Ayam Goreng Korea KyoChon Kini Di Pavilion Kuala Lumpur
Ayam Goreng Korea KyoChon Kini Di Pavilion Kuala Lumpur | Siapa pernah tengok drama popular Korea, ' My Love From the Star' ? Kalau korang nak tahu, disebabkan drama inilah telah terciptanya satu trend baru untuk ayam goreng Korea
Ayam Goreng dari KyoChon dari Seoul ini telah membuka cawangan mereka yang ketiga di Pavilion Kuala Lumpur selepas cawangan mereka dia 1 Utama Shopping Centre dan Menara Hap Seng. Budak Pacak dan Akak Sado sempat terjah ke sana untuk melihat dan merasai Ayam Goreng Paling Sedap ni
Menariknya mengenai cawangan baru di Pavilion ini adalah cawangan KyoChon yang terbesar di seluruh dunia.
Mesti korang tertanya apa maksud Ayam KyoChon ini? Kalau nak tahu, Ayam Goreng KyoChon ini telah diasaskan oleh Mr Kwon Won- Kang yang telah memulakan bisnes ayam goreng ini 24 tahun yang lalu di sebuah pekan kecil yang bernama Gumi, Korea Selatan.
Nama KyoChon ini adalah gabungan perkataan Korea 'Kyo'- tulen dan 'Chon'- kampung dan ianya mewakili filosofi KyoChon yang tegas- yang menggunakanan cara yang paling semula jadi dan bersih dalam memproses dan membuat Ayam Goreng KyoChon
Apa beza Ayam Goreng KyoChon dan ayam goreng yang lain? Jawapannya adalah Ayam Goreng KyoChon menggunakan sos rahsia dan teknik double fry yang istimewa.
Malah dengan menggunakan ayam yang segar dan sihat serta bahan semula jadi yang bebas dari sebarang pengawet, MSG dan hormon pertumbuhan telah menobatkannya sebagai ayam goreng terbaik di Korea.
Perlu diingatkan ini restoran yang sentiasa memenangi jenama terbaik sejak 2003 ini bukanlah restoran makanan segera .
Muka puas dapat Ayam Goreng KyoChon
Ayam Goreng KyoChon ini serius paling heaven pernah makan. Tidak hairanlah ramai artis yang ingin menjadi duta jenama ayam goren ini. Kalau nak tahu, Superstar Super Junior dan Lee Min Ho adalah duta - duta KyoChon.
Bagi menghargai peminat di Malaysia , KyoChon akan menjemput duta - duta mereka ini ke Malaysia untuk sesi bertemu dengan peminat. Nak tahu bila? nantikan ye
Oh ya , bagi Budak Pacak sendiri, menu favourite adalah KyoChon Red Siri. Walaupun ayam yang diperap sos istemewa lada hijau Korea ini pedas tahap dewa, tapi rasa manis - manis pedas dia memang menambat hati. Makan seketul pun serius tak cukup
Antara pilihan popular lain yang korang boleh cuba adalah
KyoChon Original Siri
Ayam Goreng Original yang rangup dan sedap. Cukup sempurna untuk korang yang sukakan rasa asli ayam ini
KyoChon Honey Siri
Ayam yang telah dicelup dalam sos madu manis ini mengekalkan kerangupan tanpa rasa berminyak
KyoChon Sal Sal Siri
Filet ayam tanpa tulang, dengan kerangupan di luar kulit dimakan bersama 3 sos pilihan , Extra Spicy , Mustard Honey dan BBQ .
Selain Ayam Goreng terdapat juga menu sampingan lain yang korang boleh cuba disini. Yang pasti Ayam Goreng dia memang terangkat habis. Jangan lupa untuk datang mencuba best ayam goreng ini
Congratulations KyoChon Pavilion For your new grand opening |
Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.kyochon.com.my/
Rating Blog Budak Pacak untuk makanan disini - 4 Bintang
2 comments:
Amboi. Sakan makan ayam yerrrrrrrrrrr. Should try this later but jaaaaauh hai dekat Pavi. Tak sanggup nak ke sana. Hahaha!
ok nice sharing, ni kalau anak kak ana tahu ni nak aje dia ajak ke sana, nampak sedap dan tak salah kalau ada rezeki nak cuba jugalah.. :)
Post a Comment