Total Pageviews

Citarasa Ibunda Di Capri By Fraser

Citarasa Ibunda Di Capri By Fraser | Buat korang yang duduk berjauhan dari keluarga mesti rindu masakan ibu masing - masing kan? Tambah - tambah lagi bila bulan puasa, mesti terkenangkan masakan di rumah. Untuk itu, hilangkan kerinduan korang dengan berbuka di Capri By Fraser yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur 




Sempena bulan puasa yang bakal tiba, Caprilicious @ Capri By Fraser telah memperkenalkan sajian Citarasa Ibunda yang menampilkan lebih dari 70 menu sajian seperti Nasi Beriyani , Laksa Pahang , Gulai Daging Kawah , Ayam Rendang Minang , Mee Rebus , Kambing Kuzi , Ipoh Hor Fun, Bubur Lambuk , Kambing Bhamia dan banyak lagilah.






Kalau Budak Pacak listkan kesemua menu tersebut rasanya tak tahan air liur ni meleleh teringatkan menu - menu yang ada di Caprilicious. Antara banyak - banyak menu yang tersedia, bagi Budak Pacak menu yang Budak Pacak rasakan korang wajib cuba adalah Daging Salai Masak Lemak dan juga sate. 






Daging dia dah la lembut kena pulak makan dengan nasi panas memang berselera la jawabnya. 

Untuk sate pulak, dia punya isi tu gilos besar dan tebal. Memang puas hati lah makan ! Kesemua menu Citarasa Ibunda ni boleh di dapati di Caprilicious bermula 22 Jun hingga 15 Julai ini. Untuk buffer ini berharga RM 90 seorang pada hari kebiasaan dan untuk promosi pre sale ini harganya adalah RM 72. 









Manakala untuk Early Bird pula bakal mendapat diskaun 25% dan setiap pembeli 10 pax bakal mendapat 1 pax secara percuma. Kanak - kanak yang berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma dan kanak - kanak yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun bakal mendapat 50 % diskaun. Kesemua harga ini tertakluk kepada 6% GST 




Alang - alang dah makan disini, apa kata terus stay ? Budak Pacak bersama rakan - rakan blogger lain sempat meninjau sesetengah bilik dan kemudahan yang ada di Capri By Fraser ternyata terasa seperti di rumah sendiri. Sangat awesome tambah - tambah lagi berlatar belakangkan pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur 








Jadi tunggu apa lagi ? plan dan booking sekarang sebab segala masakan yang ada  akan membuatkan korang terasa seperti makan masakan ibu korang. Walaupun tak sama tapi cukup lah sebagai pengubat rindu hehehehe ..

Untuk tempahan dan  maklumat lanjut boleh hubungi 03 - 2386 0888

Terima kasih Capri By Fraser dan Destination Malaysia atas jemputan ini! 

4 comments:

Rawlins GLAM said...

Menarik ye juadah dia

sudu seramik said...

ya Tuhan makanan dia . MasyaAllah

Anonymous said...

how to get there by ktm, lrt, or other public transport?
nearest station maybe?

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)