200 Pilihan Berbuka Di Bangi Golf Resort
200 Pilihan Berbuka Di Bangi Golf Resort | 200 pilihan berbuka ? Banyak kan ? Bangi Golf Resort Restaurant telah memperkenalkan menu - menu buffet sempena Ramadhan nanti kepada para media dan blogger baru - baru ini.
Buffet ini akan bermula pada 21 Jun hingga 15 Julai 2015 yang boleh Budak Pacak katakan antara buffet yang terbanyak dan murah dalam senarai 30 port makan Blog Budak Pacak. Haa mana tidaknya, dengan buffet sebanyak 200 pilihan ini, harga untuk dewasa hanya RM 55 dan RM 27 untuk kanak - kanak. Tak ke murah tu ?
Terdapat pelbagai sajian yang disediakan baik dari aneka makanan tempatan sehinggalah ke barat.Budak Pacak difahamkan terdapat beberapa tarikan menu yang wajib korang cuba dan lihat sendiri . Antaranya Kambing Bakar yang dipanggang secara perlahan di atas bara api, Sup Kambing Mamak , Sate Daging dan Ayam yang dihidangkan bersama kuah sate kacang yang sentiasa mendapat sambutan setiap tahun , kway teow goreng dan mee goreng mamak yang digoreng panas depan korang.
Di sini buffet dibahagikan mengikut menu. Untuk bahagian western appetizer pulak , Budak Pacak cadangkan korang untuk menikmati Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Nampak biasa , tapi bila dah makan pergh sampai hirup mangkuk . hahaahaha. Kalau nak tau hidangan ini sentiasa menjadi tumpuan dan chef disini bersedia untuk menyediakan tambahannya.
Sudut menu utama tempatan pula menyediakan menu tarikan seperti Butter Prawns , Teriyaki Chicken, Black Pepper Beef dan Fish Fillet dengan Sos Serai , Sambal Sotong Kembang , Ayam Masak Ros dan Rendang Daging Tiak Minyak .
Manakala untuk pencuci mulut, korang wajib cuba Aiskrim Pacojet dengan rasa unik Teh Tarik , Tembikai Susu dan Bunga Kantan yang amat digemari pelanggan BGR . Datang dan cuba rasai sendiri keunikannya !
Selain itu, jangan lupa untuk cuba Station' Spanish Curro dengan kuah coklat yang pekat dan padat. Kiteorang siap tapau kot bawa balik sebab ketagih haahaha. Dekat sini memang banyak gila pilihan yang korang boleh rasa dan jangan lupa untuk mencuba Infused Chocolate Ganache Tartlet sebab menurut chef disini, ini adalah ciptaan eksotik dorang untuk tahun ini. Budak Pacak pun terlupa nak tangkap gambar dia sebab banyak gila makanan dekat sini sampai rambang mata
Thank you for having us here ! |
Sambil - sambil makan dekat sini, korang bakal dihiburkan dengan alunan muzik melayu Traditional dari 6.30 petang hingga 9.30 malam. Dekat sini semua ada, bak kata orang lengkap lagi selesa. Dengan dewan makan yang besar , 800 tempat letak kereta percuma, surau lelaki dam perempuan disediakan khas untuk keselesaan pengunjung
Jadi cepat - cepat buat tempahan sebab setiap tahun , tempat ini sentiasa dipenuhi orang ramai. Untuk maklumat lanjut hubungi
Tel : 603 8925 3728 & 603 8210 0265
Web : www.bgrrest.com
Facebook : www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Email : bgb.bangigolf@gmail.cim
3 comments:
Tengok makanan memang terbaik!. :D
Ya ampun! Kerjanya makan saja... habislah! haha
banyak2 pilihan kang jadi taktahu nak pilih yang mana lak..
hehehe
Post a Comment