Total Pageviews

Apa Yang Menarik di Krabi ?

Apa Yang Menarik di Krabi  | Haa apa yang menarik di sanasampai semua orang kalau tanya tempat  best di Thailand ? jawapannya adalah  krabi..krabi dan krabi ! Jangan keliru yer,  sebenarnya Krabi ini bukanlah nama pulau tetapi adalah nama tanah besar yang terletak di persisiran pantai. 





Dan yang menjadikannya popular adalah pulau - pulau di sekelilingnya. Kalau pergi ke Krabi sendiri sebenarnya tak ada apa sangat pun, yang best adalah kepulauannya. 


Our Cruise 


Kalau pada entry di Phuket sebelum ni, ada Budak Pacak nyatakan yang kami mempunyai masa yang terhad kalau datang ke sana, begitu juga dengan Krabi.Walaupun masa singkat, tetapi kami berjaya juga jadikannya sebagai trip yang menarik 

Instead of planning to go to the islands, we changed it to food trail .Orang cakap kalau datang Krabi wajib ke pulau - pulau yang berada di sekitarnya. tetapi apakan daya, malas nak bersaing dengan masa, kita jadikan jalan - jalan cari makan. 



Pulau - pulau seperti Phi - Phi Island , Chicken Island , Tup Island , Mor Island dan banyak lagilah merupakan antara yang popular di Krabi . 

Tapi kalau korang nak juga feeling main pantai bagai, jangan risau pergi je ke Ao Nang Beach. Dekat situ kalau nak makan - makan sambil istirehat memang highly recommend!

Jus Buah - Buahan Asli Krabi 

Dekat Krabi ni, sempat juga kami pekena Jus buah - buahan segar dan asli sampai dua kali di tempat yang berbeza. Pertama di Jetty Krabi dan yang kedua di Ao Nang Beach. 




Walaupun berbeza tempat tetapi kedua - duanya mempunyai rasa pati buah - buahan yang asli dan segar. Dah la sedap , murah pulak tu. Memang ngam kalau pekena waktu panas! 

Pure Som Tam



Haa tau tak som tam? okay kalau tak tau juga how about kerabu mangga mesti tau kan hirisan buah mangga muda, cili dan juga betik dicampur bersama sos ikan. udang kering dan kacang yang ditumbuk kasar menambat rasa buat sesiapa yang gemarkan makanan asli thai. bezanya dekat sini memang pure habis!  


Tomyam Thai 



Tomyam mungkin dah rasa biasa bagi korang, but why not try rasa tomyam disini dan bandingkan rasanya? maybe the original tomyam win kan ?

Jagung Bakar Ao Nang Beach

Rata - rata makanan di Krabi ataupun Thailand tak jauh bezanya dengan kita di Malaysia. Yang menjadi beza mungkin dari segi pembuatannya. Dekat sini Budak Pacak nak recommend dekat korang untuk mencuba Jagung Bakar Ao Nang Beach






Menikmati jagung bakar sambil melihat pemandangan pantai best gilos. Tapi Budak Pacak difahamkan penjual jagung bakar disini menjual secara curi - curi kerana tidak dapat kelulusan penguatkuasa. Ada satu ketika sampai lari bertempiaran tinggalkan barang perniagaan kerana nampak penguatkuasa 

Pancake 

Haa cakap pasal krabi, selain terkenal dengan pulaunya. disini juga dikatakan terkenal dengan pancake nya. Jadi Budak Pacak dan Team Projek Travel pun pergilah mencari Pancake yang dikatakan popular di sekitar Ao Nang Beach. 









Hasilnya kami telah mencuba aneka perisa Pancake termasuklah  Nutella Pancake yang dikatakan antara yang paling sedap dan mesti cuba!  



Haa jadi itulah antara cerita apa yang menarik di Krabi, edisi Jom Makan. Insyallah next time kalau ada rezeki , kita cuba buat island hoping pulak. Baru complete percutian di Krabi !  

Baca juga kemeriahan Percutian Bersama PakNil DISINI
dan Apa Yang Menarik di Phuket DISINI

4 comments:

Pojiegraphy said...

You're officially making me wanna go Krabi again. Best! Especially view dia yang memang cantik dan tip top!

Mawardi yunus said...

pancake with aneee x sedap ke?? lulz

adarain said...

Aku baru balik dari krabi rugi plak tak merasa pancake kat sana. hehe. Aonang punya tempat memang best cuma makanan mahal.

Unknown said...

I want to goooooo krabi..yeayyy