Katakan #TakNakSeludup !
Katakan #TakNakSeludup ! | Pernah dengar kempen ataupun iklan mengenai #TakNakMerokok ? Kalau nak tau #TakNakSeludup adalah kesinambungan dari kempen yang lepas . Sempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015 yang bertemakan 'Hentikan Perdagangan Haram Produk - produk Tembakau ' , Media Prima Berhad telah melancarakan kempen ini bagi membawa mesej dan bekerjasama dalam menghentikan perdagangan produk - produk tembakau haram terutamanya rokok
Ucapan dari Puan Shareen Oi , Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Media Prima |
Dato Akbar Satar , Presiden Transparency International Malaysia |
Budak Pacak turut hadir dan menyaksikan pelancaran kempen ini sebagai menyokong kuat dalam kempen #TakNakSeludup. Yer la sebagai remaja aktif , ada banyak lagi benda yang berfaedah boleh buat selain dari beli dan lakukan perkara yang memudaratkan kesihatan. Memang lah murah kalau dibandingkan antara rokok seludup dan rokok yang sedia ada.
Tapi cuba fikir? Takkanlah nyawa korang pun murah macam tu sekali kan? Menempah maut namanya tu kawan .Alang - alang membanteras tembakau haram, elok juga kalau korang belajar untuk berhenti merokok. Amalan yang sihat bukan ke bagus untuk kesihatan?
Dalam kempen #TakNakSeludup tahun ini, pelbagai medium seperti pesanan khidmat masyarakat, rencana dan laporan khas di platform - platform media berintegrasi milik Media Prima akan dilaksanakan. Melalui medium ini, diharap dapat meningkatkan kesedaran dan berkongsi mesej untuk menghentikan pengambilan dan penjualan rokok - rokok haram
Bercakap mengenai Hari Tanpa Tembakau yang disambut setiap 31 Mei , ianya adalah usaha berterusan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia ( WHO ) untuk mendidik orang ramai mengenai risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau dan rokok haram.
Bahaya sebenarnya kalau korang tak sedar apa kesan dari penggunaan tembakau dan rokok haram ni. Tambah - tambah bagi kanak - kanak dan remaja yang masih bersekolah. Kalau mengikut statistik dan kajian yang dilakukan oleh International Tax and Investment Centre dan Oxford Economics pada 2013, Malaysia disenaraikan sebagai negara yang ketiga tertinggi dari 11 negara Asia lain dalam pengambilan rokok haram .
Jadi nampak tak kesannya dekat situ ? Jom sama - sama jadi remaja aktif dan menyokong penuh kempen ini. Budak Pacak menyokong penuh kempen #TakNakSeludup ini. Korang pula bagaimana ?
No comments:
Post a Comment