Sedap Sangat Ke Aiskrim JWEL ?
Sedap Sangat Ke Aiskrim JWEL ? | Haa! Sedap sangat ke aiskrim ni sampai orang asyik sebut pasal aiskrim ni lately ni ? Memang sedap pun ! Budak Pacak ada dapat a box of complimentary JWEL Ice-cream dan dah cuba kesemua 5 perasa aiskrim ni iaitu
The Decadent Duke of Vanilla iaitu perasa Vanila
The Curvaceous Countess of Tiramisu bagi perasa Tiramisu
The Delectable Duchess of Double Chocolate bagi perasa Coklat
The Extravagant Earl of Caramel bagi perasa karamel
The Brazen Baron of Dark Forest bagi perasa Dark Forest
Aiskrim ini sebenarnya adalah aiskrim terbaru keluaran F&N Creameries. Nama - nama yang diberi melambangkan bagaimana pembeli boleh bayangkan kesedapan dan tekstur aiskrim ini sebelum dibuka .
Serius rasanya memang heaven dan memang kena dengan tema dan teksturnya yang begitu elegan dan ceria ! Mesti korang terfikir, nampak mewah , kemasan pun semacam je dah tentu harga mahal kan ? Sebenarnya JWEL Ice Cream tak de la mahal pun.
Confirm punya korang dapat beli dan eat like a king and queen! Nak tahu harga ais krim premium ini? Sebatang aiskrim ini cuma berharga RM 3.70 dan kalau korang nak beli multipack pun boleh. Harganya cuma RM 14.60 yang mengandungi 4 pilihan perasa aiskrim
My Favourite ! |
Murah kan? Jadi lepasni bolehlah korang pergi dapatkan aiskrim yang gila ohsem ni dekat hypermarket dan supermarket yang terdekat seperti Tesco , Giant dan lain - lain.
Dorang dah, korang bila lagi ? |
Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim ni, korang boleh ke pautan berikut haa jangan lupa follow update dorang juga manalah tahu ada aiskrim free , contest atau apa - apa promosi ,boleh korang grab cepat - cepat kan? Jangan lupa dapatkan JWEL Ice Cream ini sekarang!
2 comments:
dah makan aiskrim ni. sedap jugak
nak try ah nanti,packaging dia tu lawoooooo
Post a Comment