Total Pageviews

Percutian Bersama Pak Nil Meriah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Alhamdulillah sebelum tirai 2014 ditutup, Budak Pacak dan beberapa orang rakan blogger dan media berkesempatan untuk sertai Percutian Pak Nil Bersama Peminat di atas Pelayaran Libra StarCruise tajaan Malaysian Harmony Travel and Tour



Bagi Budak Pacak sendiri, ini adalah kali kedua naik Kapal Libra StarCruise. Kali pertama adalah Februari yang lalu dimana pada waktu tersebut turut dikejutkan dengan kejutan hadiah hari jadi. 

Untuk edisi kali ini adalah Percutian Pak Nil Bersama Peminat selama 4 Hari 3 Malam dimana pelayaran ini bermula di Pulau Penang dan menuju ke Phuket dan Krabi. Ternyata percutian kali ini sangat meriah dan gamat dengan telatah masing - masing. 





Mana tidaknya, inilah peluang untuk mereka beramah mesra  dan berada lebih dekat dengan Pak Nil. Pelbagai aktiviti santai telah disediakan Pak Nil buat peminat - peminat beliau seperti sambutan hari jadi bersama peminat, sukaneka dan banyak lagi. Memang padat aktiviti selama di atas pelayaran Libra StarCruise 







Tambah pula sepanjang pelayaran tersebut, Pak Nil sentiasa dengan kejutan beliau. Pak Nil sempat membuat kek khas buat semua peminat beliau .Ternyata kesemua peminat Pak Nil sangat gembira dengan pelayaran ini. Tidak hairanlah percutian bersama Pak Nil telah masuk ke edisi yang ketiga dan pelayaran bersama artis yang paling dapat sambutan. Tahniah diucapkan buat Pak Nil. Diharap Pak Nil terus sukses dan kekal menggembirakan peminat - peminat beliau di seluruh tanah air. 

Fakta Mengenai Libra StarCruise




  • Memulakan pelayaran dari Penang Port Swettenham Pier Cruise Terminal ]
  • Seperti kapal terbang, Star Cruise juga dilengkapi safety drill untuk pengetahuan dan persediaan kepada para penumpang sebagai langkah bersedia jika berlakunya kecemasan 
  • Di atas kapal, IC akan diambil dan diganti dengan akses kad.Tanpa kad tersebut akan menyukarkan korang untuk menggunakan mana - mana kemudahan di atas kapal
  • Boleh memuatkan lebih dari 1500 orang dalam satu pelayaran 
  • Terdapat restoran halal yang disahkan oleh Jakim 
  • Lebih dari 10 acara wajib yang disediakan oleh Libra StarCruise seperti welcome drink, acrobatic show, magic show dan banyak lagi 
  • Kemudahan yang serba lengkap disediakan - Jakuzi, medical center, sports deck, kolam renang dan banyak lagi
  • Di atas Libra StarCruise ini juga pernah adanya Kembara Ustaz Kazim bersama 768 orang peserta yang dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat 
Jadi itu antara fakta mengenai Libra StarCruise dan corat - coret Percutian Pak Nil bersama peminatnya. 




Akan ada lagi beberapa entry yang menyusul mengenai pelayaran ini. Apapun Budak Pacak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Malaysian Harmony Travel and Tour (MHTT) kerana telah menaja trip selama 4 hari 3 Malam ini. 

Baca juga di www.projektravel.com 

p / s  Blog dalam proses transformasi 

1 comment:

Hafiz Hafizol said...

wah cantiknya blog. siapa yang transformasikan nie???