Cara Atasi Kelemumur dan Keguguran Rambut Dengan Elite Combat Dandruff
Cara Atasi Kelemumur dan Keguguran Rambut Dengan Elite Combat Dandruff | Rambut dan lelaki memang tidak boleh dipisahkan. Sebab
kebanyakan lelaki akan cakap rambut merupakan aset penting selain bentuk badan
yang menarik . Bercakap mengenai rambut, apa produk rambut yang korang gunakan? adakah korang main pilih je mengikut jenama kesukaan atau main pilih je?
Tak
salah sebenarnya untuk korang pilih jenama kesukaan korang, tapi ingat jangan
main pilih je sebab ada rambut yang sensitif dengan sesetengah produk malah ada
juga sesetengah produk yang dirumus khas untuk masalah rambut tertentu.
Bagi entry kali ini, sekali lagi Budak Pacak diberi
kepercayaan oleh Elite by Dashing untuk bawakan kepada korang produk rambut
lelaki yang sesuai. Dan kali ini khas untuk korang yang ada masalah rambut
seperti masalah kelemumur dan keguguran rambut
Pernah tak korang perasan kadang – kadang rambut korang ada
kepingan putih dan kadang – kadang dekat baju pun ada. Kalau ya, itu bermakna
korang mempunyai masalah kelemumur. Oh ya sebelum itu, Budak Pacak nak bagi
sedikit info untuk korang, ada beza ya jika
korang perasan rambut korang ada Habuk Putih dan juga Kepingan Putih
kalau
kepingan putih tu macam Budak Pacak cakap tadi ianya adalah kelemumur tapi jika
korang perasan ada Habuk Putih bermakna korang telah mencampurkan produk rambut
yang berlainan atau rambut korang tidak dicuci bersih. Tetapi jangan risau Habuk Putih ni boleh
dihilangkan dengan air tapi masalah
utama adalah kepingan putih ini.
Untuk itu, Elite by Dashing telah mengeluarkan beberapa
produk rambut lelaki yang sesuai untuk korang yang menghidapi masalah ini.
Elite Combat Dandruff & Flakes
Formulasi anti – kelemumur ini berupaya untuk mencegah dan
mengawal kelemumur. Diperkaya dengan nutrient phyto, SEPICAP untuk perlindungan
UV dan pencemaran. Malah ianya mampu mengurangkan sebum kulit kepala serta
memastikan rambut lebih kuat dan kulit kepala lebih sihat.
Disediakan dalam pek
100g (Tiub)
- RM 5. 50
50g – RM 8. 20
250g – RM 9.30
Elite Combat Dandruff & Flakes Water Gel
Produk ini sama sahaja dengan Elite Combat Dandruff &
Flakes dan membezakannya adalah
kandungan produk ini berasaskan water gel . Ada sesetengah orang sukakan gel
biasa dan ada juga yang sukakan water gel .Pilih je yang mana menjadi kesukaan
korang, sebab dengan produk terbaru Elite ini ianya bukan sahaja memastikan
rambut korang bebas daripada kelemumur malah memberi gaya rambut kekal terpacak
like how this blog got name, LOL
Disediakan dalam pek 200ml – RM 12.30
Untuk itu, pilihlah produk rambut yang sesuai dengan rambut
korang , kalau ada masalah rambut tu jangan main hentam je ambil. Nanti masalah
rambut makin teruk dah tak ada keyakinan untuk kelihatan bergaya.
Tutorial pantas bagi penggayaan rambut lelaki
Buat korang
yang tak ada masalah rambut tu bolehlah pilih wax atau gel rambut Elite yang
lain di dalam entri ini , kalau ditanya Budak Pacak, produk Elite yang berwarna
Pink, Biru dan Kelabu menjadi pilihan untuk kelihatan bergaya. Selamat bergaya
jejaka semua!
1 comment:
Pasni nak tukar gel rambut yang ni plak ar.
Post a Comment