fish & Co. akan mendapat harga promosi sebanyak RM52.95 sahaja. 

Untuk tempahan, korang boleh menghantar emel ke marketing@fish-co.com.my atau hubungi 03-78878717 dan untuk maklumat lanjut, layari http://www.fish-co.com.my dan ikuti promosi terbaru Fish & Co. di

 Facebook

http://www.facebook.com/FishNCoMY

 Instagram dan Twitter 

 @FishNCoMY

No comments: