Total Pageviews

Media FAM Trip Penang Canon Get Closer

Media FAM Trip Penang Canon Get Closer |  Okay ini adalah lanjutan entry yang lepas mengenai Kempen Canon Get Closer Korang yang duduk di Penang dah join ke belum? kalau belum baik cepat ada hadiah kamera berjumlah RM 20.000 untuk dimenangi .


Plaza Premium Lounge 

Untuk kempen ini, Budak Pacak telah dijemput oleh Canon untuk ke Pulau Pinang bagi menyaksikan sendiri pelancaran kempen ini. Kiteorang ke sana dengan menaiki pesawat AirAsia. Sebelum itu, gather dulu dekat Plaza Premium Lounge yang terletak di KLIA2 . Kalau datang ke airport mesti kena datang 3 jam awal sebelum penerbangan kan lepas tu kadang - kadang korang tak tau nak lepak mana . selalunya restoran fast food dengan coffee shop la jadi sasaran. 

Lepas ni korang tak payah lepak situ dah, datang je ke Plaza Premium Lounge ini sebab segala - galanya ada disini. Nak minum, makan , tidur even untuk mandi sahaja pun boleh. Segala kemudahan ada dekat sini. Apapun Budak Pacak akan review dengan lebih lanjut mengenai Plaza Premium Lounge ini kemudian. 

Asia Camera Museum

Perjalanan ke Pulau Pinang dari KLIA2 ni mengambil masa hanya 45 minit. Sampai saja di Pulau Pinang, kiteorang dibawa ke Asia Camera Museum yang terletak di Burma Road



Kalau nak tahu pelbagai fakta menarik terdapat di dalam muzium ini termasuklah ianya merupakan Muzium Kamera terbesar di Asia Tenggara , Pemegang Rekod Dunia bagi Kedai yang menyimpan simpanan gambar terbanyak dan banyak lagi



Yang best nya mengenai muzium ini adalah korang dapat lihat,pegang dan mencuba lebih dari 1000 khazanah kamera daripada dulu sampai sekarang. Percaya atau tak , kamera yang telah berabad usianya, masih lagi berfungi seperti biasa 

Menggunakan printer dari Canon, Budak Pacak berjaya cetak kembali gambar 18 tahun lepas tanpa sebarang kecacatan. Love it 


Untuk masuk muzium ini, bayaran sebanyak RM 20 dikenakan untuk dewasa, dan warga emas, pelajar dan kanak - kanak sebanyak RM 10. Dibuka setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 7 petang. Jangan lupa datang ke sini dan mencuba sendiri khazanah 1001 himpunan kamera 

Peranakan Mansion

One thing I Love about Penang because of their buildings . Budak Pacak sebenarnya suka tengok mansion lama yang terdapat di Pulau Pinang ni. Salah satunya adalah Peranakan Mansion yang terletak di Church Street








Didalamnya terdapat pelbagai peninggalan sejarah Peranakan di Pulau Pinang. Kalau sebelum ini, Budak Pacak hanya melawat je didalamnya kali ini , punyalah beruntung sebab dapat lunch didalamnya dan merasa sendiri masakan Baba dan Nyonya


Four Points Penang


Selesai saja lunch , kami terus check in di Four Points Penang. Yer la badan dah penat dan selepas ni kena bersiap - siap untuk majlis pelancaran pulak. Bilik disini memang selesa gilos dan betul - betul berada di sebelah pantai. 





Thank you Canon !


The best moment adalah dapat kejutan daripada pihak Canon bila kami diberi surprise yang sememangnya ohsem Terima Kasih Canon! 


Sekeping Victoria 

Pada sebelah malamnya pula, kami ke Sekeping Victoria untuk menyaksikan sendiri majlis Pelancaran Kempen Canon Get Closer. First time masuk sekeping Victoria ni terpaku sekejap tengok kreativiti di sebalik idea pembikinan tempat ini. Kalau korang yang pernah ke Sekeping Serendah , Sekeping Tenggiri you will know what I'm talking about. hehehe serius cantik mohon google please!








Sempat juga Budak Pacak terjah masuk tengok bilik - bilik dia, memang kreatif. 


Jadi tamatlah sudah Media FAM Trip Penang Canon Get Closer ini, walaupun hanya 2 Hari 1 Malam tetap gempak. Tahniah buat Canon diharap lepas ni buatlah masa lebih sikit boleh jalan - jalan sampai puas kehkehkeh...

p/ s : Coming up next adalah AirAsia Media FAM Trip To Kunming China 


1 comment:

Hafiz Hafizol said...

lawanya bilik.. simple but nice.. like