Total Pageviews

White Water Rafting Di Kuala Kubu Bharu | TS Day Out 2015

White Water Rafting Di Kuala Kubu Bharu | TS Day Out 2015  | White water rafting adalah salah satu sukan extreme yang semakin mendapat tempat sebagai aktiviti lasak kegemaran ramai. Sempena dengan TS Day Out 2015, pihak Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk bawakan sukan ini sebagai salah satu aktiviti yang wajib korang cuba jika berada di Selangor 




Mesti korang terfikir, kenapa Selangor dan tidak negeri lain . Haa kalau nak tahu, Selangor mempunyai tarikan dan keunikannya tersendiri. Bukan sahaja merupakan salah satu negeri yang paling pesat membangun malah Selangor kini terkenal dengan pelbagai tarikannya yang menarik minat  ramai pelancong. 


Bagi TS Day Out 2015, edisi White Water Rafting , Kuala Kubu Bharu yang terletak di Hulu Selangor telah dikenal pasti sebagai lokasi TS Day Out kali ini. Kalau nak tahu , tahun ini merupakan Visit Selangor Year 2015 dan tema sejarah , eco - nature dan sukan telah dipilih. Jadi dengan adanya White Water Rafting di Hulu Selangot ini memang lengkaplah tema sukan di dalam Visit Selangor Year 2015 yang wajib korang cuba 


Apa itu TS Day Out 


TSDayOut adalah singkatan bagi Tourism Selangor Day Out yang merupakan  satu kempen dan outing  yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di dalam negeri Selangor. 





Selain pengamal media seperti blogger dan rakan media yang lain, selebriti tanah air turut dijemput bagi memeriahkan setiap kali TS Day Out diadakan. Untuk edisi kali ini selebriti yang semakin meningkat naik Nazrief Nazri dan Redha Rozlan telah menyerikan lagi TS Day Out  edisi White Water Rafting . 

Apa yang Budak Pacak perhatikan setelah masuk ke semua aktiviti Tourism setiap negeri, Tourism Selangor antara yang teraktif menganjurkan pelbagai acara. Tahniah Tourism Selangor 


Macam mana nak sertai TS Day Out?  1
'00 1,000,0
Soalan ini sering diajukan rakan - rakan terutamanya rakan blogger. Macam mana nak sertai TS Day Out ? Jawapannya senang saja. Okay mohon buka facebook sekarang dan like page Tourism Selangor. Setiap kali ada aktiviti anjuran Tourism Selangor, dorang akan hebahkan di page tersebut jadi tugas korang pastikan selalu alert dengan setiap hebahan, isi borang dan tunggu keputusan sama ada korang dipilih atau tidak. Mudah kan 



Perjalanan ke Kuala Kubu Bharu  dari Shah Alam mengambil masa hampir sejam.Korang boleh gunakan kenderaan sendiri atau gunakan kenderaan awam seperti bas dan KTM untuk ke sini.  Sampai sahaja dekat sana, teruja sekejap bila tengok beberapa pelampung tersedia seolah - olah menunggu kiteorang. 

Before start, adalah satu kewajipan untuk korang isi form ni 


Sebelum memulakan aktiviti ini, adalah menjadi satu kewajipan korang untuk pastikan segala persiapan dilakukan dengan rapi. Ini kerana aktiviti ini begitu mencabar dan jika korang tidak membuat persiapan yang betul , takut nanti mengundang perkara tidak diingini 

briefing by Mr Pie 

warm up session 


Checklist 

  • Jaket Keselamatan 
  • Kasut getah 
  • Sunblock 
  • Goggle / cermin mata kalis air 
  • Action Cam - jika perlu
  • Waterproof casing - jika perlu
  • beg kalis air   - jika perlu 
  • first aid kit 
  • pakaian basah dan kering 
  • basic toiletries 

sebelum turun ke air make sure pelampung dan tube berada dalam keadaan baik


Persiapan sebelum memulakan aktiviti white water rafting 

  • Laporkan kepada ahli keluarga / pihak yang berkenaan mengenai aktiviti korang 
  • Isi borang insurans / yang berkaitan 
  • Dapatkan nasihat orang yang pakar 
  • Periksa tiub / pelampung 
  • Warm up sebelum melakukan aktiviti


  • Melakukan aktiviti water confident 
  • Elakkan daripada membawa alatan tajam atau barangan yang tidak perlu
  • Jika memakai action cam, pastikan ianya diselenggara rapi 
Trivia 



  • 1st thing to check is tengok siapa yang join korang. Untung this time , I met again a few friends of mine and meet new friend and here Crazy team ditubuhkan Mani , Bella , Adam, Arfan , Devi and 3 Khai which is myself , Kairul Izwan . and Khairul Anuar. Happening gilos !!
  • Instructor atau coach kami adalah Mr Pai yang dah berpengalaman dalam mengendalikan sukan extreme ini 


  • Untuk 1st round , sedikit hampa sebab air sungai masih cetek jadi 1st round ni mostly kena berjalan bagai untuk sampai ke Main checkpoint dimana korang boleh main terjun - terjun dekat sini! check my video !


  • Dekat main checkpoint ni memang best sebab sini adalah kemuncak bila korang akan gunakan tiub untuk turun ke bawah. Nampak seronok namun awas, jika korang tidak pandang serius boleh mengundang kemalangan 
  • Untuk 2nd round memang havoc dan happening gilos 
  • Merasa jugak untuk lakukan apa yang selalu tengok dalam tv bagai which is turun dan melawan arus deras melalui tubing . Achievement unlock !





  • Sebabkan ianya sangat best , Kiteorang gigih angkat balik tube ke atas dan terjun melawan arus deras sebanyak dua kali 
kredit santaiTV

kredit aeril media 

  • Masa 1st round Bella terjatuh dari tube dan masa 2nd round Mani kena hempap dengan 3 Khai. Sorry girls!

The 3 Khai's 

  • Menurut Mr Pai dah berpuluh go pro dan action cam yang lain terjatuh dalam dasar sungai, Jadi please be careful dan letakkan action cam korang betul - betul 
  • Since asyik stuck je, kiteorang decide untuk jump out from the Tube dan berenang, terapung make a friendship star sampai ke last checkpoint. This is the best feelings I ever had. Nice environment, fresh air and of course happening friends

Disebabkan ada isu dengan Youtube , sound kena filter. But you guys still can view the full version HERE 


Fakta Mengenai Hulu Selangor 

  • Mempunyai 1,704.97 kawasan persegi 
  • Meliputi Kuala Kubu Bharu , Batang Kali dan Ulu Bernam 
  • Hulu Selangor mendapat nama dari Sungai Selangor yang bermula disini 
  • Populasi sebanyak 178,500
  • Juga dikenali sebagai The Sleeping Hollow 
  • Kawasan Kuala Kubu Bharu juga terkenal dengan habitat pelbagai spesis burung hingga pertandingan Bird Hunt Race diadakan setiap tahun sebagai acara rasmi di Negeri Selangor 
  • Kawasan Hulu Selangor juga terkenal dengan pembangunan Homestay yang meluas dan begitu cantik 
Fakta mengenai White Water Rafting di Hulu Selangor 




  • Dikendalikan oleh Pierose swift water Sdn Bhd, pasangan suami isteri Mr Pie dan Mrs Rose 
  • Air disini sejuk dan jernih 
  • Bayaran sebanyak RM 180 dikenakan untuk korang yang ingin lakukan aktiviti ini 
  • minimum 5 pax dan maksimum 60 pax 
  • Mengambil masa 3 - 4 jam untuk habiskan aktiviti ini bergantung pada tahap air dan jumlah peserta
  • Terdapat grade 2 hingga 4 
  • Grade 2 - Laluan yang lancar , batu dan ombak bersaiz sederhana 
  • Grade 3 - Laluan berskala sederhana , ombak yang menentu kadang kala susah untuk mengelak, Kewujudan ombak besar namun mudah untuk dielak. Kemalangan di dalam air jarang direkod dan mudah untuk membuat self - rescue 
  • Grade 4 ; Powerful rapid , memerlukan boat handling yang kemas , kewujudan water turbulence. Risiko kemalangan berskala sederhana ke tinggi jika tanpa dibantu orang yang berpengalaman 
  • Umur Minimum - 10 Tahun dengan berat minimum 20KG 
  • Umur Maksimum - 60 Tahun 

selesai saja aktiviti di sana kiteorang bergegas ke destinasi lain untuk sesi jamuan makan dan juga PC mengenai Bird Hunt Race yang akan diadakan tak lama lagi. Pada masa yang sama, pemenang bagi Instagram contest turut diumumkan dan Alhamdulillah, Budak Pacak merupakan salah seorang pemenang tersebut 

kredit pena berkala


Jadi inilah antara corat - coret sepanjang TS Day Out 2015 edisi White Water Rafting.Memang satu pengalaman baru bagi Budak Pacak memandangkan ini adalah kali pertama Budak Pacak melakukan aktiviti lasak ini. Dan secara personally. Budak Pacak ingin umumkan ini adalah hobi baru dan TS Day Out kali ini adalah antara yang terbaik pernah Budak Pacak sertaiTerima kasih Tourism Selangor !

TS DAY OUT 2015 AWESOME !
pic by Renuga 


Untuk korang yang nak sertai aktiviti ini

hubungi 

EMAIL
pierose13@yahoo.com

NUMBER
+6013 361 3991 (Mr Pie)
+6019 645 8615 (Ms Rose)

FACEBOOK



 atau ingin mengetahui dengan lebih lagi mengenai produk pelancongan negeri Selangor boleh layari 



atau 

memandangkan tahun ini adalah Tahun Melawat Selangor korang boleh check atau gunakan 

#VSY2015 #TMS2015 #discoverSelangor #TerokaiSelangor 


No comments: