Total Pageviews

Madfoon Palace | Restoran Makanan Arab Pertama Di Putrajaya


Madfoon Palace Restoran Makanan Arab Pertama Di Putrajaya  |    Untuk slot Jom Makan yang pertama bagi tahun 2015 ini telah diadakan di Madfoon Palace, sebuah restoran makanan Arab yang pertama di Putrajaya


Alhamdulillah, syukur atas rezekiNya sebab sebelum ini memang Budak Pacak dah lama mengidam nak makan nasi arab, akhirnya tercapai juga. Terima kasih dekat akak sado, Nisa Kay sudi jemput Budak Pacak untuk bersama - sama adakan food review di sini. 


Kalau nak tau cawangan kedua Madfoon Palace ini terletak di bawah Menara Putrajaya Holdings. Kedudukan dia agak tersorok sedikit di bawah tu, tapi ada signboard yang menunjukkan kedudukan restoran di mana. Kalau agak - agak sesat tu mohon tanya orang okay?



Tersedia dengan kapasiti hingga 250 orang pelanggan dalam restoran yang berhawa dingin dalam satu masa, restoran ini merupakan cawangan yang terbesar selepas cawangan pertamanya yang terletak di Taman Melawati


Pertama kali jejakkan kaki di sini, terpegun sebentar dengan gaya kreativi hiasan dalaman restoran yang berteraskan pengaruh Morocco.










 Budak Pacak difahamkan oleh Saudara Abdullah bin Mohammed Salem Bawazir yang merupakan founders Madfoon Palace, idea restoran ini diambil sepenuhnya daripada Morocco dan kelengkapan yang ada turut diimport bagi memberi kepuasan dan pengalaman seperti berada di negara timur tengah. 


Malah Madfoon Palace ini menghadap pemandangan Tasik Putrajaya. Jadi kalau korang datang pada waktu siang, korang dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik sambil menjamu selera disini.


Pada malam tersebut, kami telah mencuba kesemua signature dish yang sememangnya sedap gilos sampai teringat akan rasanya sampai sekarang. 


Percaya tak ada makanan yang ditanam di dalam abu ini 


Menariknya mengenai signature dish di sini, Madfoon yang bermaksud makanan yang ditanam berasal dari Dalaeh, Yemen


Teknik Madfoon ini menggunakan herba dan rempah terpilih dari timur tengah dan disediakan bersama daging dan beras basmati . Masakan istimewa yang mengambil masa hingga 4 jam masa lamanya ini telah disediakan oleh dua orang chef yang berpengalaman lebih dari 15 tahun .


 Untuk pengetahuan korang, Madfoon Palace juga telah menjadi pilihan katering oleh Kedutaan Arab Saudi, Qatar dan Oman . Daripada pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut semuanya memang terbaik. Kalau tak takkan jadi pilihan katering oleh Kedutaan - kedutaan besar kan? Sekarang tibalah masa untuk perkenalkan korang dengan signature dish yang sedap gilos!!


Araisy 

Turkish Coffee

Fattosh 


Hummos
Aqdah Chicken
Madfoon Lamb

Mix Grilled Platter 

Chicken Zurbian 

Basbosah
Kalau korang nak tau, harga makanan disini bermula dari RM6 sehingga RM 38. Memang berpatutan dengan segala apa yang disediakan disini. Malah Madfoon Palace juga telah menjadi pilihan Jalan - Jalan Cari Makan 




Bagi Budak Pacak kesemua menu disini menjadi kegemaran .Tapi rasa yang paling tidak boleh dilupakan adalah Madfoon Lamb dan Aqdah Chicken, dia punya rasa tu sampai sekarang terliur kalau bayangkan.


Orang Putrajaya dan berdekatan jangan lupa singgah sini untuk mencuba sendiri resipi rasa asli morocco. Kalau korang nak buat tempahan katering dan sebagainya boleh rujuk pada butiran di bawah.


Thank you Madfoon Palace for your awesome dishes and having us here!!



Rating Blog Budak Pacak Untuk Makanan Disini - 4 Bintang 

3 comments:

Pojiegraphy said...

Classy restoran ni. Jauh sikit juga la nak ke Putrajaya tu kan. Hahah!

Unknown said...

Ya Allah. Cantiknya design tempat ni!!!

wardahannesa said...

Bila tengok design dia, teringin pulak nak pergi. Baru tengok sini dah teruja. . Hoho. Wardah peminat nasi arab jugak. Terliur tengok makanan2 tuuu