Total Pageviews

Malaysia Wedding Festival (MEFA) Kembali Lagi !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Malaysia Wedding Festival (MEFA) Kembali Lagi ! Ya betul kawan - kawan MEFA kembali lagi dengan edisinya yang ketujuh. Dengar cerita penganjuran kali ini lebih gempak dan meriah dengan penglibatan lebih dari 70 Vendor Perkahwinan.



Ditambah pula korang berpeluang untuk memenangi hadiah yang bernilai lebih dari RM 50,000. Hebat enn? Budak Pacak pun tak ingat kali ke berapa dah review MEFA ni. harap penganjurannya yang akan datang MEFA sponsor kite kahwin pulak kehkehkeh... 



Tempat masih lagi sama di Shah Alam Convention Centre (SACC) Mall, pada 26 - 28 Disember 2014 ini korang bakal melihat kemeriahan disebalik Pameran Perkahwinan Terbesar Tahun 2014. Buat bakal pengantin atau korang yang merancang untuk berkahwin pada tahun depan, inilah masa dan tempatnya yang sesuai untuk korang survey dan merancang majlis korang. 

Sambil - sambil menjamu mata dengan pilihan vendor, korang boleh memenangi pelbagai hadiah. Serius cakap memang banyak gilos hadiah dia antaranya pakej perkahwinan, percutian bulan madu dan banyak lagi .



Sebelum ni ramai yang mengadu tak tahu nak cari butik pengantin, kena tipu dengan butik bagailah. Dengan Malaysia Wedding Festival (MEFA) semuanya ada disini dan telah diiktiraf. Kalau tak, tak adalah sampai kali ke 7 penganjurannya .

Malah harga disini jauh lebih murah. Bak kata orang harga boleh bikin menangis sebab diskaun memang gila - gila punya. Masuk adalah PERCUMA ye kawan - kawan. 

Bercakap pasal hadiah yang ditawarkan mesti korang nak tahu cara untuk memenanginya bukan? Bertemakan Once Upon A Wedding , korang hanya perlu mereka satu slogan yang kreatif dan hantarkan kepada MEFA dan iM4U.FM yang merupakan radio rasmi untuk festival ini. 



Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai pertandingan ini dan Pameran Perkahwinan Terbesar Tahun 2014, korang boleh layari laman web dan social media mereka 

Website: www.im4u.my
Instagram: @mefapengantin / @im4u

Jadi ingat ya tarikh keramat diatas supaya korang tak terlepas untuk hadir ke Malaysia Wedding Festival (MEFA) . Kalau ada rezeki, berjumpalah kita disana ye

p/s : Seronok tengok orang yang nak kahwin ni, seri dia lain macam 

2 comments:

Maria Firdz said...

wah.. bg yg nk khwin jgn lpskn pluang...

budakbandunglaici said...

mesti banyak pakej murah kan